BTC USD 61,923.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Post mortem kegagalan PR... jom bincang

Masih Adakah Demokrasi Di Malaysia??


  • Total voters
    0

poknik

Legendary Member
gem
Messages
14,035
Joined
Dec 11, 2007
Messages
14,035
Reaction score
285
Points
141
Kalo dilihat pada penyokong... penyokong PR jauh lebih ramai dan bersemangat...

tapi tiap2 kali PRU... kecundang...

Jom bincang...

Kalo boleh kita bincang kelemahan PR sendiri... jangan babitkan SPR atau BN...

Kita muhasabah...

Orang Sarawak Sabah menolak PR

Orang hulu,pedalaman,Felda menolak PR

maklumat tak sampai dan disekat oleh kerajaan pemerintah. Bersihkan sistem demokrasi dulu

Jangan menghina dan mencaci. Ini bukan budaya kita. Nak memikat pengundi, kene gunakan cara yang betul.


korang ni banyak poyo, kalau mana tak sependapat dengan korang, korang label macai umno, macam mana la nak amek hati pengundi atas pagar, kadang sesetengah orang tu bukan nya pro bn pun, nak bagi pendapat nak tegur pr, tapi tak pasal2 kena hentam macai umno.


Bagi aku.. kesilapan yg paling besar PR ialah gagal menangani isu moral yg dimainkan oleh BN...

kalo Anwar membalas sumpah laknat, aku rasa akan memulihkan sokongan ramai orang...

aku tengok ramai org even dlm PR sendiri pun yg ragu2 dgn isu ni...

dan terlalu ramai org melayu yg tak boleh terima kenapa anwar sampai tak berani nak bersumpah laknat... padahal sebut je la sumpah tu... tak sampai 5 minit pun..

stopa ali pun sama.. tapi kesan tak besar sebab pengaruh dia tak kuat mana pun..

isu ni terlalu banyak mempengaruhi undi melayu...

Ramai masih selesa di bawah kepimpinan BN. Terutama orang melayu.


satu hal lagi...

pemimpin2 PR banyak yg buat statement2 boddow yg memakan diri atau pakatan..

contoh:

1. "Kapal singh kata nak buat hudud, langkah mayat saya dulu".... yg ni, org melayu cukup fobia

2. TGHA baru ni kata ada calon PKR yg jadi pengedar pil kuda... yg ni pun statement mangkuk nak bunuh diri gak ni

ramai orang cina dah bleh terima hudud.. ramai yg sokong dah pun.. isu hudud tak akan menjejaskan undi kaum cina pun..

tapi pemimpin DAP bermati2an nak melawan hudud...

akhirnya, undi melayu pada PAS terjejas teruk...

sepatutnya, DAP bersama2 mengurangkan fobia hudud pada kaum cina...


Bagi aku pula...

Ini based on situasi di P titiwangsa yang di menenangi oleh Dato Johari BN..Penyandang 2008 di menanangi oleh PAS pada PRU-12..Ramai penduduk nakkan perubahan sejak tukar PAS tetapi tak ada, sejak al-Marhumah Dr.Lolo meninggal ..PAS macam xde fungsi, Org report pasal isu jalan x repair, pastu undi atas pagar golongan yang marah pasal Isu kalimah ALLAH..( even geng tabligh yg x suka nak mengundi pun leh turun mengundi 1st time kali ni..

Mmg sedikit sebanyak isu PAS + DAP memainkan peranan..PAS mengharapakan undi CINA swing kepada mereka tetapi tidak..cina hanya akan undi cina so benda ni kena tepek kat dua2 kat UMNO and BN..

ITu based pemerhatian ako di kawasan ako di kampung Baru KL... Bukan pandangan menyeluruh( based on situasi setempat)...

Isu Allah yang pihak PAS tidak tegas ( ada pihak yang setuju ada yang tidak) dan isu PAS + DAP dan juga isu voter Cina yang effect dua2 Parti...

Boleh tgk la kesan dia banyak nama besar2 PAS kalah .. Dalam hati aku ako berharap PAS banyak menang kali ni...


satu lagi yg paling penting...

