BTC USD 83,491.9 Gold USD 4,194.67
Time now: Jun 1, 12:00 AM

politik oh politik

nash007

Active Member
Messages
2,307
Joined
Aug 5, 2011
Messages
2,307
Reaction score
4
Points
25
apa kaitannya antara 2 tajuk berita di bawah?
anda renungkan dan selamat mengundi...:D:D:D





Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad katanya berminat untuk mengambil bahagian secara langsung dalam pilihan raya ke-13 dengan diberikan peluang menjadi calon. Khabarnya kawasan pilihan atau diharap-harap Mahathir ialah Putrajaya.

Mahathir katanya tidak menyuarakan sendiri hasrat itu tetapi diisyaratkan menerusi seorang khadamnya yang telah berjumpa dengan wakil peribadi Najib semalam. Mahathir katanya berubah angin apabila mendapat tahu PAS telah megumumkan Husam Musa sebagai calonnya di Putrajaya.

Khadam Mahathir itu memberi tahu wakil peribadi Najib, Mahathir bimbang dengan keupayaan Teuku Adnan Teuku Mansor untuk mempertahankan kerusi parlimen berkenaan. Dari tinjauan dan kajian di pejabat Yayasan Perdana, - pejabat operasi Mahathir, pegawai kerajaan mungkin mendapat pilihan baru kalau Husam diletakkan bertanding di Putrajaya.


Katanya diukur dari segi kredibiliti, idea dan syaksiah diri Husam jauh lebih baik berbanding dengan Teuku Adnan yang pernah dilumuri dengan skandal perjudian di Genting. Secara tidak langsung Mahathir mengakui akan kehebatan Husam sebagai pemimpin masa depan.

Kononnya untuk memastikan kerusi Putrajaya selamat dan menjadi satu-satunya kerusi selamat dalam Wilayah Persekutuan apabila kerusi parlimen Setiawangsa juga cemas, Teuku Adnan perlu ditukar dan calon terbaik ialah Mahathir. Sumber itu menyebut Mahathir dikatakan mempunyai pengaruh besar di Putrajaya.

Bagaiaman pun sumber lain menyebut hasrat Mahathir itu sudah pun dimaklumi Najib dan Najib sendang mempertimbangkan permintaan berkenaan. "Saya tidak fikir Najib sedia untuk memberi kebebasan begitu sekali kepada Dr M, sehingga menerima permintaanya untuk menjadi calon," kata sumber itu. Masa ini Mahathir adalah pengarah atau master mind Umno untuk pilihan raya ini. Katanya semua tindakan ataupun strategi berkaitan dengan pilihan raya ini Najib terlebih dahulu mendapat arahan atau signal dari Mahathir.

Dari desas desus ini jelas menunjukkan Mahathir masih terliur dan berminat untuk menjadi wakil rakyat atau pun sekadar berada di dalam parlimen. Sementara itu dalam perkembangan lain Mahathir dikatakan telah memberi kata dua kepada Najib atas kapastitinya 'pengtarah pilihan raya BN' agar tidak memberi watikah kepada Abdullah BAdawi sebagai calon di Kepala Batas.

Mengenai kedudukan Tengku Razaleigh Hamzah pula, semalam Teuku Adnan Teuku Mansor telah menghadap Tengku Razaleigh untuk menyampaikan watikah sebagai calon BN di parlimen Gua Musng. Najib dan Umno tidak ada pilihan lain melainkan 'terpaksa' mengambil Tengku Razaleigh sebagai calon untuk menyelamatkan kerusi berkenaan.


mahahirhinanabi.jpg


Mahader2.jpg

sumber
http://msomelayu.blogspot.com/



image.jpg


KOTA BHARU - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menghiraukan desakan supaya beliau meletakkan jawatan tetapi sebaliknya akan terus berkhidmat sehingga ke ‘hujung nyawa’.

“Selagi saya bernafas saya akan terus pegang jawatan dan memainkan peranan saya dalam membentuk Islam,” katanya kepada media semalam menjawab pelbagai desakan termasuk mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya beliau berundur.

Ketika pelbagai pihak mempertikaikan kemampuan beliau untuk terus mentadbir Kelantan, Nik Aziz terus mengulangi kenyataan akan tetap bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sebagaimana sebelum ini.

“Masalah siapa yang akan menjadi menteri besar selepas PRU13 nanti itu masalah kedua, tetapi saya akan terus bercakap dalam Islam,” katanya.

Bulan lalu, Nik Aziz juga menyatakan beliau akan berundur sekiranya parti tidak memerlukan beliau lagi, manakala PRU13 pula Pas Pusat telah membuat keputusan wajib bertanding.

Sementara itu, ditanya siapa calon yang paling sesuai untuk menjadi perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negara pada PRU13 nanti, Nik Aziz menegaskan, paling penting individu itu adalah Islam.

Untuk rekod pada PRU12 keputusan menyaksikan Nik Aziz menang dengan majoriti undi yang lebih besar iaitu 4,249 dengan mengalahkan calon Barisan Nasional, Datuk Dr Nik Mohd Zain Omar di Dun Chempaka.

Pada tahun 2008 Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak) telah menganugerahkan beliau sebagai menteri besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan.

Selain itu, sebagaimana kenyataan Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan, Nik Abdul Aziz mengakui beliau sememangnya bukan pemegang kunci pintu syurga sehingga boleh menilai dosa dan pahala seseorang.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/pru13/nik-aziz-berkhidmat-sehingga-hujung-nyawa-1.148373

siapa yg mendesak...siapa yg terdesak???:eek::eek::eek:
 
sorg masih MB sorg tu dah ex PM kot.. :))

siapa yang terdesak yer?? :-?
 
dia seronok pemimpin pujaan hati dia nk masuk balik bertanding...
 
BN jugak yang tak pandai ambik hati pengundi kelantan.
kalau tak dah lama BN menang di kelantan.PRU 2004 peluang terbaik.
 
xde kaitan apa2 ...ni semua permainan dunia politik...

propa jerk lebey press2 ni sumer cr berita nak lariskan sotkhabar depa
 
Bancian online (SINAR HARIAN)

Manifesto yang mana meyakinkan anda, hingga bakal mempengaruhi sokongan anda:
Barisan Nasional

18 % (1327)
Pakatan Rakyat

82 % (6147)

Jumlah Undian: 7474
 
Back
Top
Log in Register