BTC USD 61,993.3 Gold USD 4,470.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe diguling

Ayman Rashdan Wong
1 jam

Robert Mugabe, bekas PM (1980-1987) dan presiden (1987-2017) Zimbabwe baru saja meninggal dunia pada usia 95 tahun.

Sebut pasal Zimbabwe, orang akan ingat hyperinflasi yang tak masuk akal, sampai nilai sekeping duit kertas boleh cecah 100 trilion. Dan orang pun akan ingat Mugabe sebagai orang yang gagal menguruskan ekonomi Zimbabwe sampai bila-bila.

Tapi Mugabe sebenarnya ialah bapa kemerdekaan Zimbabwe, atau nama lamanya Rhodesia. Dari 1976-1979, Mugabe bersama-sama Joshua Nkomo mengangkat senjata menentang elit Rhodesia berkulit putih yang mewakili hanya 5% daripada populasi keseluruhan. Perjuangan Mugabe akhirnya membawa kepada Perjanjian Lancaster House yang menamatkan konflik dan mengadakan PRU pada 1980.

Parti Mugabe menang, kuasa pemerintahan kembali kepada peribumi berkulit hitam yang merupakan majoriti. Nama Zimbabwe menggantikan Rhodesia yang merujuk kepada nama penjajah, Cecil Rhodes.

Sementara itu di Afrika Selatan, Nelson Mandela masih terperuk dalam penjara kerana melawan rejim pemerintah berkulit putih. Kejayaan Mugabe justeru menjadi inspirasi kepada negara jiran itu dalam perjuangan pembebasan peribumi.

Dunia luar pun memandang tinggi kat Mugabe. Tengok gaya dia dalam gambar yang diambil pada tahun 1976 di Geneva, memang promising habis. Ramai beranggapan Zimbabwe yang dikenali sebagai "Jewel of Africa" akan bertambah maju di bawah Mugabe. Pemimpin-pemimpin dunia berbangga dapat melawat Zimbabwe dan menjalin hubungan diplomatik dengan Mugabe.

Malangnya, Mugabe lebih kepada seorang "fighter ", bukan seorang "administrator" yang bagus. Di bawah Mugabe, Zimbabwe hilang kedudukan sebagai ekonomi ke-2 besar di selatan Benua Afrika selepas Afrika Selatan.

Antara kesilapan terbesar Mugabe ialah mengamalkan dasar ekonomi bersifat "austerity" dan pro-neoliberal dalam 5 tahun pertama merdeka. Mugabe mengisytiharkan diri sebagai sosialis, tapi mengamalkan dasar pro-kapitalis yang tak sesuai bagi negara yang baru merdeka.

Bila ekonomi gagal, Mugabe enggan serah kepada yang lebih arif, malah jadi semakin defensif dan memerintah dengan kuku besi. Idea Mugabe untuk menyelesai masalah ekonomi adalah dengan merampas tanah petani berkulit putih untuk dibahagi semula kepada kaum berkulit hitam. Itu bukan saja tak membantu ekonomi malah membuat Zimbabwe huru-hara, dipulaukan oleh komuniti antarabangsa, dan dikenakan sekatan.

Akhirnya, ekonomi Zimbabwe runtuh sekitar tahun 2007. Tu yang jadinya wang bernilai trilion-trilion. Walaupun ekonomi fail, Mugabe masih dapat bertahan atas sokongan rakan seperjuangan suatu ketika dahulu dan tentera yang setia. Tapi apabila Mugabe naik gila cuba menggantikan naib presiden Emmerson Mnangagwa (salah seorang komrad yang sama-sama berjuang untuk kemerdekaan) dengan bini dia, akhirnya dia digulingkan oleh tentera pada November 2017.

Orang Zimbabwe masih kenang jasa Mugabe sebagai bapa kemerdekaan, tak adalah sampai nak merejam dia atau nak melokapkan dia, cuma mintak dia jangan terlibat dalam politik lagi. Dan dia pun dapat hidup aman dan mendapatkan rawatan kesihatan di Singapura.

Dari seorang "hero", Mugabe menjadi "zero". Kalau Mugabe lepaskan kuasa lebih awal, reputasi dan legasi dia akan dapat dijaga, dan Zimbabwe pun tak akan mengalami kerosakan ekonomi. Tapi bukan semua manusia dapat melepasi godaan kuasa.

Sejarah akan mengadili Mugabe dengan seadilnya.

69745436_10211572220460727_1717776520837070848_n.jpg


 
Khairul Azri

3 jam

BELANSUNGKAWA
.
Bekas pemimpin diktator Zimbabwe, Robert Gabriel Mugabe meninggal dunia pada usia 95 tahun di sebuah hospital di Singapura pagi tadi.

Nama beliau mula meningkat popular pada 1960-an sebagai pemimpin Zimbabwe African National Union (ZANU) dalam pertempuran gerila menentang pemerintahan minoriti kulit putih di Rhodesia dalam Perang Pedalaman Rhodesia (1964–1979).

