BTC USD 63,419.5 Gold USD 4,478.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Potong rambut macam Piya

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Fatimah dan Mohd Nor bahagia dengan kehadiran Shafiq dan Kiki.
< 1 / 1 >
KOTA BHARU - Seawal pagi, 'mereka' akan merengek mahu dimandikan, tukar lampin pakai buang dan paling penting, mahukan susu seperti anak kecil lain.

'Mereka' yang dimaksudkan bukanlah bayi manusia, sebaliknya tiga anak monyet yang sangat menghiburkan dan nakal, diberi nama Shafiq, Shahrul dan Kiki.

Dibelai manja dengan ikhlas seperti anak sendiri, pasangan warga emas, Fatimah Bakar, 57, dan suami, Mohd Nor Samah, 58, dari Kampung Pengkalan Pasir, Paloh, di sini, bahagia melayan karenah ketiga-tiganya.

“Paling sukar, setiap kali mahu pakaikan lampin pakai buang. Anak monyet ini tak pandai duduk diam, perlukan dua orang pegang kalau sudah selesai mandi dan pakaikan lampin pakai buang.

“Kami beli lampin pakai buang saiz bayi baru lahir, susu pun untuk usia bayi baru lahir. Bila layan ketiga-tiganya, kami rasa seperti ada anak kecil semula,” kata Fatimah ketawa mengenangkan telatah ketiga-tiga 'anaknya' itu.

Obinna mati akibat lemas tahun lepas

Mohd Nor yang turut tersenyum mencelah, mereka pernah mempunyai seekor lagi anak monyet tetapi mati tahun lalu.

“Asalnya kami pelihara empat ekor semuanya tetapi seekor lagi dipanggil Obinna sudah pergi meninggalkan kami.

"Obinna mati semasa bermain dengan kain dan lemas di dalam kain tersebut,” katanya sedih.

Bukan mahu menyinggung hati mana-mana pihak, namun disebabkan terlalu minat dan teruja dengan pasukan Kelantan, The Red Warriors (TRW), faktor pasangan tersebut meletakkan nama pemain bola untuk monyet kesayangan mereka.

“Kami ada pertalian darah dengan Mohd Badri Mohd Radzi (Piya). Dulu, rumah kami dekat dengan rumah Piya, jadi kami tertarik dengannya yang juga ada bela spesies anak monyet seperti ini.

“Kami juga tertarik melihat kawan yang bekerja di KB Buskers buat aktiviti bersama monyet dan ular, jadi kami belajar sedikit demi sedikit membela anak monyet ini,” kata yang dahulunya bekerja sebagai pemandu lori dan mempunyai lima anak serta mempunyai lesen memelihara haiwan.

Jadi tarikan orang ramai

Anak monyet tersebut berharga RM350 seekor, berusia daripada umur 27 hari, dengan permulaan Obinna (mati), kemudian pasangan itu membeli pula Shafiq yang kini berusia 3 bulan, Shahrul berusia sebulan dan Kiki pula berumur 3 minggu.

“Kami potong rambut anak monyet ini pun macam rambut Piya. Ia lebih kemas dan menjadi tarikan orang ramai, tambahan pula pakai jersi bola.

Memang semua golongan tidak kira tua atau kanak-kanak, semuanya pasti berhenti melihat karenah anak monyet ini,” katanya yang sering membawa Shafiq, Shahrul dan Kiki di mana-mana tapak karnival atau pameran sekitar Kota Bharu.

Fatimah pula berkata, setiap anak monyet tersebut mempunyai karenah berbeza dan mempunyai keistimewaan tersendiri.

“Shafiq suka tidur tetapi bila bangun, paling lincah bergerak, malah paling manja.

“Disebabkan Shafiq suka tidur, dia lebih selesa ‘bermimpi’ dalam buai sebab kami sudah ajar tidur dalam buai sejak kecil, manakala yang lain boleh saja tidur di mana-mana,” katanya.

Menceritakan dari segi pemakanan, selain minum susu satu tin sebulan, ketiga-tiganya juga makan buah epal, nasi dan apam balik.

“Bagi yang berusia lebih sebulan, minum susu sebab kalau beri makanan lain, perut belum dapat hadam dengan baik.

“Kami juga akan bawa 'anak-anak' kami ini ke klinik jika tak sihat. Kami jaga dengan baik dan kalau ada modal, kami mahu menambah bilangan spesies haiwan ini termasuk ular,” katanya.

Semasa pameran, Fatimah dan Mohd Nor mengakui ada juga juga yang tertarik dan menghulurkan sumbangan ke dalam tabung ‘Baby Monkey’ kerana tertarik keletah anak monyet tersebut.

“Sumbangan wang itu kami gunakan beli susu dan lampin pakai buang. Namun, apabila anak monyet ini sudah membesar, kami perlu latih ke arah lain sebab bahaya untuk dibelai.

“Ketika kecil inilah kami gunakan sebaik-baiknya untuk berikan kasih sayang, malah dua cucu kami, Danish Arif, 6, dan Haiqal Danial, 3, juga gembira dengan kehadiran ketiga-tiganya dalam hidup kami sekeluarga,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register