BTC USD 61,063.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Port lepak warga asing dipantau

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg


SEREMBAN - Jabatan Imigresen negeri akan mengadakan operasi secara berkala di Jalan Dato' Sheikh Ahmad, di sini, yang menjadi lokasi lepak warga asing.

Pengarahnya, Hapdzan Husaini berkata, pihaknya turut mengadakan operasi bersepadu dengan agensi lain termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Buat masa ini kita sedang pantau Jalan Dato' Sheikh Ahmad sebelum melakukan operasi di kawasan tumpuan warga asing ini.

"Kita juga akan membuat operasi di hotel bajet dan rumah tumpangan yang dipercayai menyediakan khidmat layanan seks khas untuk warga asing," katanya.

Menurutnya, kali terakhir pihaknya melakukan operasi di kawasan itu ialah pada 25 April lalu dengan penahanan lima pendatang asing tanpa izin (Pati) atas pelbagai kesalahan.

"Operasi itu dilakukan bersama Majlis Perbandaran Seremban (MPS) dan sebanyak 10 premis perniagaan telah diperiksa.

"Semua ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan Imigresen 1963.

"MPS turut mengeluarkan saman ke atas empat premis kerana melanggar syarat lesen perniagaan," katanya di sini, semalam.

Hapdzan berkata, operasi di Jalan Dato' Sheikh Ahmad dilakukan secara bersepadu dengan agensi penguatkuasaan lain.

"Ini kerana setiap agensi mempunyai bidang tugas masing-masing yang tertakluk pada undang-undang dan peraturan.

"Sebagai contoh, warga asing yang menjalankan perniagaan, di mana kesalahan ini tertakluk di bawah kuasa PBT yang bertanggungjawab mengeluarkan lesen perniagaan," katanya.

Hapdzan berkata demikian merujuk kepada laporan Sinar Harian, Sabtu lalu berhubung Jalan Dato' Sheikh Ahmadyang menjadi lokasi tumpuan warga asing setiap kali cuti umum.

Lokasi itu menjadi tarikan melepak bersama rakan senegara mereka berikutan premis perniagaan di kawasan itu dimonopoli warga asing.

Aktiviti pelacuran turut dikesan apabila adanya khidmat layanan seks yang disediakan di beberapa hotel bajet dan rumah tumpangan di kawasan itu.
 
Kau pegi sabah sarawak tengok PATI kat sana. Beratus ribu tapi takde tindakan.
 
bwk masuk ramai2 pastu bila jd mcm ni baru sibuk nak buat keje. tp apa kisah, ini pun lubuk duit jgk.hehe
 
Warga asing skrang streamyx pun diaorg nk apply wooo....
 
Back
Top
Log in Register