BTC USD 62,941.6 Gold USD 4,460.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sukar rampas Piala Thomas

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,197
Points
2,836
KUALA LUMPUR – Daripada sebuah negara badminton yang digeruni, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akhirnya mengakui, perjuangan Malaysia tahun depan bukan untuk merampas kejuaraan berprestij Piala Thomas, sebaliknya hanya cuba meloloskan diri dari pusingan kelayakan.

Selepas tamat Sukan SEA XXVI minggu lalu, badan badminton kebangsaan itu menerima hakikat bahawa kita masih punya kelemahan dalam perseorangan lelaki kerana kekuatan Malaysia bergantung penuh di bahu jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei.

Namun dalam acara beregu, pasangan muda, Lim Khim Wah-Goh V Shem terus memenuhi pengharapan dan boleh diharap untuk menyumbang mata bersama beregu No. 5 dunia, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong.

Ketika ini, Mohd. Arif Latif dan Liew Daren menjadi calon utama untuk mengisi slot perseorangan kedua dan ketiga, pada ketika pemain senior seperti Muhammad Hafiz Hashim atau Wong Choong Hann seakan sudah dilupakan. Ada yang turut mencadangkan, juara remaja dunia, Zulfadli Zulkifli wajar diberi peluang, sekurang-kurangnya untuk slot simpanan.

Edisi ke-27 Piala Thomas akan mengambil tempat di Wuhan, China pada 20-27 Mei, 2012, namun sama ada Malaysia layak beraksi atau tidak, nasib kita perlu ditentukan dulu pada pusingan kelayakan yang berlangsung di Macau, 14-19 Februari.

Biarpun sudah 19 tahun tidak bergelar juara, iaitu sejak kali terakhir Malaysia menang di Kuala Lumpur pada 1992, namun kita tidak pernah gagal ke pusingan akhir sejak format baru kejohanan diperkenalkan pada 1984. Justeru, kegagalan melayakkan diri akan menjadi sejarah buruk badminton negara.

“Saya akui, peluang untuk kita merampas Piala Thomas tahun depan memang sangat.. sangat sukar, apatah lagi kita akan bermain di China dan jurang di antara Malaysia dan China terlalu jauh, jadi, untuk 2012 sasaran utama cuma Sukan Olimpik 2012.

“Begitupun saya yakin, dengan peningkatan yang semakin ditunjukkan oleh Arif dan Daren, kita sepatutnya boleh melepasi pusingan kelayakan. Khim Wah dan V Shem juga sudah boleh memikul tanggungjawab besar dalam acara beregu,’’ kata Chin Chai.

Pada Sukan SEA di Jakarta, Arif dan Daren gagal membawa pulang sebarang pingat dalam acara individu. Biarpun membantu Malaysia memenangi perak berpasukan, namun tiada mata disumbang kedua-dua pemain itu dalam final menentang Indonesia, di mana kita kalah 3-1.

Arif bagaimanapun memberi tentangan sengit ketika tewas kepada pemenang pingat emas, Simon Santoso dari Indonesia 11-21, 21-12, 17-21 di pusingan kedua, namun Daren gagal memberi cabaran kepada Taufik Hidayat apabila kalah mudah 20-22, 12-21 di suku akhir, biarpun bekas juara Olimpik dan dunia itu sedang mengalami kejatuhan prestasi.
 
Jalani senada dengan BAM

KUALA LUMPUR – Laluan skuad badminton negara untuk merintis ke pusingan akhir Piala Thomas, tahun depan ternyata amat getir berikutan kebangkitan beberapa negara seperti Jepun dan Thailand yang mula menunjukkan taring mereka dalam sukan tersebut sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Thailand, contoh paling nyata dapat dilihat apabila Indonesia yang beraksi di gelanggang sendiri dipaksa berhempas pulas untuk menewaskan negara Gajah Putih itu pada perlawanan akhir Sukan SEA XXVI, baru-baru ini.

Malah, kebimbangan sama turut disuarakan oleh bekas beregu badminton kebangsaan, Jalani Sidek (gambar) yang berpendapat Malaysia bakal menerima saingan cukup sengit daripada pencabar baru itu yang berpotensi menyekat hajat skuad kebangsaan beraksi pada pusingan akhir Piala Thomas.

“Jika tidak pada pusingan kelayakan sekali pun, mereka bakal menjadi penghalang pasukan kita ketika beraksi pada pusingan akhir nanti.

“Saya perhatikan Jepun sejak beberapa tahun kebelakangan ini semakin mengukuhkan cengkaman mereka pada pentas antarabangsa dan ini bakal menyukarkan laluan skuad negara,” katanya ketika mengunjungi Ibu Pejabat Utusan Malaysia di sini, semalam.

Beliau mengulas kenyataan terbuka Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang mengakui perjuangan Malaysia, tahun depan bukan untuk merampas kejuaraan berprestij Piala Thomas, sebaliknya hanya cuba meloloskan diri dari pusingan kelayakan.

Jalani yang berpasangan dengan abangnya, Razif dalam acara beregu ketika Malaysia menjulang Piala Thomas pada 1992 di Kuala Lumpur memberitahu, skuad negara kali ini tidak memiliki acuan yang lengkap untuk memberikan cabaran getir kepada negara-negara pesaing.

“Kita mungkin masih memiliki pasangan beregu yang boleh dikatakan mantap, tetapi dalam acara perseorangan Malaysia terlalu bergantung sepenuhnya kepada (Datuk) Lee Chong Wei.

“Selain itu siapa pula yang benar-benar layak untuk menggalas cabaran perseorangan lelaki kedua serta ketiga,” ujarnya.

Jelasnya, persembahan tidak konsisten yang dipamerkan beregu utama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong juga amat membimbangkan, sekalipun gandingan muda, Lim Khim Wah-Goh V Shem semakin menunjukkan peningkatan dalam permainan mereka.

Menurutnya, penampilan Malaysia kali ini ternyata pincang dan kelemahan itu amat ketara dapat dilihat untuk cabaran perseorangan.

Katanya, ketika ini, pemain seperti Liew Daren dan Mohd. Arif Latif sepatutnya sudah mampu memikul tanggungjawab berat itu.

Namun katanya, menyaksikan penampilan mereka pada Sukan SEA yang lalu, sudah cukup mencerminkan gambaran sebenar skuad badminton Malaysia pada ketika ini.
 
makin parah badminton ni...sama mcm takraw :(
 
Back
Top
Log in Register