hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 26,258
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 26,258
- Reaction score
- 1,663
- Points
- 201
Pokok jadi penyelamat
SEGAMAT - Seorang lelaki terselamat apabila dapat berpaut pada sebatang pokok selepas dihanyut arus deras semasa cuba meredah banjir menggunakan motosikalnya di Bukit Sengit Pogoh, di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi, mangsa, Nor Ibrahim Ariffin, 37, yang menunggang motosikal Yamaha RXZ cuba meredah banjir, namun tidak berjaya dan mengalami detik cemas apabila dihanyutkan arus deras.
Namun, ibarat pepatah berpantang maut sebelum ajal, mangsa kemudiannya berjaya berpaut pada sebatang pokok dan kejadian tersebut disedari penduduk setempat yang terus menghubungi pihak bomba untuk meminta bantuan.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Segamat, Penguasa Bomba Kanan II Kenny Ismol Abd. Rahman berkata, sebaik sahaja menerima maklumat, seramai enam anggota dikejarkan ke tempat kejadian untuk menyelamatkan Nor Ibrahim.
"Mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ hanyut dibawa arus deras ketika cuba merentas jalan yang sedang dinaiki air.
"Namun, mangsa berjaya berpaut pada sebatang pokok dan pihak bomba bertindak menyelamatkan mangsa menggunakan tali dan membawa mangsa ke kawasan yang selamat," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Operasi tersebut tamat pada jam 8.30 pagi.