BTC USD 76,522.5 Gold USD 4,366.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PN janji bantuan tunai RM6,000 setahun jika jadi kerajaan

GamezStar

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
66,829
Top Poster #1
Joined
Jul 1, 2008
Messages
66,829
Reaction score
7,842
Points
881
PN janji bantuan tunai RM6,000 setahun jika jadi kerajaan
NURHIDAYAH HAIROMNURHIDAYAH HAIROM
13 Oktober 2025 03:58pm
Masa membaca: 2 minit
Share on Facebook
Share on X
Share on Whatsapp
PN berjanji memperkenalkan semula BPN dengan bantuan tunai sehingga RM6,000 setahun kepada isi rumah jika diberi mandat. Gambar hiasan (Gambar kecil: Hamzah Zainudin)
PN berjanji memperkenalkan semula BPN dengan bantuan tunai sehingga RM6,000 setahun kepada isi rumah jika diberi mandat. Gambar hiasan (Gambar kecil: Hamzah Zainudin)

Untuk berita terkini Sinar Harian, ikuti di Telegram dan TikTok kami
KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) berjanji akan memperkenalkan semula Bantuan Prihatin Nasional (BPN) sekiranya diberi mandat menjadi kerajaan dengan pemberian tunai sehingga RM6,000 setahun atau RM500 sebulan kepada isi rumah berpendapatan rendah.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, rakyat akan diberi kebebasan untuk berbelanja menggunakan bantuan tersebut.

"Daripada apa yang dibentangkan kerajaan, PN yakin bahawa kedudukan fiskal negara mempunyai keupayaan untuk kami memperkenalkan BPN sehingga RM6,000 setahun atau RM500 sebulan kepada isi rumah yang memerlukan.

"Berbeza dengan bantuan yang bersyarat dan terhad seperti skim SARA (Sumbangan Asas Rahmah) yang mengekang pilihan rakyat, PN akan memberikan kebebasan kepada rakyat untuk menentukan sendiri perbelanjaan mereka di mana dan apa yang mereka perlukan," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2026 di Dewan Rakyat pada Isnin.

Di bawah skim SARA, kerajaan memperuntukkan bantuan berbentuk kredit tanpa tunai berjumlah antara RM100 hingga RM1,200 setahun kepada penerima isi rumah miskin tegar dan miskin, berdasarkan data eKasih.

Bantuan itu hanya boleh digunakan untuk pembelian barangan asas terpilih di pasar raya yang mengambil bahagian.


Pada 31 Ogos lalu, semua rakyat berumur 18 tahun ke atas menerima RM100 menerusi Penghargaan SARA.

Menerusi Belanjawan 2026, kerajaan sekali lagi akan memberi bantuan SARA sebanyak RM100 kepada 22 juta rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas pada tahun hadapan.

Artikel Berkaitan:
Kuala Lumpur perlu dibangunkan secara seimbang, inklusif - Dr Zaliha
Kuala Lumpur destinasi utama percutian mikro penginapan semalaman
Pemandu lori cuai didenda RM6,000 I 13 Jun 2025
Perdana Menteri yang membuat pengumuman itu berkata, bantuan tersebut akan disalurkan pada pertengahan Februari dan boleh dimanfaatkan untuk persiapan Ramadan serta sambutan Tahun Baharu Cina.

Ringkasan AI
Perikatan Nasional berjanji akan perkenalkan semula BPN dengan pemberian tunai sehingga RM6,000 setahun kepada isi rumah berpendapatan rendah
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menyatakan rakyat akan diberi kebebasan untuk berbelanja bantuan tersebut
Bantuan Prihatin Nasional diberikan untuk memberi alternatif kepada sistem bantuan bersyarat seperti skim SARA yang mengekang pilihan rakyat
Skim SARA merupakan bantuan berbentuk kredit tanpa tunai untuk pembelian barangan asas terpilih
Belanjawan 2026 merangkumi bantuan SARA sebanyak RM100 kepada 22 juta rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!


