Ada beberapa kemungkinan tindakan PNB ni, orang2 dalam PNB pun bukannya tak pandai, mesti ada alasan mereka tersendiri kerana mereka lebih mengetahui tentang pelaburan mereka. Aku rasalah ;
1) Mungkin ramai jugak member2 yang buat OD-ASB dan tak pandai nak managed dan akhirnya terpaksa convert to term loan etc...
2) PNB tak yakin dapat kasi dividen lebih tinggi daripada BLR untuk tahun ni atau tahun2 mendatang. Sebagai benchmarknyer kita tunggu ASW bulan 9 ni, dapat lebih dari 6% ker tak...Tapi aku rasa untuk ASB sepatutnya PNB takda masalah nak kasi more than 7% sebab tiap2 tahun bukannya dia kasi semua keuntungan pelabarun kat kita pun, dia dah set aside beberapa percent untuk tahun2 yang kurang untung.
3) PNB nak galakkan lebih ramai golongan bumiputra menceburi bidang perniagaan. Mungki ramai yang mula2 just bukak company suka2 nak apply OD, mana tau nanti terdetik nak meniaga ker.Daftar company pun 3 tahun baru rm150 jer kot sekarang ni.
4) Memang negara kita tengah menujuk ke'bankrupan seperti dinyatakan Idris Jala.
Takpa, tak silap aku dulu pun tahun 2008 ker 2009 pun kecoh2 macam ni jugak. Last2 ok jer sampai sekarang OD applications.
Takde OD vs PNB products pun not the ends of the world tapi tak seronok sikitlah. So, kepada newbies yang belum buat lagi tu daftar lah company cepat2, tak payah tunggu further announcement lagi, lagi cepat ada company lagi cepat boleh buat OD nanti.
cheers...
