ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Mazlan (kiri) menunjukkan fotofit suspek kes samun guna kereta mewah, semalam.
KOTA BHARU - Polis Kelantan mengedarkan empat fotofit suspek geng samun dikenali sebagai kumpulan Eva yang aktif melakukan jenayah tersebut menggunakan kenderaan mewah di negeri ini.
Kegiatan kumpulan terbabit yang dikesan aktif sejak setahun lalu akhirnya terbongkar selepas polis menjumpai kereta digunakan suspek pancit di bahagian tayar dan ditinggalkan di Sungai Lakit Gua Musang.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, kumpulan itu yang dianggotai empat lelaki berbangsa Cina dan seorang Melayu sebagai penunjuk arah menjadikan rumah peniaga Cina yang kaya sebagai sasaran.
"Sembilan kes dikesan setakat ini membabitkan kumpulan ini di beberapa jajahan termasuk di Kota Bharu, Tanah Merah, Kuala Krai dan daerah lain.
"Mereka licik menggunakan pelbagai kenderaan mewah bagi mengaburi mata pihak berkuasa dan menutup kegiatan mereka," katanya kepada media selepas merasmikan program Shield - Sayangi Hidup Elak Derita, di sini, semalam.
Mazlan berkata, berdasarkan pengecaman oleh pemandu trak tunda terhadap empat suspek terbabit, mereka berusia antara 27, 28, 30 dan 55 tahun.
"Mereka dipercayai melarikan diri ke Kuala Lumpur dan usaha mengesan semua suspek ini giat dilakukan," katanya.
Dalam kejadian Isnin lalu, lima suspek terbabit menyamun dua rumah di Kota Bharu dan Kuala Krai dengan melarikan barangan berharga serta wang tunai lebih RM50,000.
Namun, dalam usaha melarikan diri, tayar kereta dinaiki mereka pancit dan terpaksa meminta pertolongan trak penunda sebelum mengesan kehadiran polis.