BTC USD 80,945.0 Gold USD 4,160.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Planet ada lautan ditemui

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
HATFIELD, England 22 April - Para astronomi Eropah hari ini melaporkan penemuan luar biasa, satu planet yang mempunyai saiz hampir sama dengan bumi di luar sistem solar dan sebuah lagi planet yang mungkin mempunyai lautan yang luas.

Penyelidik Eropah itu berkata, mereka bukan sahaja menemui eksoplanet terkecil, yang dipanggil Gliese 581 e, tetapi juga mendapati sebuah planet berada berdekatan yang ditemui lebih awal iaitu Gliese 581 d, berada dalam zon habitat yang mempunyai potensi kehidupan.

"Penyelidikan terbaru eksoplanet yang dipanggil The Holy Grail itu mengesan planet berbatu seperti bumi di 'zon habitat'," kata penyelidik astronomi, Michel Mayor dari Universiti Geneva, Switzerland.

Eksoplanet ialah planet di luar sistem solar. Gliese 581 e hanya mempunyai saiz 1.9 kali lebih besar daripada bumi, manakala planet-planet yang ditemui di luar sistem solar sebelum ini mempunyai saiz hampir sama dengan planet planet Jupiter yang menurut (NASA) saiznya yang terlalu besar itu seolah-olah boleh menelan lebih 1,000 planet Bumi.

Kedudukan Gliese 581 e ialah berada di kawasan yang paling hampir dengan bintang yang terdekat dengan bumi, menjadikannya terlalu panas untuk didiami oleh kehidupan.

Mayor berkata, tetapi ia tetap satu kejayaan, kerana penemuan itu yang terletak 20 1/2 tahun cahaya dari Bumi dalam sistem solar, ''satu contoh terbaik bahawa kita mencapai kejayaan bagi mengesan planet yang menyerupai Bumi."

Saintis turut mendapati orbit planet Gliese 581 d yang ditemui pada 2007 terletak dalam 'zon habitat' - satu kawasan sekitar bintang seperti matahari yang membolehkan air menjadi cecair di permukaan planet itu. - AP
 
Andika leh pi mancing nie
 
"20 1/2 tahun cahaya" bape kilometer agaknyer ek?sape2 tau kire x?ajar aku...huhuhuhu...
 
20 1/2 tahun cahaya...??
agak2, kalau nk p sana, dah mati baru sampai ke...??
 
bule ler nanti kita berpindah ke planet baru tu..

but..eerrmm..:-?..kita ada lagi ker masa tu..:D

​
 
"20 1/2 tahun cahaya" bape kilometer agaknyer ek?sape2 tau kire x?ajar aku...huhuhuhu...

maknanya kalu kamu naik jet selaju cahaya, maka 20 1/2 tahun baru sampai. rasanya ada tak jet yg selaju cahaya skrang?? ( 300 000 000 km per saat), so jaraknya 20.5 x 365 x 24 x 60 x 60 x 300000000 km :)

so kalu naik pesawat normal yg biasa amerika guna tu pun mahu beratus2 tahun baru sampai, wallahu'alam
 
Last edited:
maknanya kalu kamu naik jet selaju cahaya, maka 20 1/2 tahun baru sampai. rasanya ada tak jet yg selaju cahaya skrang?? ( 300 000 000 km per saat)

so kalu naik pesawat normal yg biasa amerika guna tu pun mahu beratus2 tahun baru sampai, wallahu'alam

yeke?
nanti minyak dah habis...diaorang nak isi minyak kat mana pulak..?? :eek:
 
tu la saya cakap, melainkan kita ada stargate cam dalam cite bersiri tu :)cgrock
 
Back
Top
Log in Register