Mugabe kemudiaannya telah berkhidmat sebagai ketua kerajaan Zimbabwe selama 37 tahun sejak tahun 1980, selaku Perdana Menteri dari tahun 1980 hingga 1987 dan selaku Presiden sejak tahun 1987 hingga 2017.

Mugabe merupakan seorang pemimpin diktator yang sering dipalit kontroversi, bagaimanapun beliau disanjung orang-orang Afrika sebagai wira perjuangan demi kemerdekaan.

Sepanjang 37 tahun memerintah beliau juga telah mencorakkan pentadbiran kerajaan Zimbabwe dengan polisi-polisi yang dikenali sebagai 'Mugabeism' ke atas rakyat Zimbabwe.

Iaitu sebuah polisi yang menjadikan Zimbabwe seolah-olahnya 'private property' oleh parti pemerintah dan juga anggota keselamatan tertinggi negara itu yang dikenali sebagai ZANU-PF.

Menuju ke akhir tempoh beliau sebagai presiden, Mugabe diletakkan di bawah tahanan rumah oleh Tentera Kebangsaan Zimbabwe dalam satu rampasan kuasa pada November 2017 yang didalangi oleh Mnangagwa iaitu bekas Naib Presidennya sendiri yang kini telah menggantikan beliau.

Ramai yang berpendapat walaupun Mugabe telah tidak berkuasa dan pergi pada hari ini, namun 'Mugabeism' itu akan terus kekal dan mekar di Zimbabwe untuk hari-hari kedepan ini.

SELAMAT JALAN MUGABE

69549663_10220476404249008_2975839512044765184_n.jpg


 
Mayat Mugabe dikebumikan awal minggu depan

image.jpg


HARARE 12 Sept. – Mayat bekas Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe akan dikebumikan di kampung halamannya di Kutama, barat laut Harare pada awal minggu depan, dan bukannya di monumen nasional untuk wira negara, kata keluarganya.


Sebelum ini, pertikaian tercetus antara ahli keluarga mendiang dan kerajaan Zimbabwe sama ada mayat Mugabe akan dikebumikan di rumahnya di Kutama, barat laut Harare atau di Monumen Pahlawan Nasional di ibu negara.

“Mayat beliau akan dibawa ke Kutama pada malam Ahad, diikuti dengan majlis pengebumian pada Isnin atau Selasa.

“Mugabe tidak akan dikebumikan di Monumen Pahlawan Nasional. Inilah keputusan seluruh keluarga,” kata anak saudara bekas presiden itu, Leo kepada AFP.

Bekas Presiden Zimbabwe itu meninggal dunia pada usia 95 tahun di sebuah hospital di Singapura, Jumaat lalu.

Mugabe dirawat di hospital berkenaan sejak April lalu selepas digulingkan dalam rampasan kuasa oleh tentera pada November 2017 yang menamatkan pemerintahannya selama tiga dekad. - AFP


 
Wah dictator tersohor dunia dah masuk goal takde net akhirnya.

Msia (ahem) takde send words of commemoration ke?
 
Majlis pengebumian Mugabe dibuat secara tertutup

HARARE – Bekas presiden Zimbabwe, Robert Mugabe akan dikebumikan minggu depan dalam satu majlis tertutup di lokasi yang tidak didedahkan, kata keluarganya.


Kenyataan itu sekali gus menolak pelawaan kerajaan untuk mengebumikan Mugabe di monumen negera.

Mugabe yang memerintah Zimbabwe selama 37 tahun sehingga disingkirkan oleh tentera pada bulan November 2017, meninggal dunia di Singapura enam hari lalu pada usia 95 tahun.

Mayatnya selamat tiba di Zimbabwe dari Singapura pada hari ini.

Pendirian keluarga Mugabe dilihat sebagai cubaan untuk memalukan Presiden Emmerson Mnangagwa.

Mnangagwa dan parti Zanu-PF yang memerintah mahu Mugabe dikebumikan di monumen kebangsaan sebagai wira perang pembebasan terhadap pemerintahan kulit putih.

Kerajaan telah merancang untuk majlis pengebumian negara pada hari Sabtu dan kemudian dikebumikan pada hari Ahad.

Tetapi beberapa saudara Mugabe telah menolaknya.

Mereka yang berkongsi kepahitan Mugabe apabila bekas sekutu termasuk Mnangagwa berkomplot untuk menjatuhkannya.

Keluarga Mugabe mahu dia dikebumikan di kampung halamannya.

Anak saudara Mugabe, Leo Mugabe berkata, majlis pengebumian itu adalah tertutup tanpa mahu mendedahkan lokasinya.

“Jika saya maklumkan, ia bukan lagi tertutup,” ujarnya. – MalaysiaGazette

mugabe1.jpg
 
Back
Top
Log in Register