PR gagal menunjukkan penyatuan dlm PR.. banyak benda yg saling bercanggah...

siapa bakal PM pun tak berani nak declare... ini mempengaruhi banyak undi melayu khususnya sebab melayu terlalu bimbang kehilangan kuasa di Malaysia ni..

dlm bab ni, PR betul2 faktap


sebab aku tengok pakatan yang dibentuk tak kukuh langsung. satu ke kiri, satu ke kanan. kenapa taknak daftar pakatan rakyat sebagai satu parti? senang lain kali lawan bn guna lambang satu parti je. sebabnya bila didaftar sebagai satu parti, rakyat mahukan satu asas yang kukuh punca penubuhan parti. dimanakah letaknya islam, hudud? the bond is too fragile. only on the surface.

yg ni aku setuju. punca pakatan kalah adalah sebab dorang sendiri yg nampak xbersatu. dan penyokong2 pakatan jangan nak menyalahkan pengundi umno sebab parti yg anda sokong tu pun masih lagi nampak xbrapa betul.

kekalahan kali ni diharapkan menjadi pengajaran kepada pakatan dan lebih banyak usaha dilakukan untuk membaik pulih parti.

Org melayu masih takutkan DAP. Melayu anggap DAP ni satu entiti yg jahat. Disebabkan Pas joined dgn DAP, maka melayu ada yg tak bleh terima even mereka memang menyokong PAs.

Pas diterima masyarakat cina kerana penjenamaan PAS yg mesra semua kaum menyebabkan cina tak takut mengundi Pas. Manakala bagi melayu, mereka amat fobia dgn DAP.

Pendapat saya, Dap yg gagal sebenarnya utk meyakinkan org melayu bahawa parti Dap ni mesra semua kaum dan bukan bersifat kecinaan.

Ini terbukti dgn penerimaan cina pada Pas dan penerimaan melayu kpd Dap yg amat berbeza. Akhirnya melayu amik play safe dgn tak undi Pas/PKR sebab takut dan termakan dakyah BN yg Dap entiti jahat.

Jika Dap boleh jenamakan mereka mesra semua kaum, mungkin keputusan semalam berbeza.

nk tnye knp pas pkr dap x daftar sbgai 1 pakatan & guna 1 bendera parti je? di kmpung apa yg aku nmpak..org2 kmpg lihat bn sebagai Umno, mrk x nmapak mca&mic..tp dlm pr mereka nmpak semua dan plg fobia dgn dap.

kalaulah pru kali ini PR dh guna 1 lmbang parti mesti result dia dh lain..

Bg aku selepas ni PR jgn terlalu riak utk mendpt mejoriti besar.. Kita tgok 2008 dulu BN terlalu yakin utk dptknkan mejoriti 2/3.. Dan akhirnya ? Tetapi malangnya 2013 ni PR pulak membuat perangai BN 2008 dulu.. Kemudian isu ahli parti berebut2 jd calon, kt sini rakyat sudah mula meluat tgok ahli parti berebut2 nak jd yb dan yg terakhir ialah isu siapa jd PM.. Sptutnya PR tak perlu layan isu ni.. Kerana kt sini kita sudah berbalah walaupun belum lg tawan Malaysia. -luahan pengundi PR -

salah satu contoh keboddohan PR... berebut kerusi punya pasal.. last2 BN menang mudah...

N39
KOTA DAMANSARA

Halimaton Saadiah Bohan (BN) = 16,387

Dr Mohd Nasir Hashim (PKR) = 14,860

Ridzuan Ismail (Pas) = 7,312


serius ****** gila PR..




ramai yang beranggapan bila ramai orang datang dengar ceramah atau join apa2 perarakkan kita semua beranggapan seluruh rakyat malaysia menyokong PR......tapi sebenarnya tidak....belum tentu melambangkan keseluruhan orang akan menyokong......sebagai contoh besar di Putrajaya bila Husam lawan Ku Nan......aku tengok ramai giller lah orang datang berpusu-pusu dengar ceramah dan menyatakan sokongan tapi masa undi Ku Nan yang menang......so apa yang boleh aku ckp kat sini bukan semua pengundi kawasan tu yang berikan sokongan pada ceramah yang dibuat....orang yang datang tu sebenarnya adalah orang dari luar kawasan mengundi.....jadi ada kalanya faktor mcm nie membuatkan kita beranggapan PR dah cukup dapat sokongan tp rupanya sokongan tu bukan dari pengundi tempatan.....kena cari strategi lain....

Melayu luar bandar kebanyakanyer miskin..PR cerite ler apa2 lancaw pon..minyak turun..harga kereta turun..hutang negara banyak ker..ingat diorang ambik port ker..janji mereka hidup aman n dapat duit..Kena faham kerekter orang melayu..bagi duit atau bantuan..yang lain boleh jalan..sebab orang melayu ni taat dan mengenang budi..
Aku ada bertemu dengan seorang bekas calon PAS yang kalah bertanding dlm PRU yg lepas..Dia secara ikhlas bgtau dia amat kesal masuk menjadi calon...dah ler duit habis banyak..pekrjaan hilang..selepas kalah bertanding..kena abai dengan ahli dan pimpinan kawasan..next PRU cari calon lain.Aku tgk pon ahli PAS bukan bekerja keras untuk menangkan calon,duk melepak kat markas jer pastu sibuk menilai orang samada mereka tu menyokong PAS atau tidak,bukan nyer nak approach pengundi2 atas pagar.Ronda guna bendera xabis2 ikut macam BN..sedangkan BN tu ada media massa untuk tarik pengundi..