Jawab soalan kaji selidik dan dapatkan baucar tunai TNG.
×


Apakah tahap kelayakan akademik anda?
Sekolah rendah
Sekolah menengah
Kolej/ STPM/ Diploma
Ijazah sarjana muda (Bachelor)
Ijazah sarjana (Master)
Ijazah kedoktoran
Masuk | Daftar
VPoints:
0

ADVERTISEMENT



PNbantuan tunaijadi kerajaanHamzah Zainuddin

Artikel Disyorkan
Anthony Loke. Foto Bernama
Nasional
JPJ isytihar 'perang' kenderaan lebih muatan

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
Nasional
Penguat kuasa JPJ kini dilengkapi kamera badan

Di AS, sistem sokongan tingkah laku positif dibangunkan khusus untuk membasmi pembuli dan menangani isu sosial yang berlaku dalam kalangan pelajar sekolah. Gambar hiasan (Gambar kecil: Hasnah)
Nasional
Contohi negara maju tangani isu buli, salah laku murid

Penulis (enam dari kiri) bersama delegasi Asia Selatan dan Asia Tenggara bergambar kenangan di pusat R&D Changan di Chongqing.
Nasional
Naratif baharu label Made in China




Orang yang sakit lutut dan pinggul patut baca ini
Bonivita


Cara Mengecutkan Prostat & Kembali Gagah Seperti Dulu (Cuba Ini!)
Uranol

Get Rid Of Prostate Pain In 1 Night! Men, Read This!
Uranol

Natural Yet Very Effective! Provides Immediate Results
Dr Prost

Erection Will Be Like At 19! Take This 15 Minutes Before Bed!
Dr Prost

Mata anda akan melihat 100% tanpa pembedahan! Catat resepinya
Viseee

Ternyata, tidak perlu laser jika mata mula kabur! Cuba ini sahaja
Visee

Minum 1 cawan sebelum tidur – turun 14kg dalam 2 minggu!
Savina

Segumpal cacing keluar dari badan anda pagi-pagi. Cubalah!
Detonorm

Wan Ahmad Fayhsal digantung keahlian Bersatu
sinarharian.com.my

Satu sudu sebelum tidur menghilangkan 16 kg dalam 2 minggu!
Savina

Papiloma akan gugur sendiri dalam 3 hari! Petua rumah!
Detonorm

Pelajar perempuan Tingkatan Empat maut ditikam pelajar lelaki
sinarharian.com.my

Buruh binaan mengaku guna dokumen palsu mohon MyKad anak angkat
sinarharian.com.my
- Iklan -
Terkini
Popular
Anthony Loke. Foto Bernama
JPJ isytihar 'perang' kenderaan lebih muatan

14 Oktober 2025 12:12pm
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
Penguat kuasa JPJ kini dilengkapi kamera badan

14 Oktober 2025 11:56am
Di AS, sistem sokongan tingkah laku positif dibangunkan khusus untuk membasmi pembuli dan menangani isu sosial yang berlaku dalam kalangan pelajar sekolah. Gambar hiasan (Gambar kecil: Hasnah)
Sinar Premium
Contohi negara maju tangani isu buli, salah laku murid

14 Oktober 2025 08:40am
Penulis (enam dari kiri) bersama delegasi Asia Selatan dan Asia Tenggara bergambar kenangan di pusat R&D Changan di Chongqing.
Naratif baharu label Made in China

14 Oktober 2025 08:20am
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Sabu menyampaikan muruku secara percuma kepada orang ramai pada Program Libat Urus Deepavali Lestari 2025 di Tapak Parkir Stadium Bukit Jalil. Foto Bernama
SWCorp giat kempen elak pembaziran sempena Deepavali

14 Oktober 2025 07:50am
LAGI Artikel Lain
-
 
BPN ni adalah evolusi dari BR1M, sama mcm STR sekarang ni.

Dulu PH pernah kata BR1M dedak.

