BTC USD 63,305.0 Gold USD 4,446.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Potensi gaharu

TT,market ade ke.....?
jualannye mcm mane ek,ikut gred ugak ke..?

Market sangat tak perlu bimbang.
Memang makin ramai yang tanam sekarang.
Tapi kita perlu faham soal market dan kegunaan dia.
Bukan orang Islam atau tok-tok arab je guna.
Semua output dari gaharu berguna.
Ya semuanya ikut gred.
Namun fikirkan, lagi besar dan tak ganggu belaja kita..kan tak perlu tuai dulu? :)
 
Baja apa yg elok tt dan cara2 penggunaannya
 
Baja apa yg elok tt dan cara2 penggunaannya

Baja npk berkomposisi 15:15:15 memadai.
Namun terbaik setakat ni adalah 21:21:5 yang warna kuning.
Tapi dos takleh byk. Ikut saiz.
Saya juga menyelit baja EM buatan sendiri. :)
 
Last edited:
ada sedara gak tanam, tp tak tau dah besar mana...

skrg bape hrga market?
 
ada sedara gak tanam, tp tak tau dah besar mana...

skrg bape hrga market?

Jujur saya katakan saya tidak ambil pusing dulu soal harga market.
Yang penting adalah tanam je.
Kerana apa?
Yang tanam memang ramai.
Tapi yang ada pengetahuan tanam pokok plak berapa ramai?
Kebanyakkan orang yang saya tengok menanam pokok, tak kira la pokok apa jua, pemilihan benih pun dah tak menepati kualiti.
Berguni baja pun takkan membantu tumbesaran
Apatah lagi penjagaan.
Disini suka saya nasihatkan kepada teman-teman yang ingin bercucuk tanam, tak kira tanaman apapun..fahami kaedah dan fitrah jenis tanaman tu. :)
 
Last edited:
Saya juga menjual batang kayu gaharu buat sesiap yang ada kenal kilang2 yang ada dapur masak atau kilang buat colok. :)
Anggaran kayu dalam 3 tan.
 
tt,gaharu ni untuk minyak wangi kan?
 
klu tanam selang seli ngn sawit ok x TT?
 
klu tanam selang seli ngn sawit ok x TT?

Tidak sesuai kecuali ditanam sekali masa tanam pokok kepala sawit.
Ini adalah kerana faktor akar kelapa sawit yang bertaburan akan menghalang tumbesaran pokok gaharu.
Apatah lagi bila proses menuai hasil kelapa sawit pelepahnya akan barangkali mematahkan dahan pokok gaharu. :)
 
Back
Top
Log in Register