BTC USD 86,251.4 Gold USD 4,358.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis buru lelaki disyaki pukul isteri hamil

sapit87

Legendary Member
gem
Messages
10,327
Joined
Oct 4, 2012
Messages
10,327
Reaction score
1,121
Points
201
MELAKA: Polis sedang memburu seorang lelaki dipercayai memukul isterinya yang sedang hamil dalam kejadian di sebuah pusat karaoke di Kota Shahbandar di sini, Ahad lepas.

Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu selepas ibu mangsa membuat laporan polis pada 1.17 pagi semalam, selepas mendapati anaknya berusia 20 tahun tiada di rumah dan gagal dihubungi.

1773884815887.png


"Pengadu mendapati pintu belakang rumah dipercayai dibuka secara paksa dan ibu mangsa kemudian menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan mangsa diperlakukan secara kasar oleh suspek yang juga suaminya berusia 22 tahun di pusat karoake berkenaan.

“Siasatan awal mendapati mangsa dibawa ke Hospital Melaka oleh ambulans pada 4.41 pagi selepas cedera dalam kejadian di pusat karaoke dan menerima rawatan di zon merah. Pemeriksaan lanjut mendapati mangsa mengalami kecederaan tisu lembut di bahagian kepala dan pipi kanan akibat dipukul,” katanya dalam kenyataan di sini.

Mengulas lanjut, Dzulkhairi berkata berdasarkan rakaman CCTV, suspek dipercayai memukul, melempang, menarik rambut serta melanggar kepala mangsa yang sedang terbaring menggunakan motosikal.

Beliau berkata selepas menerima rawatan, mangsa dibawa pulang ke rumah oleh ibunya, namun mangsa dipercayai telah keluar bersama anak lelakinya berusia dua tahun mengikut suspek.

“Pengadu gagal menghubungi mangsa sehingga kini dan bimbang terhadap keselamatan mangsa serta anaknya itu.

"Setakat ini, belum ada tangkapan dibuat dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan serta Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994,” katanya.

Sebelum ini, rakaman CCTV dipercayai berkaitan kejadian tersebut tular di media sosial.


dah kene tangkap ke belum tok laki ni
 


Suami terajang, langgar kepala isteri dengan motosikal ditahan polis

MELAKA: Seorang lelaki yang dipercayai bertindak ganas memukul dan melanggar kepala isterinya dengan motosikal di hadapan sebuah premis hiburan keluarga di Kota Shahbandar di sini, berjaya diberkas polis pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata suspek berusia 22 tahun dan beralamat di Telok Mas ditahan kira-kira jam 11 pagi di sebuah rumah di Taman Seri Kemendor, Jasin.

“Hasil maklumat dan risikan yang dijalankan, polis berjaya mengesan suspek di lokasi itu.


Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek yang bekerja sebagai penghantar barang turut mempunyai empat rekod jenayah lalu, termasuk dua kes berkaitan dadah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994,” katanya.

Christopher berkata, polis meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah atau mana-mana balai polis berhampiran.

Media sebelum ini melaporkan satu video memaparkan seorang lelaki dipercayai memukul isterinya tular di media sosial sejak Isnin lalu.

Dalam video itu, kelihatan seorang lelaki yang memakai topi keledar bertindak agresif menumbuk, memukul serta menampar wanita berkenaan sehingga mangsa terbaring.

Pada Selasa lalu, media turut melaporkan polis giat mengesan suspek selepas disyaki bertindak ganas mencederakan isterinya, termasuk menggunakan motosikal.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar, dilaporkan berkata laporan berhubung insiden itu diterima daripada ibu mangsa berusia 51 tahun semalam, selepas video mengenai kejadian terbabit tular di media sosial awal pagi Ahad lalu.

Artikel➡️ Buletin TV3
 
14191955388348421-382986.jpg

14191955388348421-382987.jpg

14191955388348421-382988.jpg

14191955388348421-382989.jpg

14191955388348421-382990.jpg


Lenyek kepala isteri dengan motosikal, suami durjana diburu polis


MELAKA - Polis sedang memburu seorang lelaki yang dipercayai bertindak kejam terhadap isterinya dengan memukul mangsa di tempat awam sebelum melanggar kepala mangsa dengan motosikal dalam kejadian di Kota Shahbandar awal pagi Ahad lalu.

