BTC USD 63,489.3 Gold USD 4,475.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

POLIGAMI......? Jom bincangkan

Kelas online poligami
1597795356098.jpeg

link:
 
Last edited:
Berdosa pakai ilmu guna-guna tundukkan isteri untuk poligami
Kuala Terengganu: "Haram dan berdosa sekiranya menggunakan ilmu guna-guna untuk tundukkan isteri yang bermadu," kata Timbalan Mufti Terengganu, Sahibul Fadilah Ahadi Othman ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Ahadi berkata, poligami dibolehkan di dalam Islam, malah ia sunnah Rasulullah SAW yang diberikan pahala sekiranya diikuti dengan niat mengikut sunnah.

"Bagaimanapun matlamat tidak menghalalkan cara dan perbuatan menggunakan ilmu guna-guna atau sihir ialah haram dan berdosa besar.

"Hidup bermadu tiada masalah kerana ia disarankan dalam Islam untuk seseorang yang berkemampuan, tetapi pastikan ia dijalankan mengikut garis panduan ditetapkan Islam," katanya.

Beliau berkata, ada segelintir suami atau pasangan yang menggunakan ilmu tertentu untuk menundukkan isteri seterusnya boleh menjalani kehidupan bermadu dengan harmoni.

Katanya, jika ingin melembutkan hati isteri ada caranya iaitu dengan cara berdoa atau mengamalkan amalan bacaan al-Quran.

"Tetapi jika sampai sanggup menggunakan jampi serapah serta amalan tertentu bertentangan dengan Islam, perbuatan itu memang salah dan boleh terdorong kepada amalan khurafat dan syirik.

"Sebaik-baiknya pasangan bermadu terutama suami menitik beratkan ajaran dan amalan agama dalam rumah tangga.

"Didik isteri dan anak dengan ajaran Islam seterusnya akan menimbulkan suasana harmoni dan berkat dalam keluarga dan pasangan ingin berpoligami perlu mendalami ilmu agama terlebih dahulu supaya tidak terjebak dengan amalan bertentangan dengan Islam," katanya.

Harian Metro semalam melaporkan seorang pemuda, Md Fairuz Al Syafiq A Rahman, 34, hidup harmoni bersama dua isterinya, Wan Rafiah Mustafa, 34, dan Rafidah Saidi, 29 di Kampung Teluk Pasu.

Md Fairuz bersama dua isteri dan dua anaknya iaitu Muhammad Rafiq Ar Zafran, dan Muhammad Rizqi Al Qadri yang masing-masing berusia dua tahun tinggal dalam satu rumah sejak bermadu pada 2017.
 
Bahana kegiatan scam poligami
LIZA MOKHTAR & ZAMRI RAMBLI | | 01 Januari 2021

[LAPORAN KHAS] KEGIATAN scam atau penipuan dalam urusan dokumentasi poligami dikhuatiri boleh menjejaskan institusi kehakiman syariah negara jika dibiarkan terus berleluasa.

Menurut peguam syarie, Syamimi Ab Rahman, isu penipuan poligami harus dipandang serius oleh orang ramai dan juga pihak atasan.

“Prosedur untuk berpoligami di Malaysia telah tersusun cantik dan dalam peruntukan undang-undang itu sendiri ada seksyen berkenaan poligami,” ujar Syamimi kepada Sinar Harian pada Khamis.

Katanya lagi, selain penipuan yang dilakukan oleh pihak suami yang mahu beristeri lebih daripada satu, penipuan poligami juga berlaku kerana adanya orang dalam yang ‘membantu’ menjayakan kegiatan itu.

“Isu timbul apabila pihak-pihak yang terlibat dengan penipuan poligami ini menyalahgunakan kuasa dan menyalahgunakan prosedur permohonan yang telah ditetapkan di dalam peruntukan undang-undang dan juga di Mahkamah Syariah,” katanya.

Antara modus operandi yang dapat dikesan pada ketika ini adalah ketika suami mahu memfailkan kes permohonan poligami di Mahkamah Syariah, bahagian maklumat untuk alamat isteri pertama diletakkan alamat palsu atau alamat tidak wujud.

Apabila berlakunya penipuan alamat maka akan timbul masalah ketika pihak mahkamah atau peguam yang mewakili suami mahu membuat serahan dokumen kepada isteri pertama atau dalam erti kata lain ia tidak sampai ke tangan si isteri pertama.

Selanjutnya, jika alternatif serahan saman gantian seperti tampalan atau iklan di dalam surat khabar telah dibuat sekalipun, namun isteri pertama masih gagal juga untuk hadir ke mahkamah, maka mahkamah akan menganggap penyampaian itu dikira sempurna.