Dan alkisah, dulu juga
images (24).jpeg
 
BELANJAWAN ALTERNATIF PERIKATAN NASIONAL

Bila masuk musim belanjawan jer, walanon mesti akan tanya, mana belanjawan alternatif Perikatan Nasional (PN)?

Baru ni Ketua Pembangkang YB Dato Seri Hamzah Zainuddin dah bentangkan belanjawan alternatif PN dalam perbahasan belanjawan dia. Walanon ada dengar tak?

Okey aku ringkaskan supaya korang tak tertanya-tanya lagi.

Belanjawan alternatif PN bawa naratif “Membetulkan Struktur, Menyemarakkan Ekonomi dan Melegakan Rakyat”. Kenapa naratif ni dibawa? Sebab asas struktur ekonomi negara dah caca marba bawah Kerajaan Madani. Kita kena mulakan dengan itu, baru ekonomi akan makmur dan secara tak langsung akan melegakan rakyat.

1. Membetulkan Struktur

PN melihat ekonomi negara tak akan kukuh tanpa asas dan kerangka yang betul. Oleh itu, PN cadangkan beberapa langkah pembetulan utama termasuk reformasi sistem percukaian agar lebih adil dan telus.

Sistem SST yang digunakan sekarang tak efisien kerana menyebabkan cukai berganda (double taxation) kepada pengguna, sementara hampir 20% daripada KDNK negara (lebih RM400 bilion) terdiri daripada aktiviti ekonomi gelap yang tidak direkod dan perlu ditangani untuk meningkatkan hasil negara.

RM400 billion ni kalau dapat di putihkan, bayangkan berapa hasil untuk negara?

PN nak kurangkan kebergantungan terhadap dividen Petronas sebanyak RM20 bilion tahun 2026, sebab Petronas bukan tabung kecemasan kerajaan tetapi aset strategik yang seharusnya melabur untuk masa depan negara. Petronas ni ibarat angsa yang bertelur emas.

Janganlah gelojoh sampai nak s3mbelih angsa tu.

Selain itu, PN tuntut reformasi terhadap institusi pelaburan kerajaan (GLIC) seperti KWAP, Khazanah dan PNB. KWAP tak patut terlibat dalam pelaburan berisiko tinggi bernilai RM1.2 bilion. Mereka pegang amana wang pesara. Khazanah pula tak patut diarahkan labur RM600 juta untuk ubahsuai Carcosa Seri Negara yang tak bawa pulangan strategik.

GLIC mesti dikembalikan kepada fungsi asalnya untuk menjana kekayaan jangka panjang kepada rakyat serta bebas daripada campur tangan politik.

2. Menyemarakkan Ekonomi

PN cadangkan untuk beralih daripada pendekatan belanja untuk bertahan kepada belanja untuk berkembang dengan menekankan keperluan membasmi pembaziran dan meningkatkan perbelanjaan pembangunan.

Daripada keseluruhan bajet RM470 bilion, hanya RM81 bilion diperuntukkan untuk pembangunan manakala selebihnya digunakan bagi gaji, pencen dan bayaran hutang. Belanja pembangunan semakin menurun, 2024: RM90 Billion, 2025: RM86 Billion dan 2026: RM81 Billion.

Jika trend ini berterusan, suntikan kepada ekonomi akan semakin lemah dan pertumbuhan negara akan terbantut.

PN cadangkan rasionalisasi perbelanjaan tidak produktif dan pengalihan dana kepada projek berimpak tinggi seperti infrastruktur, TVET serta kesihatan.

Antara contoh pembaziran yang dibangkitkan ialah tandas awam bernilai RM1 juta seunit, projek MyKios bernilai RM25,000 seunit yang banyak menjadi gajah putih, dan projek LRT Mutiara yang kosnya meningkat daripada RM10 bilion kepada RM17 bilion.

Dalam masa sama, PN turut cadangkan penubuhan Dana Pemangkin Perniagaan Berimpak Tinggi (High-Impact Business Catalyst Fund) bagi membolehkan kerajaan menjadi rakan kongsi strategik kepada syarikat tempatan dan antarabangsa bernilai tinggi, bukan sekadar pemberi subsidi.

