BTC USD 82,729.0 Gold USD 4,125.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Profesor dan tin biskutnya

Secara harfiahnya pada hemat kawan,
Untuk menyampaikan sesuatu yang bermula dari persoalan, tak mungkin jawapan yang diberi mampu mengikut 'citarasa' orang yang bertanya.
Ibarat contoh, bila orang bertanya berkenaan konsep akan sesuatu, ianya perlu diperhalusi kerana jawapan yang bakal diterima bakal menentukan bagaimana pola asas persoalan tu.
*Mengambilkira gambaran perkara besar dalam hidup umpama batu-batu, kemudian hinggalah kepada pasir dan air.
Untuk sebelum, sedang dan selepas..mana kita tahu apa bakal dibentangkan depan kita.
*Prof tu dah sediakan 'benda' yang dia nak masukkan dalam tin biskut tu..so dalam hal ni contoh sebegitu tak apply. Kerana semua 'benda besar dan kecil' itu disediakan dan dibentangkan sekaligus.
Dalam kehidupan, kita mana mungkin boleh pilih untuk mendahulukan dugaan besar kemudian dah settle..kita ingat hanya dugaan kecik yang datang kemudian.

Apapun, ianya satu sudut pandang yang memberikan inspirasi.
Cumanya pada aku, professor tu tak jujur dalam persoalan dia.
Guru yang baik bentangkan 2 pilihan atau lebih.
Tidak terus membiarkan anak murid dia memberikan jawapan tanpa diperingatkan tentang jawapan yang bakal diberikan oleh anak murid itu mempengaruhi skop jawapan yang bakal dihujahkan kemudian.
 
Last edited:
Bump utk motivasi diri sendiri
 
"AKU SIBUK LA, BANYAK BENDA NAK KENA SETTLEKAN NI!!!"

olkh.jpg


Apabila hal-hal dalam hidup anda bagaikan terlalu banyak, kerja, anak & bini, kawan-kawan, business, oran...g tua kita, dan anda rasa 24 jam sehari memang tak cukup, ingatlah tin biskut kering Hup Seng dan dua cawan kopi.

Seorang professor dalam kelas sosiology telah mengeluarkan beberapa barang di hadapan kelas.

Apabila kelas dimulakan, tanpa sebarang penerangan, professor terus mengeluarkan satu tin biskut Hup Seng yang besar dan kosong, dan terus mengisi tin tersebut dengan bola-bola golf sehingga penuh.

Kemudian, professor menanyakan pada anak muridnya, “Adakah tin biskut ini sudah penuh?” Kesemua anak murid mengangguk dan mengatakan “Ya!”

Professor kemudian mengambil sekotak kacang, dan menuangkannya ke dalam tin biskut tersebut. Tin biskut digoncangkan sedikit, lalu kacang-kacang pun bergerak-gerak mengisi ruang di antara bola-bola golf.

Kemudian, professor bertanyakan lagi pada anak muridnya jikalau tin biskut tersebut sudah penuh ke belum? Anak murid mengangguk dan mengatakan “Ya!”

Selepas itu, tanpa ditunggu-tunggu, professor mengambil pula sekotak pasir dan menuangkan pasir tersebut ke dalam tin biskut. Sudah semestinya, pasir yang halus itu mengisi setiap pelusuk dan ruang di dalam tin biskut Hup Seng itu.

Kemudian professor bertanya lagi kepada anak murid, “Adakah tin biskut ini sudah penuh ?” Anak-anak murid semua mengatakan “Ya!” dengan penuh keyakinan!

Tiba-tiba, professor mengeluarkan dua cawan kopi dari bawah meja, dan menuangkan semua kopi itu ke dalam tin biskut yang sudah penuh itu. Anak-anak muridnya tersenyum melihat aksi terakhir itu.

“Sekarang..” kata professor, dan anak-anak murid kembali fokus pada professor, “Saya mahu kamu semua faham, yang tin biskut ini adalah seperti hidup anda. Bola-bola golf melambangkan perkara-perkara paling penting seperti Tuhan, Agama, Keluarga, Anak-Anak, Kesihatan, Kawan-kawan dan minat anda. Ini adalah perkara-perkara yang jika anda kehilangan benda-benda lain, semua itu sahaja yang akan tinggal, dan hidup anda akan tetap penuh berisi. Kacang-kacang merupakan hal-hal seperti kerja, kereta, rumah. Dan pasir yang kecil dan halus melambangkan perkara-perkara yang lain dalam hidup, “Perkara-perkara kecil” kata professor.

“Kalau anda masukkan pasir dahulu ke dalam tin biskut” professor menyambung, “Pasti tidak akan ada ruang untuk kacang-kacang ataupun bola-bola golf untuk masuk ke dalam tin. Sama seperti hidup ini, kalau anda luangkan semua masa dan tenaga anda pada perkara-perkara kecil sahaja, anda tidak akan ada masa dan tenaga untuk perkara-perkara yang lebih penting untuk anda…” beritahu professor.

“Jadi…tumpukan perhatian anda kepada perkara-perkara yang membahagiakan dan menggembirakan hidup anda. Sembahyanglah berjemaah. Kukuhkan ikatan silaturrahim. Bermainlah bersama anak-anak. Bawa pasangan tercinta anda keluar berjalan-jalan. Luangkan masa bersama kawan-kawan. Pasti akan ada masa untuk anda bersihkan rumah, lipat baju, repair lampu rumah. Jagalah bola-bola golf dulu, perkara yang lebih bermakna dalam hidup anda. Ketahui perkara mana yang lebih penting dan patut diutamakan. Yang lain tu semua pasir sahaja.”

