BTC USD 63,260.4 Gold USD 4,294.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis gempur dua makmal proses dadah

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg


MIOR FARIDALTHRASH WAHID (dua dari kanan) bersama pegawainya menunjukkan dadah yang dirampas dalam sidang akhbar di IPD Timur Laut, Pulau Pinang, semalam. UTUSAN/AZMAN ASMAYATIM​

PULAU PINANG 25 Mac – Kegiatan makmal dadah di negeri ini terus berleluasa dengan terbaharu dua lagi digempur pihak polis malam tadi membabitkan nilai rampasan lebih setengah juta.

Lebih mengejutkan, salah satu daripada makmal berkenaan beroperasi di sebuah kondominium mewah yang terletak kira-kira 500 meter dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di sini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalthrash Wahid berkata, dalam dua serbuan berasingan oleh Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, sejumlah 16 kilogram (kg) dadah jenis heroin dirampas dan tiga lelaki turut ditahan.

“Dalam operasi pertama pada pukul 10 malam di sebuah flat di Taman Bukit Gambir, seorang lelaki berjaya ditahan bersama 15 kg dadah jenis heroin dan satu kg serbuk asas untuk menghasilkan heroin.

“Beberapa peralatan lain termasuk bahan kimia turut dijumpai dan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM500,000,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, polis percaya dadah berkenaan dihasilkan untuk pasaran tempatan dan makmal dadah itu mula beroperasi sejak lebih sebulan lalu.

Tambahnya, dalam serbuan di kondominium mewah di Jalan Dato Keramat di sini pada pukul 11.15 malam pula, polis terpaksa memecahkan pintu kerana dua suspek enggan memberi kerjasama.

“Di situ polis berjaya merampas sekilogram dadah jenis heroin serta peralatan memproses yang nilainya mencecah RM20,000,” katanya.

Tambah beliau, kedua-dua makmal dadah itu tidak mempunyai kaitan dan semua suspek direman seminggu untuk membantu siasatan.

Jelasnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.
 
Back
Top
Log in Register