Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,777
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,777
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
KUALA LUMPUR, 5 Mac -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama warga pengurusan FELDA pada majlis amanat sempena lawatan kerja Perdana Menteri bersama warga pengurusan FELDA di Menara FELDA hari ini.
Turut bersama Pengerusi FELDA, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia mengambil iktibar daripada konflik di Timur Tengah serta penderitaan berpanjangan di Palestin terutama Gaza dengan terus memperkukuh semangat perpaduan dan kesatuan dalam negara.
Beliau berkata dalam situasi geopolitik global yang semakin tidak menentu, Malaysia perlu kekal bersatu tanpa mengira perbezaan politik, kaum atau agama bagi mempertahankan prinsip kedaulatan undang-undang serta kepentingan negara.
“Isu ini bukan soal menyebelahi mana-mana kuasa besar semata-mata tetapi soal mempertahankan prinsip, keadilan dan kedaulatan.
“Dalam keadaan genting begini, negara kecil seperti Malaysia mesti berdiri teguh dengan kekuatan perpaduan rakyatnya,” katanya pada Majlis Amanat Perdana Menteri Bersama Warga Felda di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Pengerusi Felda Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Anwar berkata tidak ada negara di dunia yang menghadapi kekejaman, rampasan tanah serta kemusnahan berterusan termasuk pembunuhan kanak-kanak dan kemusnahan hospital serta sekolah seperti yang dialami rakyat Palestin selama lebih 70 tahun.
“Sebab itu, renunglah sebentar di bulan Ramadan tentang nasib umat dan mengapa kita harus kukuhkan perpaduan, bersihkan diri kita dan negara kita.
“Kita ada keupayaan, jaga Felda, hospital, sekolah dan tidak ada orang yang musnahkan setiap hari seperti yang berlaku di negara sana. Gunakanlah keadaan ini sebaik mungkin, itu yang saya nak pesan dari hati ke hati,” katanya.
Perdana Menteri berkata Ramadan juga harus dijadikan kesempatan untuk memperkukuh kesedaran, meningkatkan amal serta mendoakan keselamatan negara, masyarakat dan umat Islam secara keseluruhannya.
PM Anwar Seru Rakyat Ambil Iktibar Konflik Timur Tengah, Perkukuh Perpaduan
Anwar, perpaduan, krisis global, Felda