Pada Isnin, tular video berdurasi 56 saat yang menunjukkan perbuatan kejam suspek terhadap isterinya di media sosial.

Dalam kejadian jam 4 pagi itu, suspek berusia 22 tahun yang bekerja sebagai penghantar barang turut bertindak agresif menampar serta menarik rambut isterinya berusia 20 tahun berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa berusia 51 tahun yang mengetahui kejadian itu selepas melihat rakaman CCTV di sebuah premis hiburan keluarga di kawasan berkenaan.


“Mangsa disahkan mengalami kecederaan tisu lembut di bahagian kepala dan pipi kanan.

“Selepas menerima rawatan, mangsa dibawa pulang ke rumah ibunya di Tanjung Minyak Perdana,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Bagaimanapun katanya, pada hari sama sekitar jam 8 malam, mangsa didapati tiada di rumah selepas dipercayai keluar bersama anak lelakinya yang berusia dua tahun mengikut suspek.

“Ibu mangsa turut mendapati pintu belakang rumah telah dibuka secara paksa dan usaha untuk menghubungi mangsa gagal.

“Laporan polis dibuat kerana bimbang terhadap keselamatan mangsa dan anaknya,” katanya.

Tambah beliau, usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut peruntukan undang-undang berkaitan keganasan rumah tangga.

Artikel : Sinar Harian
 
6c55158b6597d3d9ea3c013aa861007369c4de9fb5907

Seorang penghantar makanan dipenjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap isterinya yang hamil, dua minggu lepas.

Majistret Nur Afiqah Radhiah Zainurin menjatuhkan hukuman empat bulan bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan Muhammad Aidil Azahar Rahmat, 22, menjalani hukuman itu secara serentak bermula dari tarikh tangkap 19 Mac.


Seorang penghantar makanan dipenjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap isterinya yang hamil, dua minggu lepas.

Majistret Nur Afiqah Radhiah Zainurin menjatuhkan hukuman empat bulan bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan Muhammad Aidil Azahar Rahmat, 22, menjalani hukuman itu secara serentak bermula dari tarikh tangkap 19 Mac.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa sengaja menyebabkan kecederaan kepada Nur Azhiimah Abd Razak, 20, dengan menumbuk bahagian belakang kepala wanita itu selain juga didakwa menampar muka, memukul kepala serta menolak mangsa sehingga jatuh.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah pusat karaoke di Kompleks Perniagaan Kota Syahbandar dalam daerah Melaka Tengah pada 3.59 pagi dan 4.06 pagi 15 Mac.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama-sama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Zaidah Muhamad Zailani memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran mengambil kira keadaan mangsa yang mengandung ketika kejadian.

Bagaimanapun, lelaki itu yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan ibunya sakit akibat strok.

Mengikut fakta kes, ibu mangsa mendapati rakaman kamera litar tertutup (CCTV) premis itu menunjukkan lelaki itu telah memukul, melempang, menarik rambut dan melanggar kepala anaknya tersebut yang sedang terbaring dengan motosikal.

Mangsa ditemukan oleh ibunya di zon merah Hospital Melaka pada 4.41 pagi hari kejadian dan membawanya pulang ke rumah.

 
384845-384845.jpg


(MELAKA) Belasah, langgar kepala isteri hamil dengan motosikal, lelaki dijel 4 bulan.
.
.
.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh dipercayai dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya yang berusia 20 tahun dengan cara menumbuk belakang kepala mangsa.
.
Tertuduh turut didapati menyebabkan kecederaan terhadap mangsa sama dengan cara menampar muka, memukul kepala dan menolak isterinya sehingga jatuh.
.
Perbuatan itu dilakukan ketika berada di dalam dan kaki lima sebuah premis pusat karaoke di Kompleks Perniagaan Kota Syahbandar dalam daerah Melaka Tengah kira-kira pukul 3.59 pagi dan 4.06 pagi, 15 Mac lalu.
-MalaysiaGazette / Reza A Hamid
 
Back
Top
Log in Register