combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Polis Dedah Tak Bai Kini Titik Mula Laluan Baharu Sindiket Penyeludupan
Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat
Polis mengesan sindiket penyeludupan yang kini lebih banyak menggunakan laluan sungai dan pesisir pantai dari Tak Bai, Thailand termasuk laluan air di kawasan Tumpat yang boleh sampai ke Sungai Kelantan.
Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata perubahan modus operandi berkenaan, dikesan terutama pada tahun ini apabila sindiket lebih banyak menggunakan laluan laut dan pesisir pantai.
Beliau berkata sindiket menggunakan laluan melalui sungai-sungai di Tumpat dan kawasan pulau termasuk sekitar Pulau Tok Kong.
“Pada tahun ini kita melihat perubahan modus operandi secara ketara. Sekarang kumpulan sindiket lebih menggunakan laluan laut dan pesisir pantai.
“Mereka masuk melalui sungai-sungai di Tumpat dan pulau-pulau sekitar kawasan itu. Banyak laluan sungai di kawasan berkenaan boleh sampai ke Sungai Kelantan,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Beliau berkata sindiket turut menggunakan laluan pesisir pantai dari Tak Bai sebelum memasuki kawasan Kuala Besar, Semerak, Pengkalan Chepa dan Pantai Sabak, malah ada yang bergerak sehingga ke Besut, Terengganu.
Mohd Yusoff berkata penggunaan laluan berkenaan terbukti, menerusi beberapa tangkapan dadah yang dilakukan polis di kawasan pantai sebelum ini.
“Kita pernah membuat tangkapan dadah di Pantai Sabak dan Semerak dengan rampasan melebihi 100 kilogram syabu yang dibawa menggunakan bot,” katanya.
Mengulas mengenai pangkalan haram di sempadan Malaysia-Thailand, beliau berkata sebanyak 91 pangkalan haram yang dibina di atas tanah kerajaan, telah dirobohkan setakat ini.