BTC USD 61,713.5 Gold USD 4,328.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Tahan Lima Penarik Kereta

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,459
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,459
Reaction score
7,735
Points
916
27.01.2022 - Georgetown, Lima daripada kira-kira 20 individu yang terbabit dalam insiden pergaduhan susulan kemalangan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini, semalam, sudah ditahan polis. Kejadian itu turut tular di media sosial. Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, terdahulu, kemalangan membabitkan lori membawa muatan mozek dan dua kenderaan lain, pada 2 petang.

Soffian berkata, siasatan awal mendapati pergaduhan membabitkan penarik kereta akibat salah faham berkaitan urusan menarik kenderaan yang terbabit dalam kemalangan berkenaan.

"Anggota polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut yang berada di lokasi kejadian cuba meleraikan pergaduhan itu tetapi gagal sebelum mendapatkan bantuan anggota polis cawangan kereta peronda (MPV) dan unit rondaan bermotosikal (URB). Ketika anggota MPV dan URB tiba di lokasi kejadian, semua individu berkenaan sudah melarikan diri," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Soffian berkata, setakat ini, lima lelaki warga tempatan berusia antara 26 hingga 50 tahun sudah ditahan di sekitar Georgetown, semalam.

"Polis turut merampas senjata yang digunakan dalam pergaduhan itu iaitu topi keledar dan pengunci motosikal (motorcycle fork lock)," katanya.

Menerusi video tular itu, pergaduhan membabitkan sekumpulan individu di lebuh raya berkenaan. Pergaduhan itu berlaku di laluan bertentangan kemalangan dan menghala ke pusat bandar raya.

Beberapa pengguna lebuh raya yang melalui laluan itu turut memperlahankan kenderaan mereka dan difahamkan berlaku kesesakan di kedua-dua arah.


Berita asal https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/01/804309/polis-tahan-lima-penarik-kereta-metrotv
 
polis trafik pn xleh wat pe, dia sorg deme ramai kot. polis trafik x bw pistol ke?
 
polis trafik pn xleh wat pe, dia sorg deme ramai kot. polis trafik x bw pistol ke?
Bawak ja pistol, tp klau lepaskan tembakan amaran sekali pun blk kena buat report bagai....hahaha tu yg mls bertindak....
 
GADUH | Polis Tahan Lima Penarik Kereta

Polis sudah menahan lima daripada kira-kira 20 individu yang terbabit dalam insiden pergaduhan susulan kemalangan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di Georgetown semalam.

Dalam satu kenyataan, Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner, Soffian Santong berkata, siasatan awal mendapati pergaduhan membabitkan penarik kereta akibat salah faham berkaitan urusan menarik kenderaan yang terbabit dalam kemalangan berkenaan.

 
Back
Top
Log in Register