BTC USD 60,762.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis jawab isu video tular JPJ

kopirait

CG Top Poster Club
gem
Messages
49,284
Joined
Apr 18, 2010
Messages
49,284
Reaction score
5,428
Points
486


LAHAD DATU - Polis memberikan penjelasan berkaitan video tular membabitkan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang terpaksa menggunakan kekerasan untuk menahan seorang penunggang motosikal selepas lelaki itu bertindak agresif.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, suspek lelaki berumur 20 tahun itu gagal menunjukkan lesen memandu dan dokumen pengenalan diri semasa sekatan jalan di Kilometer 23, Jalan Lahad Datu-Sandakan di sini kira-kira 10.30 pagi kelmarin.

Nasri berkata, semasa pemeriksaan, motosikal suspek telah sampai ke kawasan kawalan lalu lintas dan cuba untuk berhenti tetapi diarahkan untuk terus ke kawasan sekatan untuk pemeriksaan lanjut.

"Sewaktu menuju ke laluan sekatan, suspek cuba untuk berpatah balik dengan niat untuk melarikan diri dan cuba merempuh dua anggota JPJ lain yang sedang mengawal keadaan lalu lintas," katanya dalam kenyataan di sini malam tadi.

Nasri mengulas satu rakaman video yang tular di media sosial berdurasi 45 saat memaparkan anggota JPJ memukul seorang penunggang motosikal.

Beliau berkata, cubaan suspek itu gagal apabila tayar motosikalnya bergesel dengan bahagian hadapan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan menyebabkan suspek menuju ke parit tepi jalan.

"Ekoran tindakan suspek yang enggan berhenti dan semakin agresif untuk melarikan diri membuatkan beberapa anggota JPJ sedaya upaya cuba untuk menghentikan tindakan suspek.

"Suspek telah cuba melawan sewaktu proses penahanan menyebabkan anggota JPJ terpaksa menggunakan kekerasan untuk merebahkan suspek," katanya.

Nasri berkata, suspek diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu untuk tindakan lanjut dan disiasat mengikut Seksyen 186/323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen. - Bernama

 
polis yg jawab. ok
 
Dari video tu, mungkin penunggang tu panik sebab x de dokumen tapi dia nampak dikasari, walaupun dah rebah tapi masih ditumbuk, kalau nak gaduh betul2, buka uniform tu dulu baru fair fight
 
jpj nie "X" ja lebih.. ang ngan polisi sama ja perangai lebih kurang.. dok terajang dok saman orang melayu.. melayu gak kena semayang mayat ampa esok kalo dah mampoih.. malang sungguh atas kad pencen x tulih pencen apa.. mau tulih pencen tau la nasib orang awam baca dia nie keja apa dulu.. mau baling teloq ngan maki hamun.. dulu masa kuat pedajal melayu la pencen buat muka x bersalah.. puuihh
 
Saksi Rakam Video JPJ Di Kasari Penunggang Motosikal Di Minta Tampil

11.01.2020 - Kuala Lumpur, Polis meminta saksi yang merakam video kejadian penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) didakwa menggunakan kekerasan terhadap penunggang motorsikal, yang tular di media sosial, agar tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Nasri Mansor berkata saksi berkenaan boleh ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu atau mana-mana IPD atau balai polis berdekatan, untuk diambil keterangan.

"Dalam kejadian semalam kira-kira pukul 10.30 pagi yang berlaku di Kilometer 23, Jalan Lahad Datu-Sandakan, saksi berkenaan dipercayai merakam video berdurasi 45 saat yang memaparkan anggota JPJ melakukan kekerasan, dengan menendang penunggang motorsikal lelaki," katanya dalam kenyataan hari ini.

Penunggang motorsikal berumur 20 tahun itu ditahan selepas cuba melarikan diri dari sekatan jalan dan bertindak merempuh dua pegawai JPJ yang bertugas, sehingga pegawai berkenaan terpaksa menggunakan kekerasan untuk menahannya.

80a3f53d1504a2d98a183a2a17e5e753.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/506790
 
Back
Top
Log in Register