TXT
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 459,502
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,502
- Reaction score
- 38,197
- Points
- 2,836
PELUMBA Jerman, Karl Platt menebus kekecewaan pada hari pertama untuk mengungguli peringkat kedua pada Cabaran Lumba Basikal Bukit Antarabangsa Langkawi (LIMBC) 2011 semalam.
Platt yang dipintas pada selekoh terakhir oleh Burry Stander dari Afrika Selatan di peringkat pertama kelmarin membuktikan kemampuannya untuk bergelar juara, sekali gus merampas Jersi Kuning selaku pendahulu keseluruhan bagi kategori lelaki elit.
Pelumba dari pasukan Team Bulls ini mencatat masa satu jam 30:26.562 saat untuk menamatkan saingan dalam acara merentas desa Olimpik yang bermula dan berakhir di Resort Kampung Tok Senik.
Manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing menjadi milik Stander (1'32:24.368 saat) serta Johnny Cattaneo dari Itali (1'32:57.874 saat).
Pencapaian terbaik pelumba Malaysia hadir menerusi Mohd. Fauzan Ahmad Lutfi yang menduduki tempat ke-23.
"Laluan hari ini (semalam) sungguh menarik dan saya sangat menyukainya. Meskipun saya tidak mengetahui laluan ini, saya berjaya menamatkan perlumbaan ini dengan baik," kata Platt.
"Kemenangan ini bukan bertujuan untuk membalas dendam di atas kekalahan semalam (kelmarin). Semalam saya tidak bernasib baik kerana pedal basikal terlepas daripada kaki saya pada selekoh terakhir.
"Kesilapan itu memberi ruang kepada Stander untuk memintas saya. Tetapi saya berasa sangat gembira dengan kemenangan ini dan saya tidak sabar meneruskan perlumbaan pada peringkat seterusnya.
"Saya berharap, saya akan memenangi beberapa lagi peringkat perlumbaan selepas ini, sekali gus menjuarai LIMBC 2011."
Platt berkata, dia tidak berasa tertekan untuk menamatkan perlumbaan itu meskipun Stander yang juga pelumba di ranking keenam dunia sentiasa memberi cabaran yang cukup sengit sejak dari awal perlumbaan.
Begitupun, Platt mengakui dia belum boleh bergembira dengan kemenangan ini kerana masih ada beberapa peringkat yang mencabar perlu dilaluinya selepas ini terutamanya pada peringkat keempat iaitu kategori Raja Bukit yang bermula di Kompleks Sukan Langkawi dan berakhir di Gunung Raya.
Sementara itu, pemenang peringkat pertama LIMBC 2011, Nathalie Schneitter dari Switzerland kekal menyarung Jersi Merah Jambu selaku pendahulu keseluruhan bagi kategori elit wanita.
Pelumba dari pasukan Colnago Fabre Sudtirol berusia 25 tahun itu mencatat masa satu jam 53:03.599 saat untuk menguasai peringkat kedua dalam acara merentas desa Olimpik.
Tempat kedua dan ketiga masing-masing menjadi milik Jodie Willet dari Australia (1'59:31.599 saat) serta rakan senegara dan sepasukan Schneitter iaitu Vivienne Meyer (1'59:31.179 saat).
"Saya gembira kerana dapat mengumpul 30 mata hari ini (semalam) untuk kelayakan Olimpik. Laluan peringkat kedua cukup mencabar dan taktik saya ialah mengekalkan momentum pada pusingan awal.
"Tetapi saya gemarkan laluan menuruni bukit. Ternyata tindakan saya untuk berehat secukupnya selepas saingan peringkat pertama sebagai persiapan peringkat kedua membawa hasil," kata Schneitter.
Selaku pakar merentas desa, Schneitter memburu tempat ke temasya Olimpik 2012 di London tahun depan selepas menduduki tangga ke-15 di Beijing pada 2008. Ketika ini, dia menduduki ranking kelapan dunia dalam kategori merentas desa.
Hari ini, perlumbaan akan diteruskan dalam acara merentas desa lasak yang bermula dan berakhir di Telaga Harbour Park, Pantai Kok.