Xploit Machine
CG Hardcore Club


- Messages
- 73,458
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 73,458
- Reaction score
- 7,735
- Points
- 916
03.06.2025 - Perdana Menteri Mongolia, Luvsannamsrain Oyun-Erdene, meletak jawatan hari ini selepas gagal memperoleh sokongan majoriti dalam undi percaya di Parlimen, susulan tekanan awam berhubung isu rasuah dan ketirisan hasil negara. Oyun-Erdene hanya meraih 44 undi sokongan, manakala 38 ahli Parlimen menolak — jauh daripada ambang minimum 64 undi yang diperlukan bagi mengekalkan jawatan. Pengundurannya menyusul selepas gelombang protes sejak bulan lalu yang tercetus berikutan pendedahan gaya hidup mewah keluarganya, sekali gus mencetus kemarahan rakyat terhadap dominasi elit terhadap keuntungan industri perlombongan arang batu.
Walaupun menafikan sebarang salah laku, Oyun-Erdene mendakwa beliau menjadi mangsa ‘kempen terancang’ oleh pihak berkepentingan untuk menjatuhkannya. Beliau akan kekal sebagai Perdana Menteri sementara sehingga pengganti baharu dilantik dalam tempoh 30 hari. Oyun-Erdene berkhidmat sebagai Perdana Menteri Mongolia pada 27 Januari 2021 dan telah dipilih sebagai ahli State Great Khural sebanyak tiga kali sejak tahun 2016.
Berita asal https://www.buletintv3.my/dunia/pm-mongolia-letak-jawatan/