BTC USD 63,533.9 Gold USD 4,463.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Politik bahasa

talibanes

Permanently Banned - Multiple ID
gem
Messages
12,991
Joined
Aug 18, 2011
Messages
12,991
Reaction score
1,852
Points
191
Pada 28 Julai 2009 Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran mengumumkan pemansuhan dasar pengajian dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) mulai 2012.

Dari tarikh tersebut hingga mutakhir ini, daripada kalangan pucuk pimpinan politik Melayu, hanya timbalan perdana menteri merangkap menteri pelajaran, dan timbalannya, Dr Puad Zarkashi yang kelihatan bersungguh-sungguh untuk menghapuskan dasar PPSMI.

Hampir tiada suara sokongan daripada sayap Pemuda dan Wanita Umno.

Dasar yang tergesa-gesa itu, yang dilancarkan di seluruh sekolah rendah dan menengah hanya enam bulan selepas kabinet membincangkannya, ternyata gagal akibat masalah kompetensi guru (yang tidak dilatih dan diberi persediaan secukupnya), yang kemudian mengakibatkan kelemahan pembangunan modal insan murid khususnya di luar bandar, pulau, pedalaman, Felda dan sebagainya.

Walaupun Kementerian Pelajaran Malaysia menggunakan kaedah Rujukan Norma dalam menentukan keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Peperiksaan Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), didapati masih ramai murid yang gagal mencapai prestasi yang baik.

Mengapa disambung?

Semua pihak patut memandang berat akan nasib malang yang menimpa sebilangan besar murid-murid, iaitu golongan murid yang lemah penguasaan bahasa Inggeris yang terdiri daripada murid-murid Melayu dan bumiputera di luar bandar, pedalaman, pulau, sekolah Orang Asli, sekolah rendah Felda dan sekolah menengah Felda.

Golongan ini mewakili 75-80 peratus pelajar kita. Mereka golongan majoriti. Majoriti yang seharusnya diberi lebih perhatian.

Kalau golongan majoriti ini tidak diberi pembelaan dan keadilan pendidikan, mereka akan terus tercicir dan menjadi golongan tenaga kerja kelas dua atau kelas tiga.

Keputusan kerajaan membenarkan mana-mana pelajar yang sudah berada dalam perangkap PPSMI untuk menyambung pengajian dalam dasar tersebut, memeranjatkan mereka yang menjadi mangsa atau dimangsakan oleh dasar itu.

Khabarnya dasar PPSMI di sekolah rendah baru akan hapus sepenuhnya pada tahun 2015, sementara di sekolah menengah pada 2020.

Ruang untuk menagih

Dengan tempoh berpolitik bahasa sehingga 2015 dan 2020, tempoh itu semacam memberi ruang kepada penyokong dasar PPSMI untuk menagih simpati, agar dasar itu terus dilaksanakan dan diperluaskan. Politik bahasa adalah permainan tarik tali yang belum selesai.

Sebilangan orang yang mewakili 20-25 peratus sahaja pelajar yang gembira dengan dasar tersebut, mungkin lebih memperjuangkan kumpulan minoriti ini, bukan memperjuangkan kumpulan majoriti 75-80 peratus yang patut menikmati hari cerah kehidupan masa depan, hasil daripada pendidikan yang boleh mereka fahami dan kuasai.

Dasar pendidikan yang baik seharusnya turut dapat mencipta modal insan kelas pertama tidak kira sama ada daripada murid luar bandar, atau daripada murid bandar.

Bukannya modal insan kelas pertama untuk pelajar bandar sahaja, sementara modal insan kelas dua atau kelas tiga untuk pelajar luar bandar.

malaysiakini
 
Back
Top
Log in Register