BTC USD 63,043.1 Gold USD 4,448.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Potong tangan sekali

  • Thread starter Thread starter TT
  • Start date Start date

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
Kuala Krai: “Dia nekad potong gelang tangan dengan pisau meskipun puas saya menghalang. Apabila dia beredar, saya tengok tangan kiri luka teruk hingga menampakkan isi,” kata Wan Bidah Wan Yahya, 78, yang menjadi mangsa samun di rumahnya di Kampung Aur Duri, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari, warga emas terbabit yang tinggal berseorangan menempuh detik menakutkan apabila disamun seorang lelaki bersenjatakan pisau ketika sedang bersiap menunaikan solat Zuhur mengakibatkan tangan kirinya cedera dan terpaksa menerima 10 jahitan.


Dia juga kerugian lebih RM20,000 apabila rantai leher dan gelang tangan dilarikan lelaki terbabit.

Wan Bidah berkata, ketika kejadian, dia berada dalam bilik air di dapur untuk mengambil wuduk apabila terdengar seseorang memanggil nama anak lelakinya, Awie, yang tidak lagi tinggal di situ.

xpix_gal1,qharianmetro.pagespeed.ic.5qiQMwvmcv.webp

Foto
WAN Bidah menunjukkan tangan kiri yang cedera.


Warga emas itu yang sudah uzur dan kabur penglihatan tidak menyahut panggilan berkenaan kerana mahu mengambil wuduk.




Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Potongtangansekali/Article/index_html
 
duk umah pon da tak selamat nak pakai barang kemas..
 
aduh kesian org tua kena rompak... mat pet la ni kot... bahaya betul
 
penyamun memang xde hatiperut. org tua pun dicederakan
 
Makan barang. Nana ada belas lg dh. Patut ambik lastik, rembat kaw2 si gila tu
 
Kuat dh..kemarin dulu krai jgk..pegawai sains hogum hampir kna rape..berenti semayang subuh di masjid..
 
Sekarang ni, mana mana penyamun yg berjaya di tangkap, bagus kita kasi potong tangan dia ondaspot tanpa perlu tunggu polis.
 
Back
Top
Log in Register