ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Wan Mohammad Ghazali (tengah) bersama pengawas lif di PA Desa Rejang yang dilantik kontraktor memantau setiap blok bagi mengelakkan kegiatan vandalisme.
KUALA LUMPUR - Kehadiran pengawas lif di dua kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang sebelum ini direkodkan kes vandalisme tinggi menunjukkan kesan positif.
Dua kawasan terlibat adalah PA Desa Rejang dan PPR Batu Muda.
Pengarah Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti DBKL, Wan Mohammad Ghazali Nor berkata, lantikan yang dibuat menerusi kontraktor lif itu bermula sejak November tahun lalu.
Menurutnya, sejak pelaksanaan berkenaan, aduan berhubung vandalisme dan kerosakan lif menunjukkan penurunan.
"PPR Batu muda menunjukkan penurunan aduan sebanyak 40 peratus manakala bagi PA Desa Rejang menurun 20 peratus.
"Kedua-dua kawasan ini adalah pilot projek dan akan diperluaskan ke kawasan-kawasan PA dan PPR lain dan setakat ini kita masih lagi mencari kaedah sesuai bagi pelaksanaannya," katanya kepada Sinar Harian.
Tambah beliau, kira-kira 20 pengawas lif yang telah dilantik itu bertugas secara berjadual dan berperanan memantau keadaan lif memastikan ia tidak disalah guna terutamanya pada waktu malam.