BTC USD 63,416.1 Gold USD 4,294.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pokok Krismas dijual di Arab Saudi

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,479
Joined
Jun 17, 2007
Messages
61,479
Reaction score
7,005
Points
881
Pokok Krismas dijual di Arab Saudi
| | 21 Disember 2020
Isnin | 21 Disember 2020
918052.jpg

Pokok-pokok Krismas dijual di sebuah kedai di Riyadh, Arab Saudi baru-baru ini. - Foto AFP

RIYADH - Pokok-pokok dan perhiasan Krismas kini dijual di sebuah kedai di Riyadh, Arab Saudi iaitu sesuatu yang tidak pernah terfikir akan berlaku di negara yang melarang penjualan barang-barang berkaitan dengan agama bukan Islam.

Dalam tempoh beberapa tahun lalu, jualan sempena musim perayaan mula diadakan di Riyadh sekali gus menunjukkan satu tanda kelonggaran sosial berlaku di negara beraja tersebut.
Ia juga berlaku selepas Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman berikrar akan membawa negara Teluk berkenaan menjadi lebih terbuka dan mengamalkan pendekatan Islam yang sederhana.

"Saya tidak pernah membayangkan perkara ini (pokok Krimas dijual)," kata seorang penduduk kepada AFP.
Dia berkata demikian di sebuah kedai yang menjual pokok-pokok Krismas, pakaian Santa Claus dan lain-lain perhiasan perayaan itu.
Selama berdekad lamanya, jualan hari Krismas tidak diadakan secara terbuka manakala penduduk Kristian dari Filipina, Lebanon dan lain-lain negara menyambutnya di tempat tertutup.
Adalah amat sukar untuk mencari barang-barang sempena Krismas di negara beraja itu, kata seorang ekspatriat dari Lebanon yang dikenali sebagai Mary.
"Ramai daripada rakan-rakan saya membelinya dari Lebanon atau Syria dan menyeludupnya bagi memasuki negara ini," tambahnya.

Pada tahun 2018, di tengah-tengah usaha yang meliberalisasikan Arab Saudi dilakukan oleh Putera Mohammed, pihak berkuasa negara tersebut memberi amaran di Twitter bahawa pokok-pokok Krismas dilarang daripada memasuki negara tersebut.

Pada bulan lalu, Putera Mohammed berikrar akan memerangi keganasan dengan pendekatan keras selepas berlakunya satu letupan bom di sebuah kawasan perkuburan bukan Islam yang dihadiri oleh para diplomat Barat di Jeddah manakala kumpulan Daesh mendakwa melakukan kejadian tersebut. - AFP

© 2018 All Rights Reserved • Karangkraf Group • © 2018 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf
 
Indonesia lagi bagus..
hanya hari raya aidilfitri dan aidiladha diberikan cuti..
perayaan lain kene buat kat kawasan tertutup..
 
penduduk brbilang kaum 😝
 
Masalahnya kawin campur dibenarkan kan?

sana ok, depa tak jumud
Mereka bole kawen sama ahli kitab

————
Perkahwinan campuran agama sebagai cara hidup di Dubai
Oleh Tarek Fahmy

DUBAI (Reuters) - Bagi Ali Al Sayed dan Mina Liccione, toleransi beragama lebih dari sekadar aspirasi. Ini cara hidup.

1608542125399.jpeg

Tayangan slaid (13 gambar)
Tidak biasa bagi pasangan di Dubai, mereka adalah perkahwinan iman campuran, dengan Mina - dilahirkan sebagai Katolik - memilih untuk tidak mengikuti amalan biasa dengan memeluk Islam ketika mereka mengikat ikatan.

Dia bersemangat untuk berada dalam daftar tunggu massa yang diharapkan diadakan oleh Paus Francis pada 5 Februari, semasa lawatan kepausan pertama ke Semenanjung Arab.

Sekiranya dia mendapat tiket, Ali telah berjanji untuk mengambil alih tugas menjaga anak untuk anak lelaki kembar mereka yang berusia 14 bulan untuk memudahkannya bersekolah.

"Perlu waktu untuk memahami bahawa setiap ritual dan setiap kebiasaan adalah pribadi," katanya kepada Reuters. "Jadi menyesuaikan diri dengan ritual masing-masing adalah memberi orang lain ruang untuk melakukan apa yang perlu mereka lakukan."

IKLAN

Tinggal di sebuah negara yang majoriti beragama Islam, Ali telah menghadapi tekanan untuk Mina mualaf. "Banyak orang bertanya begitu kapan dia akan menjadi Muslim. Ini adalah salah satu perkara seperti itu, jadi bilakah anda akan datang ke rumah kami. "

Tetapi dia sadar bahawa bahkan Nabi Muhammad gagal memurtadkan pamannya, jadi "ini adalah sesuatu yang saya tidak dapat memaksa seseorang."

Dia dan Mina bermula sebagai rakan perniagaan ketika mereka menubuhkan Dubomedy, sebuah sekolah seni dan komedi yang berpusat di Dubai, pada tahun 2008.

Dia mengingati perkahwinan mereka tujuh tahun yang lalu sebagai majlis yang menggembirakan di mana kedua budaya mereka bersatu.

Last edited:

Merapu kuat la jgn duk kopi paste je. da islam + kristian celah mana ahli kitab?
 
Merapu kuat la jgn duk kopi paste je. da islam + kristian celah mana ahli kitab?

ada ayat dlm quran di bolehkan tuan
Cuma mazhab hanafi & syafie saja kata makroh, bukan haram

———-
HUKUM BERKAHWIN DENGAN WANITA AHLI KITAB
Ustaz Dr Hj Zahazan Mohamed
HUKUM BERKAHWIN DENGAN WANITA AHLI KITAB

Jawapan:

Dalam masalah pernikahan antara seorang lelaki Muslim dengan wanita Yahudi ataupun Nasrani, atau disebut juga sebagai wanita ahli kitab, terdapat tiga pendapat ulama yang berbeza sebagaimana berikut:

1. Harus menikahi wanita ahli kitab yang berstatus zimmi.

Ini merupakan pendapat jumhur ulama baik salaf mahupun khalaf, sebagaimana yang disebut oleh Dr. Wahbah al-Zuhaili dalam al-Fiqh al-Islami. Mereka berpendapat bahawa boleh bagi seorang lelaki Muslim bernikah dengan wanita ahli kitab secara mutlak tanpa ada sebarang syarat.

1608542388891.jpeg

hukum-berkahwin-dgn-wanita-ahli-kitab-1

Antara hujah mereka:

a. Surah al-Maidah ayat 5 yang disebutkan di atas. Ibn Kathir menjelaskan bahawa ayat ini merujuk kepada wanita-wanita yang merdeka (bukan hamba sahaya) dan mampu menjaga kesucian dirinya daripada zina.

b. Perbuatan para sahabat yang mengahwini wanita ahli kitab daripada kalangan ahlu zimmah (orang kafir yang menetap dalam kerajaan Islam dan patuh). Contohnya, Uthman bin Affan yang mengahwini Na’ilah binti al-Farafishah al-Kalbiyah yang beragama Nasrani yang kemudiannya berjaya diislamkannya. Begitu juga Hudzaifah yang mengahwini wanita Yahudi penduduk Mada’in.

Dr. Wahbah menjelaskan bahawa antara hikmah dibolehkan perkahwinan seorang Muslim dengan wanita ahli kitab adalah diharapkan moga wanita tersebut terdorong untuk memeluk Islam.

Back
Top
Log in Register