BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PPBM Batu Gajah berkubur

raynasofia

Permanently Banned, Multiple Account azriff
Messages
5,375
Joined
Aug 31, 2010
Messages
5,375
Reaction score
330
Points
81
81510656075_PPBM.jpg


51510656731_freesize.jpg




BATU GAJAH: Selepas tiga kawasan membubarkan bahagian masing-masing, kini giliran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Batu Gajah untuk berbuat demikian.

Majlis pembubaran itu dilakukan Ketua Penaja bahagiannya, ahli jawatankuasa dan lebih 1,000 ahli sekali gus mengumumkan keluar parti baharu itu.

Ketua Penaja bahagia itu, Mohd Shirin Adenan berkata, keputusan itu dibuat selepas pihaknya kecewa dengan pelantikan Ahmad Faizal Azumu sebagai Pengerusi PPBM Perak yang didakwa 'orang kuat' Datuk Seri Mukhriz Mahathir.


Menurut beliau, pihaknya tidak berpuas hati dengan kepemimpinan tertinggi PPBM negeri ketika ini yang dilihat lemah, tidak pandai menjaga kebajikan ketua penaja bahagian serta ahli akar umbi.

keputusan itu dibuat selepas pihaknya kecewa dengan pelantikan Ahmad Faizal Azumu sebagai Pengerusi PPBM Perak yang didakwa 'orang kuat' Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Pejabat PPBM Bahagian Batu Gajah dipercayai turut dikosongkan.


"Malah pelantikan Ahmad Faizal sebagai Pengerusi PPBM Perak semata-mata kerana dia merupakan orang Mukhriz (Datuk Seri Mukhriz Mahathir) benar-benar membuka mata kami bahawa parti ini sebenarnya tidak setelus seperti yang diharapkan.

"Selain itu, beliau (Ahmad Faizal) tidak mempunyai pengalaman untuk menerajui sebuah parti baharu selain hubungannya sangat terbatas hingga membuatkan PPBM Perak tidak ubah seperti sekumpulan anak ayam kehilangan ibu.

"Kami tidak yakin beliau mampu menerajui Pakatan Harapan Perak dan bingung mengapa pemimpin-pemimpin lain yang lebih berpengalaman tidak dipilih," katanya pada sidang media khas di Batu Gajah pada Selasa.

Beliau menambah, selain isu kepimpinan, kegagalan PPBM mengesahkan status pendaftaran armada sebagai sayap parti turut menjadi penyebab tindakan itu (keluar parti) dilakukan.

Mohd shirin menjadi Ketua Penaja Bahagian PPBM keempat di Perak yang meninggal parti itu selepas Gopeng, Parit dan Kuala Kangsar.

http://www.astroawani.com/berita-politik/ppbm-batu-gajah-berkubur-160367
 
Last edited:
Ate ngapenye mike semua keluor parti? Idok ke cukup dedok tu yob?? :))

Patutlah himpunan 100k umat hari tu tak cukup korum.. Dah ramai keluar parti ghopenye.. Kih kih kih..
 
Last edited:
PPBM Bahagian Batu Gajah bubar
Oleh Shaarani Ismail
[email protected]

BATU GAJAH: Ketua Penaja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Batu Gajah, Mohd Shirin Adenan, hari ini mengumumkan keluar parti bersama 18 Ahli Jawatankuasa (AJK) bahagian itu, sekali gus membubarkan bahagian berkenaan.

Tindakan beliau yang disertai lebih 1,000 ahli PPBM bahagian terbabit, menyusul selepas tiga lagi ketua penaja bahagian PPBM di Perak, iaitu Gopeng, Parit dan Kuala Kangsar berbuat demikian sebelum ini.

Mohd Shirin berkata, mereka sudah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap arah tuju perjuangan PPBM, khususnya di peringkat negeri yang diterajui Faizal Azumu atau lebih dikenali sebagai Peja sebagai Pengerusi PPBM Perak.

"Dia dilantik hanya kerana dia orang (Datuk Seri) Mukhriz (Mahathir). Ia benar-benar membuka mata kami PPBM sebenarnya tidak seperti kami harapkan. Faizal tiada pengalaman untuk menerajui parti baharu, hubungannya juga sangat terbatas.

"Ia membuatkan PPBM Perak tidak ubah seperti sekumpulan anak ayam kehilangan ibu. Kami tidak yakin Faizal mampu menerajui pakatan pembangkang di Perak dan bingung mengapa pemimpin lebih berpengalaman tidak dipilih," katanya.

Mohd Shirin berkata, selain soal kepemimpinan negeri, isu terbaru membabitkan status pendaftaran Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) sebagai sayap PPBM juga turut mengecewakan ahli akar umbi.

"Ini membabitkan perlembagaan parti. Isu ini juga tidak dijelaskan dengan baik oleh pimpinan atasan dan ia sedikit sebanyak menimbulkan rasa cemas dalam kalangan ahli.

"Kami berharap dengan keluar parti dan letak jawatan secara beramai-ramai ini, akan memberikan kesedaran dan keinsafan terhadap pemimpin atasan supaya lebih peka terhadap masalah dalaman parti pada masa hadapan," katanya.

Mohd Shirin yakin akan ada beberapa ketua penaja bahagian lain yang akan mengikut jejak langkah sama dan sudah menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kepemimpinan PPBM negeri.

Katanya, rata-rata ketua penaja bahagian tidak berpuas hati dengan kepemimpinan tertinggi PPBM negeri yang dilihat lemah, tidak pandai menjaga kebajikan ketua penaja bahagian serta orang bawahan.

"Jika PPBM mahu menang pilihan raya dan memberikan impak besar, mereka perlu lipat gandakan usaha, jaga semua jentera, bukan sahaja ARMADA dan Srikandi, tetapi juga semua ketua penaja bahagian," katanya.
 
uik..

kroni jugak..

madey ngan kroni berpisah tiada..
 
Rapuh sangat PPBM ni. Perlembagaan Parti pun gagal.
 
Parti melayu kat malaysia yg kekal bertahan lama ada 2 je. PAS dan umno. Korang pilihlah antara 2 ni. Parti2 serpihan yg lain tunggu masa nak tutup je.
 
fitnah je ni..mana ada bubar
Bersatu makin kukuh.
Pan makin kukuh
Dap paling kukuh:))

jom menangkan Dap...:p

Kukuh nye ppbm smpi tak sempat buat agm... berderet2 org daftar masuk parti ppbm..:eek:

Pan jgn cakaplah...pas terus lumpuh. Tinggal tghh sorang tadbir pas..semua dalam PAN skrg. :eek:
 
Back
Top
Log in Register