BTC USD 61,993.3 Gold USD 4,470.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PNB suntik modal A&W

burger kat sini mahal dan size dier kecik. float jer yg best
 
kt jb ada sebijik je..
 
kasi contoh satup ? RFC ? radix fried chicken :-?

banyak sebenarnya produk tempatan yang boleh diketengahkan contoh:-

RFC, Bangi Kopitiam, Burger Bakar Tempatan, Tutti Fruity, Cool Blog, Mohd Chan Abdullah, Chop n Steak, My Mom Chicken Rice Shop, chicken Rice Shop dan lain-lain lagi...

Sepatutnya branding tempatan nie boleh diketengahkan dan diberikan peluang untuk maju kedepan....baru ler leh masuk pasaran luar negara macam JCO Donut dari Indonesia....
 
pernah kerja di A&W di bus stand bangkok bank..
makanan memang sodap dari yg lain lain..:)cgrock:)cgrock
 
pakcik dulu suka marry brown.. skrg.. layan kfc dan mcd jer
 
rindu btol kawe kt A & W ..dulu ada di KB n Taiping, skang dua dua dah takdop

hidup rasa tak syiok tanpa float dia
 
Permodalan Nasional Bhd (PNB) bakal mempelbagaikan portfolio pelaburannya dengan meneroka segmen perniagaan restoran makanan segera.

Pengurus dana saham amanah terbesar tempatan itu dijangka memuktamadkan satu perjanjian pakatan strategik dengan KUB Malaysia Bhd (KUB) berhubung pelaburan dalam A&W Malaysia Sdn Bhd.
Sumber industri berkata, ia antara lain akan menyaksikan PNB menyuntik modal ke dalam A&W Malaysia bagi mengembangkan rangkaian restoran makanan segera tertua di Malaysia itu secara lebih agresif dan sistematik.

KUB akan memberi sebahagian pegangannya dalam A&W Malaysia kepada PNB, seterusnya menjadikan pengurus dana itu sebagai rakan kongsi utama dalam perniagaan restoran makanan segera yang popular dengan minuman root beer itu.

Kedua-dua pihak (PNB dan KUB) kini dalam peringkat akhir memuktamadkan satu perjanjian pakatan strategik yang mana antaranya membabitkan suntikan modal dan pemberian ekuiti.

Jika semuanya bergerak lancar, ia (perjanjian) dijangka dapat dimuktamadkan sebelum akhir tahun ini, kata sumber itu kepada BH di Petaling Jaya baru-baru ini.

Sumber itu berkata, apabila perjanjian itu dimuktamadkan, PNB, yang ditubuhkan sebagai institusi penting Dasar Ekonomi Baru untuk meningkatkan pemilikan Bumiputera dalam sektor korporat akan turut memiliki wakil dalam lembaga pengurusan segmen perniagaan makanan KUB.
Perniagaan A&W dibawa masuk ke Malaysia pada 1963 oleh pasangan Lie Boff dari Amerika Syarikat yang membuka restoran pertama mereka di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, sekali gus menjadi restoran makanan segera pertama di Malaysia.

Perniagaan itu diambil alih oleh KUB pada 2001, dengan pemilikan sebagai sub-francais perniagaan A&W. A&W Malaysia kini mengendalikan 20 cawangan restoran makanan segera itu di seluruh negara.

Sumber industri itu berkata, PNB sudah dimaklumkan secara terperinci oleh Lembaga Pengarah KUB berhubung pelan pengembangan rangkaian restoran makanan segera itu di masa depan.

Berbeza sebelumnya, pelan pengembangan restoran A&W kali ini akan hanya membabitkan pembukaan cawangan stand alone dan tidak lagi bertumpu di pusat beli belah atau pasar raya besar.

Lokasi terpilih

Ia (cawangan baru A&W) akan dibuka di lokasi terpilih yang menjadi tumpuan orang ramai. Sebagai contoh, anda boleh melihat sendiri cawangan A&W di Petaling Jaya dan konsep cawangan seperti itulah yang akan diguna pakai KUB dan PNB nanti, katanya.

Pengarah Urusan Kumpulan KUB, Datuk Wan Mohd Nor Wan Ahmad, ketika ditemui selepas mesyuarat agung tahunan kumpulan itu lewat bulan lalu berkata, pihaknya sedang mencari rakan kongsi yang boleh menyuntik modal dalam perniagaan A&W di Malaysia.

Beliau berkata, langkah itu diputuskan selepas KUB membatalkan rancangannya untuk melupuskan keseluruhan kepentingannya dalam A&W Malaysia kepada mana-mana pihak apabila melihat perniagaan restoran makanan segera itu boleh dipulihkan serta mampu menjana keuntungan lumayan.

Perniagaan restoran makanan segera A&W di bawah segmen perniagaan makanan KUB itu, buat kali pertama meraih keuntungan pada suku pertama lalu setelah sekian lama mengalami kerugian, iaitu sejak diambilalih pada 2011.

Dalam tempoh suku pertama tahun ini, A&W Malaysia meraih keuntungan RM500,000 berbanding kerugian kira-kira RM4 juta pada pada tempoh yang sama tahun lalu.

g A&W la plak aku pasni....

jgn psl nie dividen ASB dll turun dah.........
 
rootbeer float die tak terkalah lagi stakat ni...
 
mana yg gi kfc tu da bleh tukar gi a&w...sale mencanak mana tahu kot2 dividen asb dpt 9%...ekekeke...
 
Back
Top
Log in Register