Seorang anak muridnya kemudian mengangkat tangan dan bertanya, “Apa maskud kopi tu pula?”

Professor menjawab dengan penuh senyuman, “Bagus awak tanya. Ia Cuma nak menyatakan, tidak kira berapa sibuk pun hidup anda dalam seharian, pasti akan ada ruang untuk minum kopi bersama kawan-kawan.”

bpfd.jpg

Yup.That is one way to look at it. :)

Kalau kita tafsirkan mcm ni pun blh.Tin Hup Seng tu umpama dunia.Dlm dunia ni ada org kaya(bola golf),org sederhana(kacang)

dan org berpendapatan rendah(pasir).Bila perkara buruk(kopi)cthnya mcm kesempitan dan kegawatan ekonomi berlaku,

yg pendapatan rendah mmg hanyut la.Yg berpendapatan sederhana,jadi lemau,dan yg kaya,can just wipe out the bad thing just like

the coffee is wipe out from the golf ball. :D :D
 
"AKU SIBUK LA, BANYAK BENDA NAK KENA SETTLEKAN NI!!!"

olkh.jpg


Apabila hal-hal dalam hidup anda bagaikan terlalu banyak, kerja, anak & bini, kawan-kawan, business, oran...g tua kita, dan anda rasa 24 jam sehari memang tak cukup, ingatlah tin biskut kering Hup Seng dan dua cawan kopi.

Seorang professor dalam kelas sosiology telah mengeluarkan beberapa barang di hadapan kelas.

Apabila kelas dimulakan, tanpa sebarang penerangan, professor terus mengeluarkan satu tin biskut Hup Seng yang besar dan kosong, dan terus mengisi tin tersebut dengan bola-bola golf sehingga penuh.

Kemudian, professor menanyakan pada anak muridnya, “Adakah tin biskut ini sudah penuh?” Kesemua anak murid mengangguk dan mengatakan “Ya!”

Professor kemudian mengambil sekotak kacang, dan menuangkannya ke dalam tin biskut tersebut. Tin biskut digoncangkan sedikit, lalu kacang-kacang pun bergerak-gerak mengisi ruang di antara bola-bola golf.

Kemudian, professor bertanyakan lagi pada anak muridnya jikalau tin biskut tersebut sudah penuh ke belum? Anak murid mengangguk dan mengatakan “Ya!”

Selepas itu, tanpa ditunggu-tunggu, professor mengambil pula sekotak pasir dan menuangkan pasir tersebut ke dalam tin biskut. Sudah semestinya, pasir yang halus itu mengisi setiap pelusuk dan ruang di dalam tin biskut Hup Seng itu.

Kemudian professor bertanya lagi kepada anak murid, “Adakah tin biskut ini sudah penuh ?” Anak-anak murid semua mengatakan “Ya!” dengan penuh keyakinan!

Tiba-tiba, professor mengeluarkan dua cawan kopi dari bawah meja, dan menuangkan semua kopi itu ke dalam tin biskut yang sudah penuh itu. Anak-anak muridnya tersenyum melihat aksi terakhir itu.

“Sekarang..” kata professor, dan anak-anak murid kembali fokus pada professor, “Saya mahu kamu semua faham, yang tin biskut ini adalah seperti hidup anda. Bola-bola golf melambangkan perkara-perkara paling penting seperti Tuhan, Agama, Keluarga, Anak-Anak, Kesihatan, Kawan-kawan dan minat anda. Ini adalah perkara-perkara yang jika anda kehilangan benda-benda lain, semua itu sahaja yang akan tinggal, dan hidup anda akan tetap penuh berisi. Kacang-kacang merupakan hal-hal seperti kerja, kereta, rumah. Dan pasir yang kecil dan halus melambangkan perkara-perkara yang lain dalam hidup, “Perkara-perkara kecil” kata professor.

“Kalau anda masukkan pasir dahulu ke dalam tin biskut” professor menyambung, “Pasti tidak akan ada ruang untuk kacang-kacang ataupun bola-bola golf untuk masuk ke dalam tin. Sama seperti hidup ini, kalau anda luangkan semua masa dan tenaga anda pada perkara-perkara kecil sahaja, anda tidak akan ada masa dan tenaga untuk perkara-perkara yang lebih penting untuk anda…” beritahu professor.

“Jadi…tumpukan perhatian anda kepada perkara-perkara yang membahagiakan dan menggembirakan hidup anda. Sembahyanglah berjemaah. Kukuhkan ikatan silaturrahim. Bermainlah bersama anak-anak. Bawa pasangan tercinta anda keluar berjalan-jalan. Luangkan masa bersama kawan-kawan. Pasti akan ada masa untuk anda bersihkan rumah, lipat baju, repair lampu rumah. Jagalah bola-bola golf dulu, perkara yang lebih bermakna dalam hidup anda. Ketahui perkara mana yang lebih penting dan patut diutamakan. Yang lain tu semua pasir sahaja.”

Seorang anak muridnya kemudian mengangkat tangan dan bertanya, “Apa maskud kopi tu pula?”

Professor menjawab dengan penuh senyuman, “Bagus awak tanya. Ia Cuma nak menyatakan, tidak kira berapa sibuk pun hidup anda dalam seharian, pasti akan ada ruang untuk minum kopi bersama kawan-kawan.”

bpfd.jpg

ending yang best:)cgrock:)cgrock:)cgrock
 
Back
Top
Log in Register