Genap 93 tahun penemuan Pluto.
Sedikit trivia :-
- Masih ramai yang tidak tahu bahawa Pluto bukan sebuah planet tetapi ia sebuah planet kerdil.
- Pada 18 Februari 2023, genap ulang tahun ke 93 penemuan bersejarah sebuah planet kerdil bernama Pluto. Pluto pertama kali ditemukan pada 18 Februari 1930 oleh Clyde William Tombaugh.
- Planet kerdil tersebut mengambil masa sekitar 248.09 tahun Bumi untuk melengkapkan satu kali kitaran mengelilingi Matahari. Ini bermakna pada 23 Mac 2178, baru lah Pluto akan kembali berada ditempat yang sama ketika ia pertama kali temukan.
- Pluto pernah memegang tahta sebagai planet ke sembilan di dalam sistem suria kita. Walaubagaimanapun, segalanya berubah pada tahun 2006 apabila pihak Kesatuan Astronomi Antarabangsa ( IAU ) telah menetapkan syarat baru untuk sesebuah objek langit itu dikelaskan sebagai planet dan memperkenalkan satu kelompok baru objek di dalam sistem suria iaitu ' Planet kerdil '.
..
Bagaimana sesuatu objek langit itu boleh dikelaskan sebagai sebuah planet ?
Secara ringkasnya, untuk sesuatu objek langit itu boleh dikelaskan sebagai sebuah planet , Kesatuan Astronomi Antarabangsa ( IAU ) telah meletakkan beberapa syarat :
i) Mengelilingi Matahari.
ii) Mempunyai jisim dan graviti yang mencukupi untuk mencapai keseimbangan hidrostatik ( hampir bulat )
iii) Kawasan sekelilingnya bersih daripada sebarang objek-objek yang boleh mengganggu orbitnya.
Objek langit ( kecuali satelit semulajadi ) yang memenuhi hanya syarat ( i ) dan ( ii ) akan dikelaskan sebagai planet kerdil.
Contohnya : Pluto , Eris , Ceres , Makemake.
Manakala, bagi objek yang memenuhi hanya satu syarat iaitu syarat ( i ) akan dikelaskan sebagai 'Jasad Kecil Sistem Suria '.
Contohnya : asteroid , komet , meteoroid.
Sejak syarat baru itu diperkenalkan , status Pluto sebagai planet telah diturunkan kepada planet kerdil oleh pihak Kesatuan Astronomi Antarabangsa ( IAU ).
AstroMet Malaysia