TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,502
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,502
- Reaction score
- 38,197
- Points
- 2,836
Dengan menggunakan PUTRI, pengguna lebuh raya PLUS boleh mendapatkan maklumat mengenai kadar tol dan maklumat trafik. - Foto hiasan NSTP/Mahzir Mat Isa
Ketua Pegawai Teknologi dan Inovasi PLUS, Shamsul Izhan Abdul Majid, berkata PUTRI adalah singkatan bagi 'PLUS Texting Realtime Interface' direka untuk berinteraksi dengan pelanggan dari semasa ke semasa melalui ciri kecerdasan buatan (AI) dan 'machine learning' dimilikinya.
PUTRI dijangka dapat mengendalikan lebih 70 peratus daripada 1,500 panggilan harian yang diterima Pusat Pemantauan Trafik PLUS (TMC).
"Pada ketika ini, sebahagian besar panggilan yang diterima adalah bagi mendapatkan maklumat standard lebuh raya. Dengan bantuan PUTRI, petugas di TMC berupaya memberi lebih fokus terhadap panggilan kecemasan dan koordinasi bantuan dengan lebih lancar.
"PUTRI dapat diakses dan digunakan dengan lebih mudah kerana ia bertindak untuk memberikan respon dengan lebih pantas serta mampu mengurangkan tempoh menunggu pelanggan lebuh raya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Shamsul Izhan berkata, PUTRI berupaya memberi pelbagai maklum balas berkaitan perkhidmatan lebuh raya PLUS secara serentak antaranya kadar tol, maklumat trafik, pertanyaan mengenai PLUSMiles, produk, kemudahan, promosi dan insiden.
PUTRI dijangka siap sepenuhnya pada suku ketiga tahun ini dan PLUS mengajak pelanggan lebuh raya untuk berinteraksi dengan chatbot itu bagi meningkatkan proses perkembangannya selain dapat membantu pasukan pembangunan meningkatkan keupayaan teknikalnya hasil maklum balas yang diterima daripada orang ramai.
Pelanggan lebuh raya kini boleh berinteraksi dengan PUTRI versi Beta sepanjang tempoh ujian rintis yang dilancarkan pada 27 April lalu melalui laman web PLUS di www.plus.com.my dan portal PLUSMiles, www.plusmiles.com.my serta di aplikasi PLUS .
"Tidak lama lagi ia bakal disediakan menerusi platform media sosial dan aplikasi WhatsApp dengan kemampuan secara dwibahasa," katanya.
PUTRI, chatbot pertama industri lebuh raya
KUALA LUMPUR: Selari dengan perkembangan teknologi, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memperkenalkan PUTRI, ‘chatbot’ yang berupaya mengendalikan panggilan harian pengguna lebuh raya.