BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Britain bantah keputusan Cameron

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
LONDON 14 Ogos – Polis Britain semalam meluahkan kemarahan mereka terhadap keputusan Perdana Menteri, David Cameron untuk mengambil khidmat seorang bekas ketua polis dari Amerika Syarikat (AS) bagi menangani masalah kumpulan samseng jalanan, seminggu selepas negara ini dilanda rusuhan terburuk dalam tempoh beberapa dekad.

Bekas ketua polis New York, Bill Bratton sudah bersetuju untuk datang ke Britain dalam beberapa bulan akan datang bagi memberi nasihat mengenai cara terbaik untuk menangani masalah kumpulan samseng, sementara Britain terus mencari jawapan mengapa negara ini boleh terjerumus ke dalam kancah huru-hara yang begitu buruk.

Bratton memainkan peranan utama dalam melaksanakan penguatkuasaan polis ‘toleransi sifar’ di New York serta menurunkan kadar jenayah selepas rusuhan di Los Angeles pada 1992.

Namun, tokoh-tokoh kanan polis Britain kini dalam kedudukan defensif, setelah anggota mereka berjaya memelihara ketenteraman di London selama empat malam berturut-turut berikutan keganasan meluas sejak Isnin lalu yang menyaksikan rusuhan, keganasan, pembakaran dan kegiatan mencuri meletus di kawasan-kawasan kediaman di seluruh ibu negara ini.

Lebih 2,000 orang ditangkap di seluruh England apabila kekacauan itu merebak ke beberapa bandar raya utama lain.

Pengerusi Persekutuan Polis Metropolitan (MPF), John Tully yang mewakili anggota polis London mengkritik keputusan untuk mengambil Bratton sebagai penasihat.

“Walaupun beliau memiliki rekod cemerlang di Amerika Syarikat, cara penguatkuasaan polisnya berbeza dan budaya kumpulan samsengnya juga berbeza,” kata Tully yang dipetik oleh stesen Perbadanan Penyiaran British (BBC).

Pengerusi Persekutuan Polis Greater Manchester, Ian Hanson pula memberitahu televisyen ITV, apa yang disaksikan minggu ini ialah keupayaan terbaik polis Britain dalam menjaga keamanan.

“Polis berasa marah, kesal dan agak terkejut dengan keputusan Cameron,” kata Hanson.

Seorang lagi pegawai MPF, Paul Dellar berkata, polis di Britain bertindak dengan persetujuan, tetapi polis Amerika bertindak dengan kekerasan dan mereka tidak mahu pendekatan itu diambil di negara ini. – AFP
 
Back
Top
Log in Register