BTC USD 83,712.8 Gold USD 4,290.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Malaysia bukan Melayu

Aminuddin Yahaya​

1h ·

Wahai Guan Eng, kamu jangan nak 'merengek' teruk sangat macam ini. Calon Perdana Menteri yang kamu julang-julangkan itu pun Melayu.

Tidak pernah dengar pula DAP calonkan Perdana Menteri dari kalangan bukan Melayu sejak sekian lama DAP ditubuhkan. Malah, bapa Lim Guan Eng iaitu Lim Kit Siang ketika zaman kegemilangannya dulu-dulu tak pernah disebut sebagai calon Perdana Menteri oleh DAP.
Lagipun sekarang dalam PH, DAP paling kuat. Lagi kuat dari parti 'calon PM' kamu sekarang itu. Maka, tuntutlah jawatan calon PM dari DAP dulu. Letaklah mana-mana bukan Melayu yang kamu suka. Nanti dah menang, minta pada Agong. Masa itu baru boleh sembang balik.

Saya cabar DAP untuk namakan calon Perdana Menteri Malaysia bukan Melayu dari parti kamu. Isytihar saja Guan Eng ataupun Anthony Loke sebagai calon Perdana Menteri. Kalau tak berani, isytihar saja sebagai calon Timbalan Perdana Menteri. Calonkan je, tak payah sembang banyak kalau tak berani.

Kamu banding dengan politikus UK pun biarlah cerdik sikit. Ada ke wakil rakyat UK yang 'geli-geli' dan kekok cakap bahasa kebangsaan mereka?

Tengoklah Perdana Menteri UK berketurunan India itu 'level' macam mana. Betapa Britishnya diri beliau berbanding ke-India-annya.
Lim Guan Eng. Bijaklah sedikit.

Janganlah terdesak sangat.

Aminuddin Yahaya
Timbalan Pengerusi GTA
28 Oktober 2022
Rujukan: https://www.astroawani.com/.../perdana-menteri-uk...

1667021141768.png
Si Aminuddim Yahaya ni bertanding kat mana?
 
Pak mail kata keluarga malaysia
Sapa2 pun bole jd PM

Jgn kasi melayu jd PM
Nanti abis di sakau nya duit2 org melayu

Kene kasi kat mamak kutty jaga baru selamat
Keja join pak Mail lak kalau lagu tu, Lim Gone Eng sila join keluarga Malaysia kalau nak jadi PM . Sila keluar DAP masuk BN atau bawak DAP masuk BN...🤭🤣🤣🤣
 
Pakar setuju bukan Melayu boleh jadi PM

Di sudut perlembagaan, seorang lagi pakar perlembagaan terkenal Prof Datuk Shad Saleem Faruqi ( bawah ), sependapat bahawa golongan bukan Melayu boleh menjadi perdana menteri Malaysia.

shad faruqi 02 Mengulas kenyataan rakan sejawatannya Prof Dr Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) mengenai perkara itu, beliau berkata:

“Tiada larangan terhadap bukan Melayu (untuk menjadi perdana menteri). Bagaimanapun kita ada konvensyen (kebiasaan).

“Saya rasa berdasarkan realiti politik di negara ini, ini negara Melayu,” kata pensyarah kanan di fakulti undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu.

Beliau diminta mengulas kenyataan rakan akademiknya Prof Dr Abdul Aziz Bari yang berkata, perlembagaan tidak meletakkan syarat Melayu atau Islam untuk dilantik sebagai perdana menteri..

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Shad Saleem bagaimanapun berpendapat, bagi mengekalkan keamanan dan kestabilan negara, orang Melayu patut dikekalkan pada kedudukan itu.

“Mengikut perlembagaan tiada masalah. Tetapi berdasarkan politik dan sejarah lebih baik untuk negara ini mengekalkan status quo ini ini,” kata bekas penasihat undang-undang UiTM itu.

NONE Menulis dalam kolumnya di sebuah akhbar harian semalam, Dr Abdul Aziz ( kanan ) dipetik berkata, menurut intipati undang-undang, orang yang paling mendapat sokongan dalam Dewan Rakyat hendaklah dilantik mengetuai kerajaan.

Tambahnya, kuasa pelantikan di bawah Yang di-Pertuan Agong hanyalah satu formaliti semata-mata.

