ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Tengku Ahmad Badli Shah (tiga, kiri) bertukar dokumen MoU dengan Ketua Pegawai Eksekutif PAAB, Datuk Ahmad Faizal Abdul Rahman (tiga, kanan) sambil diperhatikan Sohaimi (kanan).
SEBANYAK RM50 juta pembiayaan diperuntukkan daripada PMB Tijari Berhad kepada kontraktor Bumiputera yang terlibat dalam projek pembekalan dan pemasangan paip air seluruh negara melalui Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).
Ketua Pegawai Eksekutif PMB Tijari, Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, peruntukan pembiayaan itu akan disalurkan di bawah skim pembiayaan kewangan Program Pembangunan Kontraktor Bumiputera melalui PAAB kepada kontraktor di bawah mereka.
"Kami menyasarkan 300 kontraktor Bumiputera mendapat pinjaman daripada kerjasama PMB Tijari dan PAAB ini dengan peruntukan maksimum RM5 juta setiap kontraktor.
"PAAB akan mengenal pasti kontraktor berwibawa untuk mendapatkan pinjaman daripada PMB Tijari dengan kadar faedah kompetitif," katanya selepas menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara kedua-dua entiti tersebut di Kuala Lumpur, semalam.
Sementara itu, Pengerusi Pelaburan Mara Berhad (PMB) Datuk Sohaimi Shahadan berkata, kerjasama PMB Tijari yang juga syarikat Kumpulan PMB dengan PAAB dilihat sebagai satu usaha murni membantu kontraktor Bumiputera.
"Sekali gus memberi peluang kepada usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam bidang pembinaan yang mempunyai masalah mendapatkan modal dari bank," katanya.
Menurut Sohaimi, PMB Tijari berperanan menyediakan skim pembiayaan mudah kepada kontraktor PAAB agar projek pembekalan dan pemasangan paip berjalan lancar.
Peranan PMB Tijari adalah menyediakan skim pembiayaan mudah kepada kontraktor-kontraktor PAAB yang terpilih agar projek pembekalan dan pemasangan paip tersebut dapat dilaksanakan dengan lancar.