BTC USD 60,991.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis maut dipercayai tembak diri sendiri

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,257
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,257
Reaction score
1,662
Points
201
771467.jpg


MANJUNG - Seorang anggota polis meninggal dunia dipercayai menembak diri sendiri dalam satu kejadian di Berek Polis Pantai Remis, di sini malam tadi.

Maklumat awal menyebut, mangsa berpangkat koperal daripada Polis Gerakan Am (PGA) Senoi Praaq dilaporkan menggunakan senjata api jenis M14 dengan menembak diri sendiri di bahagian kepala.

Maklumat kejadian itu diterima pada jam 9.25 malam, namun mangsa yang dibawa ke hospital disahkan meninggal dunia pada jam 10.30 malam.

Ketika kejadian, mangsa yang bertugas di Batalion 18 Senoi Praaq, Pengkalan Hulu dalam penugasan Op Benteng Covid-19 Manjung.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

"Motif kejadian masih dalam siasatan," katanya.


== sinar harian
 
Back
Top
Log in Register