“Jika telah dikira sempurna maka kes itu boleh dijalankan secara sebelah pihak (suami sahaja) tanpa melibatkan pihak isteri pertama sedangkan sepatutnya isteri pertama patut dijadikan sebagai pihak lawan (defendan) di dalam kes permohonan poligami yang difailkan oleh suami tersebut,” katanya.

Modus operandi kedua, apabila si suami mengisi dengan betul semua maklumat berkaitan isteri pertama namun tidak membuat serahan dokumen kepada pihak isteri.

Sebaliknya suami menipu di mahkamah dengan mengatakan serahan dokumen telah dibuat dan pihak isteri telah menerimanya dan menurunkan tandatangan.

Ringkasnya, suami memalsukan serahan dokumen dan membuat afidavit penyampaian yang bermaksud akuan bersumpah yang menyatakan dokumen telah diserahkan atau disampaikan kepada isteri pertama sedangkan ia tidak berlaku sama sekali.

Apabila Hakim Syarie atau Mahkamah Syariah melihat adanya afidavit penyampaian maka dipercayai pihak isteri telah menerima dokumen terbabit walaupun pada hakikatnya isteri tidak pernah menerimanya.

Tambahnya lagi, untuk membuat permohonan kebenaran poligami suami harus mengikut alamat di mana dia bermastautin. Namun dalam isu penipuan poligami suami memalsukan alamat sendiri atau menggunakan alamat orang lain.

“Contohnya suami tinggal di Kedah tetapi memohon kebenaran poligami di negeri Johor bagi mengelakkan dari pengetahuan isteri pertama ataupun mana mana pihak yang mengenalinya,” katanya.

Tegas Syamimi, penularan scam poligami perlu dibendung dengan penguatkuasaan undang-undang yang sangat ketat demi menjaga martabat dan keharmonian Mahkamah Syariah itu sendiri dan mengelakkan kemudaratan bagi wanita yang bergelar isteri.

Untuk info, sebelum suami sama ada telah beristeri satu, dua atau tiga ingin berkahwin lain mereka perlu memohon kebenaran di Mahkamah Syariah terlebih dahulu.

Proses di Mahkamah Syariah akan dimulakan dengan pemfailan dokumen permohonan kebenaran poligami oleh plaintif (suami) diikuti penyerahan dokumen kepada pihak lawan atau defendan (isteri pertama) sebelum proses perbicaraan kes berlangsung.

Katanya, pihak suami akan memberi keterangan, kemudian pihak isteri diikuti keterangan bakal isteri baharu dan akhir sekali keterangan wali bakal isteri baharu.

“Semua proses terbabit harus berlaku di Mahkamah Syariah dengan pengetahuan semua pihak iaitu suami, isteri sedia ada, bakal isteri baharu dan wali bakal isteri.

“Apabila semua proses perbicaraan kebenaran poligami ini selesai maka Hakim di Mahkamah Syariah akan membuat keputusan sama ada permohonan si suami diluluskan atau tidak,” katanya.

Walaupun keizinan isteri pertama bukan menjadi satu kemestian dalam kes permohonan poligami, namun bukan bermakna isteri pertama patut dirahsiakan dan tidak perlu tahu berkenaan hasrat suami tersebut.

Syamimi berkata, beliau percaya dalam isu yang sedang tular sekarang berkenaan penipuan poligami itu, bukannya tidak menyokong dan membantah kepada poligami tetapi membantah dari segi cara ke arah pelaksanaan permohonan poligami itu.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/117074/LAPORAN-KHAS/Bahana-kegiatan-scam-poligami
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 
Bila terlalu leceh nak poligami,
teringat kata2 seloroh,
'buat apa bela lembu,
Beli susu sudah'.
Sekian.
 
Isteri boleh buat laporan jika suami scam untuk berpoligami
| | 02 Januari 2021
Ahad | 03 Januari 2021
928330.jpg

