Bentayan67
Fun Poster
- Messages
- 285
- Joined
- Dec 2, 2009
- Messages
- 285
- Reaction score
- 21
- Points
- 25
KUALA KUBU BARU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mencabar calon Barisan Nasional (BN), P. Kamalanathan untuk berdebat dengan calon mereka, Datuk Zaid Ibrahim dengan tajuk ‘Isu Keselamatan Negara’ esok.
Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata debat tersebut akan dianjurkan oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antaranya ialah Angkatan Belia Islam Malaysia, Jemaah Islam Malaysia di Padang Awam Hulu Bernam pada pukul 8.30 malam esok.
“Saya cabar Kamalanathan untuk hadir. Jika Kamalanathan seorang calon yang berkeyakinan dia perlu tampil untuk menunjukkan kewibawaannya dalam mengetengahkan isu keselamatan negara,” katanya kepada pemberita pada sidang media PKR di sini hari ini.
Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata, beberapa ahli panel akan turut serta pada majlis debat berkenaan.
Antaranya ialah, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Ezam Mohd Noor dan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution.
Sementara itu, Zaid berkata beliau sedia berdebat dengan sesiapa sahaja bagi termasuk pemimpin-pemimpin Umno seperti Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tun Dr Mahathir Mohamad. >>>http://mstar.com.my

Last edited: