BTC USD 84,304.0 Gold USD 4,274.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Prediction : ASB Dividen 2021 ?

Status
Not open for further replies.
Oh, ok. Napa ye 3 tahun insurans tu?

Bust dengan CIMB macam tak okay je nampak nya? Says ingat nak bust dengan Maybank. Ok tak?

elok dgn Maybank sbb senang nak minta turun rate jika perlu..
minta 3 tahun je insurans sbb nak bagi bayaran bulanan rendah..
 
dah cek akaun rate interest CIMB 4.70%..
korang plak yg ade pinjaman dari CIMB dpt brape rate??
tgk akaun Maybank 4.40%..
 
elok dgn Maybank sbb senang nak minta turun rate jika perlu..
minta 3 tahun je insurans sbb nak bagi bayaran bulanan rendah..
Nak apply turun rate tu melalui online ke?
 
saya dah terminate LASB yg buat dari tahun 2007 dengan RHB. Dengan keadaan pasaran yg menjunam dan trend menurun dividen saya putuskan untuk terminate. Tunggu dan lihat perkembangan pasaran selepas covid nnt.
 
patut time camni bank turunkan interest rate..
 
saya dah terminate LASB yg buat dari tahun 2007 dengan RHB. Dengan keadaan pasaran yg menjunam dan trend menurun dividen saya putuskan untuk terminate. Tunggu dan lihat perkembangan pasaran selepas covid nnt.
Wow lme tu dri 2007, ada pnh wt refinance lasb ke?
 
PNB perkenalkan pengeluaran online ASB

KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan kemudahan pengeluaran pelaburan secara dalam talian untuk tabung unit amanah terpilih di bawah pengurusannya menerusi portal myASNB bermula hari ini.

Anak syarikat pengurusan unit amanah Permodalan Nasional Bhd (PNB), dalam kenyataan berkata, kemudahan itu bertujuan memberi lebih fleksibiliti kepada pelabur dalam pengurusan pelaburan masing-masing.

Katanya, pada masa yang sama, inisiatif itu dapat memastikan pelabur kekal fokus terhadap objektif pelaburan, khususnya bagi mengimbangi keperluan kewangan semasa dan jangka panjang.

“Ini selaras dengan komitmen ASNB untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelabur, terutamanya dalam memastikan keperluan kewangan pelabur dapat dipenuhi pada setiap masa,” katanya.

Menerusi kemudahan pengeluaran itu, pemegang unit boleh mengeluarkan wang pelaburan dari mana-mana akaun unit amanah ASNB kecuali ASN Sara 2 dan ASN Equity 5.

Jumlah yang dipohon seterusnya akan dipindahkan ke akaun bank pelabur yang didaftarkan di myASNB pada hari bekerja yang berikutnya.

Waktu pengeluaran dibenarkan adalah mengikut waktu operasi sedia ada portal myASNB adalah Unit Amanah Harga Tetap (7:00 pagi - 6:00 petang waktu tempatan, Isnin hingga Ahad kecuali cuti umum); Unit Amanah Harga Berubah (7:00 pagi - 4:00 petang waktu tempatan, Isnin hingga Ahad kecuali cuti umum)

Menurut kenyataan itu, pemegang unit dibenarkan membuat pengeluaran dengan jumlah minimum sebanyak RM100 bagi setiap transaksi.

Katanya, bagaimanapun, kemudahan pengeluaran menerusi myASNB itu dihadkan kepada tiga kali transaksi setiap bulan dengan jumlah maksimum terkumpul sebanyak RM500 dari mana-mana akaun unit amanah ASNB pelabur.

“Kemudahan pengeluaran dalam talian ini juga akan ditawarkan menerusi aplikasi mudah alih myASNB bermula 27 April 2020,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, para pemegang unit boleh merujuk kepada soalan-soalan lazim di www.asnb.com.my atau menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan ASNB di talian 03 – 7730 8899.

bagus la ni....setahun max 6k... dah macam pengeluaran dari epf....
gomen nak bagi rakyat berbelanja tapi tak boleh bagi byk byk.... untuk masa depan pencarum jugak
 
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register