BTC USD 61,295.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis trafik ditanduk 'ala Zidane'

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,370
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,370
Reaction score
5,557
Points
721
image.jpg

Inspektor Maralum Rumahobo ditanduk 'ala Zidane' oleh seorang pengguna jalan raya di Jakarta Pusat.

JAKARTA - INDONESIA. Seorang anggota Unit Trafik Polis Jakarta Timur ditanduk di bahagian dada oleh seorang pengguna jalan raya yang berang.

Insiden itu berlaku pada Selasa lalu di sebatang jalan penuh sesak di Jakarta Pusat.

Ia menjadi tular di media sosial dan rata-rata netizen menganggap serangan ke atas Inspektor Maralum Rumahobo itu mengulangi insiden bintang Perancis, Zinedine Zidane yang menanduk dada pertahanan Itali, Marco Materazzi semasa final Piala Dunia 2006.

"Kejadian itu berlaku di persimpangan Jalan Matraman Raya. Pegawai saya menegur pemuda itu kerana melakukan kesalahan lalu lintas.

"Selepas ditegur, pemuda itu naik berang dan mengancam mahu memukul Inspektor Maralum.

"Sebolehnya kami mahu menangani situasi itu dalam suasana harmoni...tapi pegawai saya pula ditanduk," kata Pengarah Trafik Metro Jakarta, Asisten Komisioner Sutimin hari ini.

Tambah Sutimin, pihaknya kini giat mengesan pemuda terbabit dan dia bakal didenda kerana melakukan kesalahan trafik dan bertindak kasar ke atas penjawat awam. - Tribunnews

http://www.sinarharian.com.my/global/polis-trafik-ditanduk-ala-zidane-1.795695
 
Tanduk?...habis kena denda,tangkap masuk kandang kambing jantan dlm 4-5 ekor,biar dia pulak kena tandok...
 
Dia dah menganggu tugas asal tak tangkap je.
 
Zidane tanduk dada..
 
Kih kih kt indon huluq je 50k-100000 rupiah settle lah tu
 
Jangan pandang rendah kat Indonesia. Mereka sedang berusaha keras membasmi rasuh... Depa improving, kita worsening dalam bab rasuh

kita pun kuat juga bos setahun dua ni ramai yg kantoi spi juta2 rm dalam almari & peti ais pun ada rm....cuma yg ambil rasuah lg ramai dan berjemaah.....:D
 
ada tgk video ni..... respek kat polis tu.
tangan letak belakang je sampai habis.
 
Back
Top
Log in Register