Dana ni memberi tumpuan kepada sektor farmaseutikal, tenaga baharu, automasi pintar dan industri berteknologi tinggi dengan matlamat mencipta pekerjaan bergaji tinggi, menarik pelaburan bernilai bilion ringgit serta meningkatkan semula keyakinan pelabur terhadap ekonomi negara.

3. Melegakan Rakyat

PN tekankan bahawa kesejahteraan rakyat mesti menjadi tumpuan utama melalui jaringan keselamatan sosial yang adil dan bermaruah.

PN cadangkan pelaksanaan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) sebanyak RM6,000 setahun atau RM500 sebulan kepada isi rumah yang memerlukan, dengan pendekatan lebih fleksibel berbanding skim SARA kerajaan yang bersyarat, membolehkan rakyat bebas menentukan sendiri cara perbelanjaan mengikut keperluan sebenar mereka.

Dalam aspek pendidikan, PN tekankan kepentingan pendidikan digital yang bermakna, bukan sekadar agihan “peranti pintar”.

Antara cadangannya termasuk integrasi kemahiran AI, analitik data dan digitalisasi dalam kurikulum, menjadikan TVET sebagai arus perdana ekonomi negara, memperkasa penyertaan wanita dan pesara tentera dalam bidang kemahiran, serta menawarkan pendidikan percuma di peringkat pra-siswazah kepada penerima BPN dan biasiswa kepada pelajar bermerit.

Dalam masa yang sama, PN turut mengutamakan sektor kesihatan awam dengan cadangan peningkatan peruntukan bagi menambah kapasiti hospital dan klinik kerajaan, mengurangkan kesesakan serta memperkukuh sistem kesihatan negara berteraskan prinsip Maqasid Syariah demi menjamin kesejahteraan rakyat seluruhnya.

PN menawarkan “Konsensus Nasional Baharu”, satu pelan pembangunan moral, ekonomi dan sosial yang berasaskan nilai Islam, keadilan serta kemakmuran bersama.

Melalui gagasan ini, PN berhasrat bina semula keyakinan rakyat terhadap negara dengan menolak budaya politik dendam dan survivalisme kuasa sempit, sebaliknya menekankan politik nilai, integriti dan tanggungjawab.

PN bertekad untuk bina jambatan perpaduan merentasi kaum, agama dan wilayah, agar Malaysia kembali muncul sebagai negara maju berpendapatan tinggi yang kemakmurannya dapat dikongsi secara adil oleh semua lapisan rakyat.

Okey lepas baca ni, aku yakin akan ada walanon yang komen, kenapa ringkas sangat? Masa kami pembangkang dulu, kami sediakan belanjawan lengkap seperti kerajaan bentang.

Jawapannya, masa korang pembangkang korang keluarkan belanjawan dan manifesto syok sendiri yang tidak berpijak dibumi nyata.

Macam tu punya kerja Rani Kulup boleh bentang belanjawan alternatif.

Sebab tu semua yang korang janji, korang capati.

Nak buat belanjawan ni, kau perlu berasaskan data. Data ni hanya kakitangan kerajaan boleh sediakan. Barulah boleh rangka belanjawan yang tepat mengikut sumber yang ada, dan perbelanjaan mengikut keperluan.

Kalau kau nak sangat Ketua Pembangkang bentang belanjawan alternatif sama tebal macam belanjawan kerajaan, kau ada dua pilihan.

1. PMX arah Pengarah Belanjawan Negara lapor diri kat Ketua Pembangkang selama tiga bulan untuk kami rangka belanjawan alternatif.

2. Kita tukar Ketua Pembangkang jadi Perdana Menteri, PMX jadi Ketua Pembangkang.

Amacam? Aku pilih no.2. Harap walanon setuju lah.....

Salam Hormat,
Ir. Ts. Dr. Nurul Islam Mohamed Yusoff
Pengarah Jabatan Kajian dan Polisi
Lajnah Penerangan PAS Pusat
 
Back
Top
Log in Register