Dr Abdul Aziz juga berkata, perdana menteri bukan Melayu mungkin boleh bertindak lebih baik daripada orang Melayu kerana beliau akan “ikut buku” (perlembagaan) dan bekerja keras bagi membuktikan kemampuannya.

NONE Dr Abdul Aziz juga memuji Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng ( kiri, berbaju gelap ) yang menurutnya menampakkan pencapaian agak baik dan mempunyai harapan sebagai pemimpin nombor satu negara.

Sementara itu, Dr Abdul Aziz ketika dihubungi, menjelaskan orang Melayu tidak perlu risau terhadap kedudukan Islam dan kepentingan bangsa mereka kerana ia diletakkan di luar kerangka demokrasi.

“Sebab itu saya kata sepatutnya OK ada perdana menteri bukan Melayu,” katanya melalui e-mel kepada Malaysiakini hari ini.

Katanya, tanggapan bahawa kuasa raja terlalu kecil - yang menurutnya dijadikan alasan golongan ekstrimis untuk menakut-nakutkan rakyat - adalah silap dan tidak betul.

Sebaliknya, jelas Dr Abdul Aziz, ketakutan atau salah faham itu timbul kerana perlembagaan telah diselewengkan atau tidak dilaksanakan.

putrajaya pm office 030409 01 Katanya, perkara tersebut jika berlaku tidak sepatutnya mengejutkan orang Melayu kerana selepas enam perdana menteri Melayu di Malaysia, kepentingan Islam dan Melayu tidak juga terjaga.

“Malah ada (perdana menteri) yang kita boleh katakan telah menggadaikan kedudukan dan kepentingan itu,” kata pensyarah yang terkenal dengan kelantangan dan ketegasannya itu.

Tentang bagaimana idea itu boleh menjadi kenyataaan, Abdul Aziz berkata, ia “bergantung kepada kesediaan orang Melayu dan kemampuan bukan Melayu.”

“Kesediaan itu soal yang perlu dilihat; saya cuma menjelaskan (daripada aspek) undang-undang sebagaimana yang terkandung dalam perlembagaan. Itu sahaja.”

Ditanya sama ada beliau tidak risau menjadi sasaran kemarahan orang Melayu ekoran tindakannya mendedahkan perkara yang tidak diketahui umum tersebut, beliau berkata:

“Seperti yang disebut oleh (penulis) Subky Latif dalam kolumnya di (akhbar mingguan) Siasah , Melayu yang bodoh dan kuat sentimen perkaumannya sahaja yang akan naik minyak.


“Kelompok ini tidak perlu dilayan. Kalau soal kepentingan dan hidup mati Melayu-Islam yang dibangkitkan, bukankah ada raja? Saya fikir kalau raja-raja ini tahu dan sedar peranan mereka, tidak timbul bahaya yang dibayangkan itu,” katanya.
 

Firdaus Wong​

2h ·

Haritu ada seorang individu bernama Jason Leong tulis;
“BREAKING : Malaysia will never have a non-Malay Prime Minister”

Mungkin boleh tanya dia dan sekutu, jikalau suatu hari Bukan Melayu jadi PM, adakah dia bersedia menutup kesemua Confucianism Institute di Malaysia & juga sekolah vernakular di Malaysia sebagaimana PM baru UK, Rishi Sunak ‘claim’ itu yang akan dilakukannya?

Atau kalau Bukan Melayu tetapi Cina Muslim atau India Muslim yang jadi PM, dia & geng OK tak?

*Ataupun dia melawak je dengan ciapan dia tu? Lawak ke dia?


1667044939823.png


1667044952117.png


1667044960932.png
 

Firdaus Wong​

2h ·

Haritu ada seorang individu bernama Jason Leong tulis;
“BREAKING : Malaysia will never have a non-Malay Prime Minister”

Mungkin boleh tanya dia dan sekutu, jikalau suatu hari Bukan Melayu jadi PM, adakah dia bersedia menutup kesemua Confucianism Institute di Malaysia & juga sekolah vernakular di Malaysia sebagaimana PM baru UK, Rishi Sunak ‘claim’ itu yang akan dilakukannya?

Atau kalau Bukan Melayu tetapi Cina Muslim atau India Muslim yang jadi PM, dia & geng OK tak?

*Ataupun dia melawak je dengan ciapan dia tu? Lawak ke dia?


1667044939823.png


1667044952117.png


1667044960932.png
Jangan tutup yang China punya bukak India punya pulak.
 
Back
Top
Log in Register