BTC USD 83,960.1 Gold USD 4,123.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Presiden PAS Terjun Laut

yang aku peliknyer.. orang yang ambik video ni bleh tengok ajer ke orang tu nak lak lemas? bleh lak dier selamber jer tengok TGHH yang dah tua tu berhempas pulas selamatkan orang

aper punya stament daa.....orang tu mungkin tak tau berenang...

biar orang tua tapi semangat muda.....
 
respect sama hadi awang. semoga allah memberkati usaha2 nya memperjuang islam . hero rakyat:)cgrock
 
yang aku peliknyer.. orang yang ambik video ni bleh tengok ajer ke orang tu nak lak lemas? bleh lak dier selamber jer tengok TGHH yang dah tua tu berhempas pulas selamatkan orang

Bukan Hadi sorang2, tapi bersama anak nya menyelamatkan org tu... Ini sedikit cerita lama....
Teringat saya puluhan tahun lalu, saya pernah menganjurkan ceramah PAS di Pulau Pinang (saya tak ingat pasti tempat ceramahnya), waktu itu rombongan ustaz Hadi datang lambat. Bila ditanya mengapa, anggota rombongannya menjawab, "Ustaz Hadi nyaris maut kerana jirannya minta tolong tangkap orang gila yang sedang mengamuk berhampiran rumahnya. Tiada orang lain yang sanggup pada masa itu, maka beliau terus menangkapnya. Parang panjang melintasi atas kepalanya, hingga terjatuh serbannya. Akhirnya orang gila itu berjaya ditundukkan dan beliau selamat, alhamdulillah!"
 
tak da bukti pun..tak kuar dlm utusan pun...
jd berita ni berita rekaan..:))
fitnah...(ape pulak fitnah ye??:)) )

ps:syabas TGHH..aku bangga ada pemimpin mcm ni...AllahuAkbar...

tulah..aku pon dok tggu utusan meloya ke,buletin utamak ke..xder lak..klu bab pecah belahkan parti ader lak..:-?:-?:-?

p/s-syabas TGHDA..
 
Penjual daging diselamatkan Presiden Pas


AHAMAD Mat Zain menceritakan detik cemas dihanyutkan arus deras sebelum diselamatkan oleh Abdul Hadi Awang di Pantai Rusila baru-baru ini.

MARANG 17 Feb. - Seorang peniaga daging tidak dapat melupakan detik-detik cemas dia dihanyutkan arus laut selama hampir setengah jam ketika mandi di Pantai Rusila di sini pada Ahad lalu.

Insiden hampir meragut nyawa warga emas itu, Ahamad Mat Zain, 60, bagaimanapun berakhir dengan kelegaan apabila dia diselamatkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang ketika itu sedang memancing di pantai tersebut.

"Saya cuba berenang ke darat tetapi gagal. Saya hampir putus asa apabila terminum banyak air lalu menjerit meminta tolong.

"Akhirnya saya lega dan bersyukur apabila tangan saya disambut orang selepas bertarung nyawa hampir setengah jam," kata Ahamad ketika menceritakan kejadian Ahad lalu itu kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, Ahamad yang tinggal kira-kira lima meter dari pantai tersebut lemas ketika mandi di laut sebelum diselamatkan Abdul Hadi dan anaknya, Abdul Rahman, 28.

Sewaktu kejadian, Ahli Parlimen Marang tersebut bersama beberapa ahli keluarganya sedang memancing di pantai berkenaan.

Menurut Ahamad, beberapa minit selepas dia berada dalam laut, kakinya tidak lagi memijak apa-apa menyebabkan dia menyedari dirinya ditarik ke tengah laut oleh arus laut yang kuat ketika itu.

Dia kemudian cuba berenang ke tepi pantai untuk menyelamat diri tetapi tidak berjaya.

"Setiap kali dekat dengan pantai, saya akan ditarik semula ke tengah laut. Saya akhirnya rasa letih dengan telinga rasa bengang (berdesing) selain tidak boleh bernafas kerana terminum banyak air laut apabila saya menjerit meminta tolong.

"Apabila saya cuba berenang ke tepi pantai sekali lagi, kali ini tangan saya disambut oleh Abdul Hadi dan anaknya," kata Ahamad.

Sementara itu, isteri Ahamad, Mandak Deraman, 52, berkata, dia dimaklumkan kejadian itu apabila seorang jiran memberitahu suaminya lemas.

"Apabila sampai di pantai, orang ramai sedang berkumpul. Mereka tidak berani untuk turun kerana ombak kuat.

"Jiran kami cuba menggunakan bot gentian kecil miliknya namun gagal. Ada yang cuba lemparkan pelampung kepada suami saya tetapi tidak berjaya," katanya.

Mandak berkata, dia berterima kasih kepada semua orang yang membantu menyelamatkan suaminya termasuk keluarga Abdul Hadi.
 
sebab tu dia di lantik jd presiden.. tp jgn lak kita dok lambung2 tok guru nanti isu riak lak.. huhuhu
 
Back
Top
Log in Register