BTC USD 63,361.3 Gold USD 4,459.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PNB suntik modal A&W

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
Permodalan Nasional Bhd (PNB) bakal mempelbagaikan portfolio pelaburannya dengan meneroka segmen perniagaan restoran makanan segera.

Pengurus dana saham amanah terbesar tempatan itu dijangka memuktamadkan satu perjanjian pakatan strategik dengan KUB Malaysia Bhd (KUB) berhubung pelaburan dalam A&W Malaysia Sdn Bhd.
Sumber industri berkata, ia antara lain akan menyaksikan PNB menyuntik modal ke dalam A&W Malaysia bagi mengembangkan rangkaian restoran makanan segera tertua di Malaysia itu secara lebih agresif dan sistematik.

KUB akan memberi sebahagian pegangannya dalam A&W Malaysia kepada PNB, seterusnya menjadikan pengurus dana itu sebagai rakan kongsi utama dalam perniagaan restoran makanan segera yang popular dengan minuman root beer itu.

Kedua-dua pihak (PNB dan KUB) kini dalam peringkat akhir memuktamadkan satu perjanjian pakatan strategik yang mana antaranya membabitkan suntikan modal dan pemberian ekuiti.

Jika semuanya bergerak lancar, ia (perjanjian) dijangka dapat dimuktamadkan sebelum akhir tahun ini, kata sumber itu kepada BH di Petaling Jaya baru-baru ini.

Sumber itu berkata, apabila perjanjian itu dimuktamadkan, PNB, yang ditubuhkan sebagai institusi penting Dasar Ekonomi Baru untuk meningkatkan pemilikan Bumiputera dalam sektor korporat akan turut memiliki wakil dalam lembaga pengurusan segmen perniagaan makanan KUB.
Perniagaan A&W dibawa masuk ke Malaysia pada 1963 oleh pasangan Lie Boff dari Amerika Syarikat yang membuka restoran pertama mereka di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, sekali gus menjadi restoran makanan segera pertama di Malaysia.

Perniagaan itu diambil alih oleh KUB pada 2001, dengan pemilikan sebagai sub-francais perniagaan A&W. A&W Malaysia kini mengendalikan 20 cawangan restoran makanan segera itu di seluruh negara.

Sumber industri itu berkata, PNB sudah dimaklumkan secara terperinci oleh Lembaga Pengarah KUB berhubung pelan pengembangan rangkaian restoran makanan segera itu di masa depan.

Berbeza sebelumnya, pelan pengembangan restoran A&W kali ini akan hanya membabitkan pembukaan cawangan stand alone dan tidak lagi bertumpu di pusat beli belah atau pasar raya besar.

Lokasi terpilih

Ia (cawangan baru A&W) akan dibuka di lokasi terpilih yang menjadi tumpuan orang ramai. Sebagai contoh, anda boleh melihat sendiri cawangan A&W di Petaling Jaya dan konsep cawangan seperti itulah yang akan diguna pakai KUB dan PNB nanti, katanya.

Pengarah Urusan Kumpulan KUB, Datuk Wan Mohd Nor Wan Ahmad, ketika ditemui selepas mesyuarat agung tahunan kumpulan itu lewat bulan lalu berkata, pihaknya sedang mencari rakan kongsi yang boleh menyuntik modal dalam perniagaan A&W di Malaysia.

Beliau berkata, langkah itu diputuskan selepas KUB membatalkan rancangannya untuk melupuskan keseluruhan kepentingannya dalam A&W Malaysia kepada mana-mana pihak apabila melihat perniagaan restoran makanan segera itu boleh dipulihkan serta mampu menjana keuntungan lumayan.

Perniagaan restoran makanan segera A&W di bawah segmen perniagaan makanan KUB itu, buat kali pertama meraih keuntungan pada suku pertama lalu setelah sekian lama mengalami kerugian, iaitu sejak diambilalih pada 2011.

Dalam tempoh suku pertama tahun ini, A&W Malaysia meraih keuntungan RM500,000 berbanding kerugian kira-kira RM4 juta pada pada tempoh yang sama tahun lalu.
 
Last edited:
suntik kt aku nyer comp pun lagi baik, at least ROI 3 tahun, xnak banyak RM60mil jadilah
 
A&W nih kene wat new branding... makanan pada aku ok.. ade killer produk ..float... burger dier pun lg sedap dari McD... Senang citer serah balik A&W nih pada company luar sure leh naik balik...
 
produk luar gak PNB nie cari.....banyak lagi produk tempatan yang lebih hebat dari A&W, MCD dan KFC...
 
Back
Top
Log in Register