Ade Satu Lagi Ni... :D:D:D

Dun Semenyih...

1. ARUTCHELVAN A/L SUBRAMANIAMS PSM 5,568
2. JOHAN BIN ABD AZIZ BN 17,616
3. HAMIDI BIN A. HASAN PKR 13,471


:-?:)


Pendapat sekupang aku la..

Bagi aku PR gagal menambat hati pengundi luar bandar, kalau di lihat PR berjaya memenangi undi dari pengundi bandar, bila peti undi dari luar bandar masuk PR pasti akan ketinggalan..

PR tak belajar dari PRU yang lepas, sepatutnya PR perlu menambah strategi baru untuk menambat hati pengundi luar bandar..

Dasar yang di bawa PR lebih menguntungkan pengundi2 bandar sahaja...

Sekian...


pendapat aku
PR x berjaya pengaruh undi org melayu semenanjung..
lihat bhg utara semenanjung..
1.perlis 2.kedah 3.perak 4.penang..

rujuk kerusi parlimen.. (Sbb tujuan PR nk tawan malaysia)
bnyk kerusi utara semenanjung yg mana mejoriti org melayu
masih x berpihak kpd PR..

klo kita rujuk pengaruh undi cina..
diorang swing habis.. (full swing)
kwsn2 yg kubu kuat BN tp mejoriti undi cina berubah..

cth : johor , melaka , n9

Untuk sarawak dan sabah..
aku anggap tmpt BN dari dulu lgi..
yang mana perubahan yg nk dibawa PR x cekup kuat..

conclusion aku untuk PRU13..
cina bandar swing habis ke PR..
melayu bandar swing ke PR..
melayu UMNO (etc johor,melaka,n9,pahang) kekal BN
melayu kampung kekal BN..
sabah sarawak kekal BN..


So dalam tempoh 5 tahun nie .. harap ada kesepakatan antara PR ... bergabung bawah satu bendera ...

baru lah nampak ada kesefahaman dan kekuatan :)paid ...

itu pon kalau nak menang pada PRU14 nanti :D

Pada aku..
PR kalah kerana tidak duduk dibawah satu bendera,satu ketua kepimpinan dan mempunyai ideologi yg berasingan...
Jadi,kami sebagai pengundi masih tidak mempercayai pada kepimpinan yg begini...

Satu kapal...satu nakhoda...

cadangan pertama aku,

berjuang atas 1 LOGO, 1 dasar
biar BN vs PR, bukan BN vs PAS vs PKR vs DAP
cara ni je boleh menidakkan orang racist daripada melalut melatah lepas PRU.
buktinya??
tengok BN, dalam tu ada MCA (chinese only), MIC (Indian only), PEKEMBAR (malay only)
tapi bila bawah 1 logo BN, orang melayu yg soft-hearted tak nampak keracistan dan kebiadapan MCA dalam tu.

cadangan kedua aku,

bekalkan SPR dengan generator pasar malam secukupnya.
 
Last edited:
Amik resepi mcm mn org cina boleh bersatu hati sesama mereka...
 
korang ni banyak poyo, kalau mana tak sependapat dengan korang, korang label macai umno, macam mana la nak amek hati pengundi atas pagar, kadang sesetengah orang tu bukan nya pro bn pun, nak bagi pendapat nak tegur pr, tapi tak pasal2 kena hentam macai umno.
 
Jangan menghina dan mencaci. Ini bukan budaya kita. Nak memikat pengundi, kene gunakan cara yang betul.
 
yang pasti kena tgk kenapa sokongan Melayu tidak berpihak kepada PR.....
itu yg kena buat post mortem....
 
Amik resepi mcm mn org cina boleh bersatu hati sesama mereka...

lepas ni dalam history myth n legend ...xpayah la ada artikel dok bangga kekuatan bangsa melayu...

sbb cina lagi power....proven..enough said...
 
Orang Sarawak Sabah menolak PR

Orang hulu,pedalaman,Felda menolak PR

maklumat tak sampai dan disekat oleh kerajaan pemerintah. Bersihkan sistem demokrasi dulu
 
Back
Top
Log in Register