BTC USD 63,260.4 Gold USD 4,294.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis trafik dihukum berguling atas jalan tar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,571
Joined
Dec 18, 2007
Messages
23,571
Reaction score
323
Points
141
geli-polis-2.jpg

Anggota terbabit dihukum berguling atas jalan raya ketika cuaca panas. - Banjarmasin Post

JAKARTA – Seorang anggota polis trafik di Indonesia dihukum berguling atas jalan raya selepas meminta suapan 100,000 rupiah (RM27) daripada seorang penunggang motosikal yang melanggar lalu lintas untuk mengelak daripada disaman, lapor portal berita Banjarmasin Post.

Rakaman video kejadian yang dimuat naik naik di media sosial menunjukkan anggota terbabit berguling berulang kali di atas jalan tar ketika cuaca panas.

Dia juga dipantau oleh beberapa anggota lain.

Hukuman itu dikenakan selepas satu klip video tular memaparkan dia memeras ugut seorang penunggang motosikal yang melawan arus.

Kejadian dirakam di Jalan Palang Merah, daerah Medan Kota pada 25 Jun lalu.

Anggota itu turut digantung tugas selama 30 hari sementara siasatan dijalankan. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register