BTC USD 62,528.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis lumpuhkan sindiket dadah

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
KUANTAN - Polis Kuantan berjaya menahan tujuh lelaki bersama 201 gram dadah jenis heroin yang bernilai kira-kira RM16,000 dalam tiga serbuan berasingan di Tanjung Lumpur, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, dengan itu sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan telah berjaya melumpuhkan sebahagian sindiket pengedaran dadah di kawasan itu dan sekitar Kuantan dalam serbuan yang bermula sejak pagi.

"Hasil tangkapan tersebut, polis mendapati tiga daripada mereka merupakan pengedar atau tokan dadah di kawasan Tanjung Lumpur dan sekitarnya.

"Bagi serbuan pertama dan kedua di Jalan Tanjung Lumpur dan Kampung Teluk Baru, Tanjung Lumpur masing-masing berjaya menahan tiga lelaki yang berusia 25 hingga 51 tahun dengan barang berjumlah 89.9 gram dadah jenis heroin.

"Manakala polis turut memberkas seorang lelaki yang berusia 44 tahun yang juga merupakan seorang tokan berserta dadah dengan berat 111.3 gram jenis heroin dalam serbuan di sebuah rumah pada pukul 12.30 tengah hari di Kampung Baru Peramu," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media, di sini, semalam.

Menurut Abdul Aziz, siasatan awal mendapati bekalan dadah tersebut diperoleh daripada tiga pembekal yang berbeza sama ada dari dalam atau luar negeri ini.

"Kesemua suspek positif dadah heroin, syabu atau pil kuda dan morfin selepas ujian air kencing dijalankan dan mempunyai rekod lampau membabitkan dadah.

"Ketujuh-tujuh suspek itu kini ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati," katanya.

Dalam pada itu, katanya, polis sentiasa melakukan operasi bersepadu bagi menjayakan Ops Sarang pada setiap bulan bagi membanteras gejala dadah di daerah ini.

"Pada tahun ini, polis terlah berjaya melaksanakan empat serbuan terbesar di Tanjung Lumpur dan purata jumlah tangkapan melibatkan 100 orang bagi setiap serbuan.

"Walaupun kami mempertingkatkan operasi dan pemantauan namun kawasan tersebut masih belum berjaya diputihkan.

"Semua yang ditangkap telah dikenakan tindakan namun gejala dadah di kawasan berkenaan masih belum selesai sepenuhnya," katanya.
 
Back
Top
Log in Register