BTC USD 61,702.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis kepung kasino lima jam

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
ne_03.1.jpg



Sebuah meja dan peralatan judi turut dirampas polis dalam serbuan ke atas kasino rimba Mount Erskine.

GEORGE TOWN – Selepas dikepung lebih lima jam oleh sekumpulan anggota polis akhirnya operasi kasino rimba di kawasan tersorok berjaya ditumpaskan melalui Ops Dadu di Mount Erskine, Pulau Tikus dekat sini malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, sebelum serbuan dijalankan kira-kira pukul 8.30 malam itu, pihaknya mengepung kawasan puncak bukit berkenaan sejak pukul 3 petang.

Pihaknya berbuat demikian bagi memastikan serbuan diadakan tidak dapat dihidu oleh tujuh tonto yang mengawal di sekitar kawasan berkenaan.

“Semasa serbuan, sekumpulan kaki judi yang menjadikan kawasan rimba tersorok itu sebagai mini kasino sejak tiga hari lalu terkejut. Ketika diserbu mereka sedang leka berjudi,” ujarnya ketika dihubungi semalam.

Menurut Kong Meng, kesemua 25 kaki judi warga tempatan berusia 20-an hingga 50-an itu ditahan oleh Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat, Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) hasil risikan dan maklumat awam.

Ketika ditahan, tiga daripada kaki judi melarikan diri di dalam hutan tetapi berjaya dicekup semula beberapa minit kemudian setelah gagal melepasi kepungan polis.

Kasino rimba itu dibina beratapkan kanvas dan bertiang kayu serta dilengkapi meja dan kerusi serta diterangi lampu kalimantang.

Ia dipercayai mampu memuatkan kira-kira 40 kaki judi pada satu-satu masa.
 
tk hebat la tukang jaga air tu
 
patut genting mau kena mcm ni keke
 
macam macam genting ok ja sini kena ahahahhh
 
kalo ada lesen polis tk kacau ler mcm genting.lau tk de semuanyer kaco..haram katanyer kakaka
 
yg kecik2 di banteras.. yg besar2 dibenarkan bebas.
 
Polis serbu sarang judi atas bukit

je_05.1.jpg

Anggota polis mengawal sebahagian lelaki yang ditahan dalam sebuah khemah selepas menyerbu sebuah pusat perjudian haram yang beroperasi di dalam hutan di Jalan Mount Erskine, Pulau Tikus, Pulau Pinang, kelmarin. - BERNAMA

PULAU PINANG 5 Jan. - Sebuah mini kasino yang beroperasi lima kilometer dari kaki bukit Mount Erskine di sini berjaya dihidu polis hasil penangkapan 25 lelaki dalam serbuan 'Ops Dadu' di sini semalam.

Polis turut merampas wang di meja judi sebanyak RM250 dan wang tunai RM27,670 bersama kesemua mereka yang ditahan serta peralatan judi jenis 'york' dan dadu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, operasi dijalankan mulai pukul 3 petang, diketuai Asisten Supritendan Fauzi Md. Yusuf bersama tujuh pegawai dan 15 anggota Cawangan Judi, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) serta Cawangan Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut.

Beliau berkata, ketika diserbu, kesemua mereka yang berusia antara 20 hingga 50 tahun sedang leka berjudi di sebuah khemah yang dibina dalam kawasan hutan.

"Polis berjaya menyerbu kasino itu kira-kira pukul 8.30 malam kerana mengambil masa kira-kira lima jam untuk mengepung kawasan puncak bukit terbabit. Malah kami turut dihalang lebih tujuh tonto di setiap persimpangan jalan.

"Ketika serbuan, mereka sedang leka berjudi dan ada yang cuba untuk meloloskan diri, namun gagal kerana polis telah mengepung kawasan itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kong Meng berkata, siasatan awal mendapati mini kasino itu baru sahaja beroperasi sejak tiga hari lalu.

Menurutnya lagi, setiap pertaruhan judi itu mengambil masa selama 45 minit dengan kadar pertaruhan RM100,000 hingga RM150,000. Bagi pertaruhan individu pula, kadar pertaruhan minimum RM10 dan maksimum RM1,000 setiap permainan.

Beliau berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan sama ada lokasi perjudian itu dijalankan di atas tanah sewa atau haram termasuk punca bekalan api dan air yang digunakan mereka.

Tambah Kong Meng, kesemua mereka kini ditahan reman dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
 
Back
Top
Log in Register