strom
Legendary Member

- Messages
- 17,846
- Joined
- Jul 18, 2011
- Messages
- 17,846
- Reaction score
- 4,719
- Points
- 191
Oleh Iskandar Shah Mohamed.
Kuala Lumpur: Polis merampas lebih 700,000 pil Eramin 5 dan beberapa dadah jenis lain dianggarkan bernilai RM8 juta dengan tertangkapnya sepuluh individu dalam beberapa siri serbuan di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan sejak Mac lalu.
Semua suspek berusia 21 hingga 37 tahun itu termasuk dua lelaki disyaki dalang sindiket berkenaan yang dicekup di sebuah restoran makanan segera di Seremban, Sabtu lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, hasil pemeriksaan antaranya menemui sejumlah 392,000 pil Eramin 5 di dalam bonet belakang sebuah kereta dinaiki kedua-dua suspek itu.
"Siasatan lanjut kemudian membawa kepada serbuan sebuah rumah di Cheras Baru dan menemui 342,000 lagi pil jenis sama selain beberapa jenis dadah lain," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Bukit Aman di sini, sebentar tadi.
Menurut beliau, pihaknya masih menjalankan siasatan susulan mengenai sindiket pengedaran dadah yang dipercayai bergiat di Negeri Sembilan dan Lembah Klang itu.
"Semua suspek ditahan mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.