Xploit Machine
CG Hardcore Club

- Messages
- 73,458
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 73,458
- Reaction score
- 7,735
- Points
- 916
02.02.2019 - Kuala Lumpur, Polis menerima lima laporan polis susulan Program Bossku yang diadakan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Langkawi, selama tiga hari bermula semalam.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, laporan polis itu dibuat oleh anggotaParti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Langkawi petang semalam susulan program yang diadakan di kawasan Pantai Cenang hari ini.
Menurutnya, setakat ini, pihaknya hanya menerima lima laporan sahaja yang mahu polis menjalankan siasatan sama ada program itu mendapat permit, ada unsur hasutan atau perkauman.
“Kita juga sudah bertemu dengan penganjur dan menasihatkan mereka.
“Mereka juga berjanji hanya membuat program minum pagi di dalam restoran dan tiada sebarang ceramah akan dilakukan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Difahamkan bekas Perdana Menteri itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, 6.30 petang semalam untuk menghadiri Program Bossku.
Malah dalam program dirancang itu, beliau turut bertemu dengan pemandu Teksi Langkawi hari ini dan mengadakan konvoi motosikal bersama anak muda.
Berita asal https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/02/418981/program-bossku-polis-terima-5-laporan

Last edited: