BTC USD 85,545.6 Gold USD 4,339.13
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Potong, potong...

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,416
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,416
Reaction score
257
Points
81
IKLAN potong yang disiarkan di televisyen dan radio, mendapat perhatian masyarakat dan tidak kurang juga mengundang kontroversi.

Ia mempromosi produk internet jalur lebar berkelajuan tinggi P1 Wimax, yang mengajak rakyat Malaysia beralih daripada menggunakan internet berwayar kepada internet wayarles atau tanpa wayar. Iklan tersebut menunjukkan beberapa babak dialog yang menggunakan perkataan potong, yang menurut sesetengah pihak membawa konotasi lucah dan kurang manis?

Awang paparkan isu tersebut bukan untuk menyokong atau mengkritik mana-mana pihak. Sokongan kepada semua syarikat telekomunikasi sama sahaja. Awang juga tidak berminat menyentuh kreativiti iklan itu, walaupun ia boleh diakui kreatif.

Cuma yang lebih menarik perhatian ialah penggunaan bahasa kebangsaan pada iklan tersebut. Istilah potong tiba-tiba jadi perhatian semua golongan dan kaum. Siapa kata iklan dalam Bahasa Malaysia kurang menarik? Di kebanyakan negara, keyakinan terhadap iklan bahasa kebangsaan mereka begitu tinggi. Tetapi di Malaysia, kita mudah teruja dengan iklan bahasa Inggeris walaupun sasarannya adalah penduduk tempatan. Mana jati diri sebagai warga negara yang sepatutnya mendaulatkan bahasa kebangsaan? Semua pihak perlu ada kesungguhan menjadikan Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu, komersial dan integrasi. Maka Awang angkat topi kepada iklan potong itu kerana ia setidak-tidaknya memotong sedikit keghairahan kita terhadap iklan bahasa lain. Kalau begitu, potong banyak pun tidak mengapa.
 
salam,

hehehe iklan yang berjaya menarik minat aku.... huhuhuhu......
 
potong???????



hahaha..punye la susah nak dapat line sampai aku terpaksa bungkus dalam beg plastik,
sangkut kat tepi tingkap:eek::eek::eek::eek:
 
Lebih syok tengok iklan along negara ,PTPTN...punya la suspen:D:D:D
 
potong???????



hahaha..punye la susah nak dapat line sampai aku terpaksa bungkus dalam beg plastik,
sangkut kat tepi tingkap:eek::eek::eek::eek:

kalau aku la..aku bungkuss leklok aku bungkus ikut tingkap tuh.. kasi potong sama itu wai wai
 
Back
Top
Log in Register