BTC USD 76,604.1 Gold USD 4,361.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PRN Sabah: Gerakan "Black Wave" Petanda Kematangan Politik Sabah

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,780
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,780
Reaction score
289
Points
146
9aa1068f38c61ae7c34ec7aff63ec5985faf6292deb44

424c75647d6e846302170e03fb2f3f6e6916a00db1047

7a6d3ab2df692ac7c396f2d6a9aeef816916a025750ad

Datuk Verdon Bahanda

Kemunculan gerakan Black Wave di Sabah, yang merupakan gabungan calon bebas, disifatkan sebagai satu langkah berani untuk mencabar norma politik konvensional yang sejak lama dikuasai parti-parti utama.

Inisiatif diterajui Ahli Parlimen Kudat Datuk Verdon Bahanda itu bukan sekadar kempen pilihan raya, tetapi percubaan untuk memperkenalkan bentuk kerjasama politik baharu yang lebih bebas dan dinamik serta konsep jarang muncul dalam landskap politik tempatan.

Diwujudkan sebagai gerakan strategik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, Verdon berkata Black Wave menampilkan idea penyatuan calon-calon bebas di bawah satu naratif perjuangan bersama.

Beliau berkata pendekatan itu, yang menggunakan simbolik warna hitam sebagai lambang keberanian dan ketegasan, dilihat sebagai usaha memperkukuh kedudukan calon bebas yang sebelum ini bergerak secara berasingan dan sering dianggap lemah tanpa sokongan parti.

“Masa itu (ketika bertanding kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-16) saya tidak mempunyai kewangan...jadi saya minta penyokong saya pakai baju hitam sebagai tanda keseragaman. Semasa penamaan calon, lebih 3,000 orang hadir di Padang Bandaran Kudat memakai baju hitam. Dari sana tercetusnya idea gelombang hitam ini.

“Sebagai wakil rakyat bebas, saya rasa cara saya bekerja itu lebih baik berbanding dengan mereka yang berparti. Sebab saya tidak dikongkong ataupun disekat untuk bersuara, buat sesuatu yang terus kepada rakyat,” katanya.

Verdon menegaskan, Black Wave akan berperanan sebagai kumpulan semak dan imbang dalam kerajaan bukan semata-mata berada di blok pembangkang.

“Kita mahu dasar-dasar kerajaan yang perlu diperbaiki itu dilaksanakan semasa pentadbiran, bukan selepas habis tempoh penggal. Jadi hanya kita yang boleh melakukan perkara ini sebab kita tidak terikat dengan mana-mana,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register