BTC USD 48,146.2 Gold USD 1,754.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PPFBM Serlahkan Lagi Keterujaan Terhadap ‘Fantasy Premier League’

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
313,916
Reaction score
14,949
Points
2,376
FANTASY-2__1596709157_118.101.48.64-768x432-1.jpg

PPFBM Serlahkan Lagi Keterujaan Terhadap ‘Fantasy Premier League’

Fantasy Football Premier League (FPL) sememangnya merupakan kegilaan buat segelintir peminat bola sepak seluruh dunia dan sudah pasti juga senario itu tidak terkecuali di Malaysia.

Seperti diketahui mengenai FPL, anda perlu bertindak sebagai seorang pengurus dan mencari barisan pemain impian untuk memperkuatkan pasukan dengan berbekalkan bajet diberikan sebanyak £100 juta.

Pemain dalam kalangan 20 pasukan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) perlu dipilih untuk melengkapkan senarai 15 pemain pasukan anda dimana hanya 3 pemain dari pasukan yang sama sahaja dibenarkan bagi sesebuah pasukan.

Penentuan markah bagi sesebuah pasukan pula adalah berdasarkan kepada situasi sebenar yang berlaku dalam saingan EPL pada satu-satu minggu tersebut.

Namun, tahukah anda bahawa terdapat komuniti FPL di Malaysia telah mengambil inisiatif dalam mewujudkan Persatuan Pengurus Fantasi Bolasepak Malaysia (PPFBM) yang mana berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

Untuk makluman, PPFBM juga melantik Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa bagi setiap negeri kerana ahli serta pengurus datangnya daripada seluruh negara.

Selain daripada berperanan dalam mengeratkan lagi hubungan antara ‘pengurus-pengurus’ fantasi yang berdaftar sebagai ahli rasmi [membayar yuran keahlian tahunan] atau pun ahli sosial [tidak membayar yuran], penubuhan PPFBM juga bertindak dalam usaha menjaga kebajikan para pemain fantasi di Malaysia.

Hal ini kerana kelihatan terdapat segelintir pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan berikutan semakin banyak pertandingan fantasi yang menawarkan hadiah puluhan ribu ringgit.

Liga-Fantasi-Kebangsaan-1050x592.jpg

Selain itu, PPFBM yang kini diketuai Mohd Sarfawi Abdul Latiff (Askar Babyy) selepas beliau menggantikan Presiden penggal 2020/21, Zulkifli Samsudin (Zoul Bucker) juga telah menghidupkan suasana menarik dengan menganjurkan pertandingan berstruktur seperti Liga Fantasi Kebangsaan (LFK), Liga Fantasi Negeri (LFN) dan Liga Fantasi Tempatan (LFT).

Memasuki penganjuran buat musim kedua, LFK sudah berjaya menggamit penyertaan 1276 pengurus dengan setiap pengurus akan mewakili daerah di seluruh negara yang meliputi kawasan-kawasan terpilih sebagai pasukan mereka melibatkan lima divisyen.

Lebih menarik, setiap pengurus akan dibekalkan dengan logo yang dicipta khas oleh pihak PPFBM melambangkan setiap kelab yang diwakili.

214968366_10159901608890798_961017751312778927_n-1050x767.jpg

ANTARA KEJOHANAN LAIN YANG TERDAPAT DI BAWAH LFK

LFN pula menyaksikan seorang pengurus perlu melantik 11 orang pengurus lain untuk dijadikan sebagai pemain pasukan negeri yang dipilih dan mereka akan beraksi ’11v11′ pada setiap perlawanan.

Secara ringkasnya, setiap pengurus fantasi perlu cemerlang terlebih dahulu di peringkat LFK bagi membuka mata pengurus pasukan LFN untuk mendapatkan khidmat mereka.
Atas dasar semangat setiawakan dan berkongsi rezeki, terdapat ramai kalangan ahli PPFBM memberikan sumbangan serta tajaan hadiah bagi setiap pertandingan yang dianjurkan.

Mood pengurus bola sepak sebenar!

Bagi memeriahkan lagi keadaan serta mahu mewujudkan keterujaan dalam kalangan pengurus yang bertanding, pihak PPBFM juga memberikan ruang kepada setiap pengurus untuk membuat ‘sidang media’ bagi mengumumkan pelantikan mereka seperti dilakukan pada musim lalu.

Sudah menjadi kemestian buat setiap pengurus cuba untuk menampilkan kreativiti masing-masing dalam usaha mereka untuk menyahut cabaran bagi menghadapi saingan musim baharu ini.

LFN.jpg

210567795_10159888105415798_7411036075029545813_n-1050x606.jpg

Selain itu, PPBFM sendiri tampil dengan begitu kreatif dalam memuat naik pengumuman berkenaan pertandingan serta bijak mengatur isi kandungan agar laman Facebook rasmi PPBFM sentiasa ‘hidup’ dan penuh dengan informasi.

Ia secara tidak langsung dapat mewujudkan suasana yang lebih realistik ke arah dunia sebenar pengurusan bola sepak terutamanya buat pasukan profesional.

Meskipun ia hanyalah sekadar permainan ‘Fantasy Premier League’, tetapi mood yang cuba dijelmakan oleh PPFBM ini dapat menarik minat lebih ramai ‘pengurus’ untuk terjebak dengan lebih bersemangat pada masa akan datang.

Klik link disini untuk pengurus fantasi yang ingin menyertai atau mengetahui dengan lebih lanjut tentang perjalanan PPFBM.

https://www.cari.gold/ppfbm-serlahkan-lagi-keterujaan-terhadap-fantasy-premier-league/

 

Attachments

  • FANTASY-2__1596709157_118.101.48.64-768x432-1.jpg
    FANTASY-2__1596709157_118.101.48.64-768x432-1.jpg
    168.8 KB · Views: 1

CG Sponsors




Top
Log in Register