BTC USD 76,311.8 Gold USD 4,324.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PKR Gantung Jawatan Fahmi Zainol Serta-merta

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,184
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,184
Reaction score
346
Points
141
5ce5ee49420157b94a3b940e9b281c6369a4495940d9f

Fahmi Zainol

Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini memutuskan untuk menggantung semua jawatan parti yang disandang Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi Pulau Pinang Fahmi Zainol berkuat kuasa serta-merta.

Fahmi yang juga Naib Pengerusi PKR Pulau Pinang dikenakan tindakan itu susulan pendakwaan mahkamah yang sedang dihadapinya.

Setiausaha Agung PKR Dr Fuziah Salleh berkata keputusan berkenaan dibuat dalam mesyuarat MPP hari ini.

Beliau berkata penggantungan jawatan parti itu akan terus berkuat kuasa sehingga kes mahkamah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak itu diputuskan.

“Berhubung jawatan beliau dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Setiausaha Agung Keadilan akan mengutuskan surat kepada Ketua Menteri dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada 27 Feb lepas, Fahmi, 35, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Balik Pulau atas pertuduhan dengan sengaja mencederakan isterinya, minggu lalu.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 April ini untuk sebutan semula kes.

Dalam mesyuarat sama, MPP turut membincangkan isu surat tunjuk sebab yang dikeluarkan kepada Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli.

Fuziah berkata parti sudah menerima jawapan daripada Rafizi dan mengambil maklum bahawa beliau kekal sebagai anggota parti dengan peringatan supaya sentiasa mematuhi perlembagaan, kod tataetika serta disiplin parti.

 
tu dia..badboy...
 
Back
Top
Log in Register