SHAH ALAM - Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang menegaskan jika berlaku sebarang penipuan dalam proses permohonan poligami di Mahkamah Syariah pihak isteri boleh melaporkan kepada penguat kuasa Jabatan Agama Islam.
Menurutnya, setiap permohonan poligami di Mahkamah Syariah, pemohon perlu tandatangan ikrar di hadapan Pendaftar Mahkamah bahawa semua maklumat yang diberikan adalah benar.
“Jika berlaku penipuan maka mereka boleh didakwa menurut seksyen 82 Enakmen Jenayah Syariah Negeri-Negeri iaitu kesalahan memberi keterangan palsu,” ujar Musa kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Katanya lagi, denda bagi kesalahan tersebut adalah berat termasuklah penjara dan denda.
“Mana-mana orang yang dengan sengaja memberi keterangan palsu pada mana-mana peringkat prosiding kehakiman, atau dengan sengaja mereka keterangan palsu bagi maksud digunakan pada mana-mana peringkat prosiding kehakiman apabila disabitkan dikenaka hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
“Dan sesiapa dengan sengaja memberi atau mereka keterangan palsu dalam mana-mana hal lain, adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya,” katanya.
Jelas Musa, penipuan mungkin berlaku di peringkat serahan dokumen kepada isteri di mana isteri yang terima dokumen permohonan seperti Tandatangan Terima (acknowledgement).
“Selepas itu orang yang serahkan dokumen perlu ikrarkan afidavit serahan menyatakan bahawa dia telah berjaya serahkan dokumen tersebut. Mungkin ada pemohon yang tandatangan sendiri untuk bukti penerimaan atau minta org lain tandatangan penerimaan bagi pihak isteri.
“Jika penipuan berlaku di peringkat ini, pemohon atau sesiapa sahaja yang membuat angkat sumpah afidavit palsu telah menyerahkan dokumen kepada isteri boleh didakwa menurut seksyen di atas,” katanya lagi.
Berhubung penglibatan orang dalam, Musa percaya pihak Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) akan mengambil tindakan tegas sekiranya menerima aduan dan terbukti orang dalam terlibat dengan isu scam poligami.
 
Wujud Penipuan Dalam Permohonan Poligami

03.01.2021 - Kuala Lumpur, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) tidak menolak kemungkinan wujud penipuan dalam permohonan poligami melibatkan pemohon sendiri atau ejen luar yang menawarkan khidmat pernikahan sindiket. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, kegiatan tersebut mungkin turut melibatkan peguam syarie atau kakitangan mahkamah syariah sendiri.

Menurut beliau, kes penipuan itu boleh berlaku sama ada melalui pemalsuan dokumen yang dikemukakan kepada mahkamah seperti tandatangan isteri sedia ada dalam akuan penerimaan dokumen mahkamah atau penipuan berkenaan alamat sebenar tempat tinggal pemohon.

“Penipuan ini walau dilakukan oleh sesiapa pun merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang. Adalah menjadi tanggungjawab semua pihak agar melaporkan kepada pihak berkuasa sama ada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bahagian Penguatkuasan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya mempunyai sebarang maklumat berkaitan perlakuan penipuan seperti ini supaya siasatan dan tindakan lanjut boleh diambil berdasarkan undang-undang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan media berhubung kebimbangan pelbagai pihak berikutan peningkatan kes pemalsuan dokumen poligami yang mengancam institusi keluarga dan kehakiman syariah di negara ini. Zulkifli berkata, bagi pihak pentadbiran mahkamah syariah, siasatan dalaman akan dilakukan jika ada aduan penipuan melibatkan kakitangan mahkamah. Katanya, tindakan tegas akan diambil berdasarkan peraturan-peraturan sedia ada penjawat awam.

“Pihak JKSM dan mahkamah syariah negeri-negeri sama sekali tidak akan berkompromi dengan perbuatan warganya yang tidak amanah dalam menjalankan tugas dan kewajipan yang diberikan. Sebagai sebuah agensi di bawah tanggungjawab saya, JKSM selaku agensi penyelaras mahkamah syariah di negara ini akan bekerjasama rapat dengan pihak mahkamah syariah negeri-negeri, penguat kuasa JAIN, PDRM dan SPRM dalam mengekang gejala tipuan poligami ini,” katanya.

Dalam pada itu, Zulkifli berkata, perkahwinan poligami adalah dibenarkan menurut hukum syarak dan undang-undang, tetapi jika dilakukan tanpa kebenaran pihak berkuasa, hendaklah didaftarkan di jabatan agama Islam negeri-negeri. Jelasnya, sebelum pendaftaran perkahwinan tersebut dapat dilakukan, satu permohonan perlu dikemukakan kepada mahkamah syariah bagi menentukan akad nikah yang membelakangkan undang-undang itu adalah sah atau sebaliknya menurut hukum syarak.

“Jika ia sah, mahkamah syariah akan mengeluarkan satu perintah untuk mendaftarkan perkahwinan tersebut,” katanya

Screenshot-3489.jpg


Berita asal https://malaysiagazette.com/2021/01/03/wujud-penipuan-dalam-permohonan-poligami/
 
sunnah poligami yg d takuti oleh semua wanita2..
sunnah jihad pula ditakuti oleh semua negara2
 
Back
Top
Log in Register