BTC USD 97,648.4 Gold USD 2,882.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
41,811
Joined
Apr 15, 2012
Messages
41,811
Reaction score
4,324
Points
266
Awards
1
BJ-Habibie-AFP-960x1175.jpg

September 11, 2019 8:04 pm

JAKARTA, 11 SEPT: Presiden ketiga Indonesia Bacharuddin Jusuf Habibie atau BJ Habibie, meninggal dunia di Rumah Sakit (Hospital) Pusat Angkatan Darat Gatot Soebroto berikutan pelbagai masalah kesihatan yang dialaminya.

Menurut anak lelakinya, Thareq Kemal yang dipetik media tempatan, bekas presiden itu meninggal dunia jam 6.01 petang waktu Indonesia Barat, selepas menjalani rawatan intensif oleh pasukan Doktor Kepresidenan Indonesia selepas dimasukkan ke hospital itu sejak 1 September lepas.

BJ Habibie, 83, adalah presiden Indonesia ketiga, menggantikan Presiden Soeharto dan menjawat jawatan itu bermula 21 Mei 1998 hingga 20 Okt 1999.

Sebelum ini, pada Mac 2018, BJ Habibie juga menjalani rawatan intensif di Munich, Jerman akibat pelbagai komplikasi berkaitan jantung, paru-paru dan ‘asphyxia’.

-BERNAMA

 
Sponsored Post

Jokowi ketuai upacara pengebumian BJ Habibie

EEPcpyjUwAE6y1q


JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) akan mengetuai upacara pengebumian bekas presiden, Bacharuddin Jusuf Habibir (BJ Habibie) yang dijangka bermula pada jam 2 petang (waktu tempatan), di tanah perkuburan wira Kalibata di Jakarta Selatan, hari ini.


Presiden ketiga Indonesia itu meninggal dunia pada usia 83 tahun, semalam, di Hospital Tentera Gatot Soebroto (RSPAD) selepas menerima rawatan sejak 8 September lalu akibat masalah jantung.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh setiausaha peribadinya, Rubijanto, upacara pengebumian BJ Habibie bakal dihadiri Naib Presiden, Juruf Kalla dan isteri, Komander Tentera Nasional Indonesia (TNI), Hadi Tjahjanto dan Ketua Polis Indonesia, Jeneral Tito Karnavian.

Agensi berita ANTARA melaporkan, jenazah BJ Habibie yang kini berada di kediamannya di Jalan Patra Kuningan, Jakarta Selatan akan diserahkan kepada kerajaan dalam satu upacara yang diketuai oleh anggota Majlis Penasihat Presiden, Jeneral (Bersara), Agum Gumelar.

Jenazah BJ Habibie kemudiannya akan dibawa ke tanah perkuburan wira Kalibata, menggunakan laluan Taman Patra Kuningan, Patra Kuningan Utara, HR Rasuna Said, Jenderal Gatot Soebroto, Pasar Minggu dan berakhir di Kalibata.

Allahyarham akan dikebumikan di sebelah kubur isterinya, Hasri Ainun Habibie yang meninggal dunia pada 2010. - Agensi


 
Cerita dia ada difilemkan.

Saya tergelak bila dia suka perolok orang putih dengan kata, dia pandai bahasa German, Belanda sebab orang Indonesia canibal,makan orang,

Sebab tu dia pandai bahasa depa, sebab dia makan orang...hahaha

Tapi budak2 Indon lain jadi marah, dan belasah dia ramai2.


Dia pergi belajar mak dia tanggung, berbeza dgn ramai yg pergi belajar dgn Biasiwa kerajaan Indonesia atas jasa merebut kemerdekaan. Jadi pelajar Indon d German semua tak suka dia.

Tapi dia buktikan kebijaksanaan dia dengan score markah tertinggi.

ada satu adingan..dia dicabar utk ingat oder makanan yg banyak, dan diubah ubah.yg mustahil orang biasa boleh ingat..tapi dia berjaya ingat.

Menarik jugalah ceritanya..cuma yg tak tahan ..yg dia termakan burger babi... :}
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register