BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis rampas 'submachine gun'

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
JOHOR BAHRU - Sebelum ini, senjata seperti parang, revolver mahupun pistol menjadi pilihan penjenayah tempatan.

Namun, kini, penjenayah dilihat memperkasakan diri mereka dengan senjata api yang canggih untuk menimbulkan ketakutan.

Pada 29 Ogos, polis menahan seorang lelaki berusia 29 tahun bersama-sama selaras 'submachine gun' (SMG) jenis Uzi - digunakan di seluruh dunia sebagai senjata api oleh polis dan pasukan khas - di Sungai Petani, Kedah.

Menurut polis persekutuan, rampasan terhadap senjata api buatan Israel itu daripada suspek berusia 26 tahun tersebut mencetuskan kebimbangan dalam kalangan agensi penguat kuasa bahawa terdapat penjenayah mempunyai akses kepada senjata
canggih.

Sementara itu, dalam Ops Cantas khas dari 15 hingga 17 Sept lalu di Seri Alam dan Kota Tinggi, Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Bukit Aman dengan bantuan Jabatan Siasatan Jenayah Johor telah menemukan dua laras SMG
jenis AK47.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Salleh telah memberi amaran kepada semua agensi kerajaan, khususnya Jabatan Kastam dan Jabatan Imigresen dan unit pencegahan penyeludupan untuk mencegah kemasukan
senjata api seperti itu ke negara ini.

Bercakap pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini, beliau berkata polis sudah menubuhkan unit khas iaitu Unit Risikan Sempadan (URS) tiga bulan lalu bagi mencegah penyeludupan senjata berbahaya seperti itu. - Bernama
 
Zaman makin canggih perompak pun makin advance
 
Bukan ke SMG = Sub Machine Gun. AK47 bukan SMG, kira dah assault rifle dah.
 
memang pon..zaman serba maju...
tapi atitude pehak berkuasa ditakok lama ja x berubah..
bagi paw sikit...senjata lolos
 
satu kenyataan yg amat menakutkan bagi org ramai
 
jgn jadi masalah sgt bos...
smg ka,ak47 ka...
jumpe senjatapi,sonang...
:))

Memang tak menjadi masalah. Tapi sebagai pemberita, kena ambil tahu berkenaan perkara yang nak ditulis. Ni main bantai aja. Cheewwahh, macam cikgu sasterawan plak.:eek::eek::eek:
 
Back
Top
Log in Register